Home » TIPS DAN PETUA » Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali

Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali

Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali adalah sajian untuk anda semua dalam segmen Tips dan Petua hari ini. Sudah pasti setiap isi rumah ada mengalami kuali atau periuk memasak menjadi hitam dan berkerak akibat jelaga di bahagian bawah (buntut). Sering menggunakan kuali atau periuk ketika memasak boleh menyebabkan belakangnya menjadi hitam. Ia mungkin disebabkan oleh nyalaan api yang tidak sempurna lalu menghasilkan jelaga yang melekat di belakang kuali dan lama-kelamaan menyebabkan ia bertukar menjadi kehitaman.

Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali
Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali

Ada kaedah yang mudah dan berkesan dan bahan yang digunakan juga boleh di dapati di dapur anda. Caranya adalah dengan menggunakan asam keping. Petua ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Kalaivani Vj.

Caranya:

1.Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali/periuk)

2.Biarkan sehingga air asam keping tersebut mendidih.

3. Masukkan kuali/periuk di dalam air asam tersebut selama 4-5 minit.

4. Angkat kuali/periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.

5. Ketika sental kurangkan mengunakan air.

Semoga bermanfaat. Sumber gambar adalah dari majalah Keluarga

Check Also

Petua Hilangkan Ketiak Berbau Cara Semulajadi

Petua Hilangkan Ketiak Berbau Cara Semulajadi

Petua Hilangkan Ketiak Berbau Cara Semulajadi untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja yang mengalami masalah ketiak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *