Home » INFORMASI » Cara Semak Status BR1M 2017 Online

Cara Semak Status BR1M 2017 Online

Seperti apa yang telah dibentangkan dalam Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) untuk 2017 telah dinaikkan setinggi RM1200. Sesiapa yang layak menerima BRIM dan belum berdaftar,tarikh pendaftaran adalah pada 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016. Jom semak status permohonan BR1M 2017anda di sini. Admin kongsikan Cara Semak Status BR1M 2017 Online. Anda ikut sahaja satu per satu langkah yang ditunjukkan.

Cara Semak BR1M 2017 Online

1. Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s

2. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia.

3. Klik pada butang Semakan Status Permohonan.

Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya aplikasi sistem semakan online anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran.

cara-semak-br1m-2017-online-1SOALAN KESELAMATAN

  • Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status.
  • Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon.
  • Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan.
  • Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan berikut akan dipaparkan.

Contoh soalan keselamatan.

Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut.

cara-semak-br1m-2017-2

Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan.

Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.

Lagi info tentang BR1M >>> KLIK SINI <<<<

Check Also

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia. Di Malaysia sebut sahaja kurma sudah pasti semua umat Islam …

One comment

  1. SUNDAY ANAK RENTAP

    Kenapa saya nak cek status brim tak dapat..harap mohom bantuan..selalu sistem gagal setiap kali saya cek..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *