Home » INFORMASI » Cara Mohon Rumah Bina Negara RISDA

Cara Mohon Rumah Bina Negara RISDA

Cara Mohon Rumah Bina Negara RISDA
Cara Mohon Rumah Bina Negara RISDA

Ini ada berita baik untuk ahli RISDA. Ada skim baru diperkenalkan untuk anda. jadi jom kita semak kelayakan dan Cara Mohon Rumah Bina Negara RISDA. Sebelum itu kita lihat sedikit apa yang menteri umumkan berkenaan dengan skim rumah bina negara RISDA ini.

YBM KKLW Ds Ismail Sabri Yaakob bersiaran langsung pagi tadi dalam Malaysia Hari Ini program bual bicara berinformasi yang membicarakan Rumah Bina Negara. Melalui Risda kerajaan memperuntukkan RM100 juta membina rumah yang dijual berharga RM45,000.00. Ia lebih rendah dari harga kos pembinaan RM65,000.00 setelah diberi subsidi oleh kerajaan sebanyak RM20,000.00

Projek ini dibina di atas tanah sendiri atau pemilik memberi kebenaran membina rumah ini di atas tanah mereka. Manakala jika tiada mempunyai tanah, perumahan berkelompok akan dibina kelak dibawah rancangan Rumah Bina Negara FELCRA. Ia akan diumumkan kelak oleh beliau dalam waktu terdekat. Kerajaan turut memperuntukkan RM100 juta untuk FELCRA bagi usaha itu. Dengan peruntukkan itu, KKLW mensasarkan 5000 buah rumah RBN akan dibina akhir 2017.

Apa itu Rumah Bina Negara? Rumah Bina Negara dibina untuk generasi ke-2
luar bandar yang tidak memiliki kediaman sendiri. Harga RBN yang
ditawarkan adalah RM45K (jumlah sebenar adalah RM65k namun kerajaan
memperuntukkan subsidi RM20K). Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

1. Umur mesti lingkungan antara 18 tahun hingga 45 tahun
2. Suda berkahwin
3. Kalangan yang berminat untuk memiliki rumah mampu milik di kawasan luar bandar
4. Masih belum memiliki rumah pertama sendiri
5. Generasi kedua pekebun kecil RISDA
6. Mesti masih tinggal di kawasan luar bandar
7. Ada tanah sesuai dibangunkan

Butiran Permohonan Rumah Bina Negara

  • Skim Rumah Bina Negara
  • Harga rumah RM65 ribu dan kerajaan tawar insentif sebanyak RM20 ribu.
  • Saiz Keluasan Rumah
  • 700 kaki persegi (3 bilik tidur dan 2 bilik air)
  • Bayaran Ansuran Bulanan
  • Hanya RM250 sebulan sahaja

Cara Permohonan Rumah Bina Negara

Boleh dapatkan borang tersebut di mana-mana cawangan RISDA yang terdekat atau pun pejabat Parlimen dan DUN masing-masing di tempat anda.

Sebarang masalah anda boleh menghubungi 03-42564022 (Bahagian Program Khas RISDA).

Semoga informasi ini memberi peluang kepada golongan belia yang sudah berkahwin memiliki rumah pertama di bawah skim perumahan Rumah Bina Negara RISDA.Juga boleh mendapatkan info di FB RISDA

Check Also

Cara Semak BR1M 2018 Online

Cara Semak BR1M 2018 Online

Cara Semak BR1M 2018 Online. Untuk semua pemohon-pemohon BR1M 2018 YAB Perdana Menteri telah mengumumkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *