Home » BERITA (page 5)

BERITA

Alasan Ulangkaji Pelajaran Tetapi Kena Raba

Alasan Ulangkaji Pelajaran Tetapi Kena Raba itulah yang berlaku kepada seorang penuntut IPT wanita di sebuah negeri di utara tanah air. Mangsa telah dicabul oleh kenalan yang juga pelajar lelaki di IPT tersebut. Pukul 12 malam keluar berdua dengan alasan mengulangkaji pelajaran? Agak musykil sedikit bagi admin. Tapi untuk berita dan laporan penuh anda baca sahaja artikel yang dikeluarkan oleh Metro Online di bawah ini.

Alasan Ulangkaji Pelajaran Tetapi Kena Raba
Alasan Ulangkaji Pelajaran Tetapi Kena Raba

Penuntut lelaki institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan polis selepas mencabul penuntut perempuan yang juga juniornya ketika mereka keluar dari kawasan kampus di Seri Iskandar menuju ke Gopeng, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa berusia 22 tahun yang juga penuntut tahun pertama IPT itu keluar bersama suspek berusia 22 tahun untuk mengulang kaji di kawasan kampus berkenaan.

Difahamkan, suspek yang juga penuntut tahun akhir bidang kejuruteraan mekanikal kemudiannya memberitahu hendak keluar ke kedai serbaneka di luar kampus dan membawa mangsa bersama. Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek kemudian membawa mangsa menaiki keretanya menghala ke kedai serbaneka di Batu Gajah sebelum mula mengeluarkan perkataan lucah.

Katanya, mangsa mula berasa curiga dan takut melihat kelakuan suspek yang mengeluarkan ayat lucah sebelum mendapati suspek membeli minyak bayi (baby oil) dipercayai bertujuan untuk melakukan onani. “Sepanjang perjalanan suspek memaksa pengadu melakukan kelakuan tidak senonoh di dalam kereta yang sedang bergerak. “Suspek kemudian dipercayai memberhentikan keretanya di tepi jalan dan terus melakukan perbuatan tidak senonoh kepada mangsa walaupun mangsa cuba mengelak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke kampus sebelum mangsa membuat laporan polis awal pagi semalam. Katanya, suspek berasal dari Kajang, Selangor itu ditahan malam tadi selepas menyerah diri di Balai Polis Seri Iskandar dan semakan mendapati dia tiada rekod jenayah lampau serta negatif dadah. Menurutnya, suspek kini direman selama empat hari hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kadar Tarif Elektrik Kekal Hingga 2020

Kadar Tarif Elektrik Kekal Hingga 2020 itulah yang diumumkan oleh Menteri Tenaga ,Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili menerusi persetujuan yang dicapai menerusi mesyuarat kabinet pada 13 Disember 2017 yang lalu. Beliau mengumumkan perkara tersebut kepada media menerusi sidang media yang dibuat semalam.

Kadar Tarif Elektrik Kekal Hingga 2020
Kadar Tarif Elektrik Kekal Hingga 2020

Beliau berkata tiada perubahan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna di Semenanjung untuk tempoh tempoh tiga tahun akan datang manakala di Sabah dan Labuan juga kekal bagi tempoh Januari hingga Jun depan. Di Semenanjung, jadual kadar tarif dikekalkan bagi tempoh 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020 dan kadar tarif itu digunakan sejak 1 Januari 2014.

“Mesyuarat Kabinet juga bersetuju kerajaan menampung keseluruhan rebat tarif elektrik sebanyak RM1.80 setiap per kilowatt- jam (kWj) dengan jumlah keseluruhan RM929.37 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2018. “Secara keseluruhannya, kerajaan memberikan rebat berjumlah RM6.3 bilion kepada pengguna di Semenanjung bagi tempoh Mac 2015 hingga Jun 2018,” katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.

Maximus berkata, pengguna di Sabah dan Labuan juga akan menikmati rebat tarif elektrik sebanyak RM1.20 sen kWj sepanjang tempoh enam bulan tahun depan. “Kerajaan memberikan subsidi bahan api dan tarif sebanyak RM1.631 bilion bagi pengguna di Sabah dan Labuan untuk tempoh Mac 2015 hingga Jun 2018,” katanya. Sehubungan itu, Maximus berkata, pengekalan tarif elektrik ini membuktikan keikhlasan dan keprihatinan kerajaan yang sentiasa meletakkan kesejahteraan dan kepentingan rakyat sebagai teras utama. -Metro-

Israel Boleh Hancurkan Malaysia 1 Saat Sahaja

Israel Boleh Hancurkan Malaysia 1 Saat Sahaja itulah yang ditulis dalam facebook yahudi laknatullah melalui portal beritanya iaitu jews news. Begitu angkuh dan bongkak sekali yahudi ni. Jika anda pergi ke laman facebook jews news tersebut berita-berita yang terdapat dalam portal mereka semuanya pasal Islam. Semua Islam yang buruk. Memang dasar yahudi.

Israel boleh hancurkan Malaysia Dalam 1 saat
Israel boleh hancurkan Malaysia Dalam 1 saat

Berbalik kepada Israel Boleh Hancurkan Malaysia 1 Saat Sahaja portal tersebut mentertawakan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan Malaysia tentang kesediaan pihak tentera kita jika diperlukan di Baitulmaqdis. Anda lihat sahaja gambar di atas tersebut betapa bongkak nya pentadbir facebook jews news tersebut.

Ekoran daripada itu, posting tersebut dibanjiri oleh netizen bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari negara-negara lain terutamanya mereka yang beragama Islam.  “Malaysia tidak keseorangan kerana Pakistan bersama anda, Israel jangan lupa tentang Pakistan, kami boleh hancurkan Israel separuh saat sahaja, datanglah berlawan dengan kami, kami sentiasa bersedia,” katanya yang merujuk tajuk berita berkenaan.

Gara-gara kenyataan itu, seorang penyokong Israel Mazi Samuel O. Ukaegbu meminta Abdul Basit agar diam namun sebaliknya dia ditertawakan oleh netizen lain. Sementara itu, Adilah Ayob Khan pula menzahirkan ucapan terima kasih ke atas Abdul Basit, Terima Kasih dari Malaysia, Israel penakut dan ia tiada apa-apa sebenarnya. Sementara itu menurut seorang penganut Kristian pula iaitu Oldpoint Wapa menyatakan Iran boleh hancurkan Israel dalam masa beberapa jam sahaja.

Israel boleh hancurkan Malaysia Dalam 1 saat
Israel boleh hancurkan Malaysia Dalam 1 saat

Tarikh Bayaran Khas Aidilfitri 2018 Penjawat Awam

Tarikh Bayaran Khas Aidilfitri 2018 Penjawat Awam adalah pada 7 Jun 2018. Seperti mana yang semua penjawat awam maklum bonus atau bayaran khas RM1000.00 akan dibayar oleh kerajaan pada 8 Januari 2018 ( rujuk SINI ). Baki RM500.00 lagi akan dibayar pada Aidilfitri. Jadi cukuplah Bayaran Khas RM1500.00 yang diumumkan pada Bajet 2018 sebelum ini. Admin kongsikan pekeliling penuh dari JPA untuk rujukan anda semua.

Tarikh Bayaran Khas Aidilfitri 2018 Penjawat Awam
Tarikh Bayaran Khas Aidilfitri 2018 Penjawat Awam

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (21) No. Siri :
KERAJAAN MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2017
BAYARAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2018

TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun 2018.

LATAR BELAKANG
2. Kerajaan telah memutuskan supaya Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM1,000.00 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 diberi kepada pegawai Perkhidmatan awam Persekutuan di atas keperihatinan Kerajaan menghargai kesetiaan penjawat awam dalam mendokong kemajuan negara serta melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan berkesan kepada rakyat.
3. Kerajaan juga bersetuju memberi Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM500.00 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen.
4. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah bagi maksud menjelaskan mengenai kaedah pelaksanaan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018.

PELAKSANAAN
5. Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan syarat bahawa pegawai telah berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun 2018.
6. Tempoh 30 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh,semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018.
PEGAWAI YANG LAYAK
7. Tertakluk kepada perenggan 5 dan 6 di atas, pegawai yang layak diberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 adalah seperti berikut:
7.1 pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service1;
7.2 pegawai yang bercuti bergaji penuh;
7.3 pegawai yang bercuti separuh gaji;
Bagi pegawai di bawah contract for service, surat edaran berasingan akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan
7.4 pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
7.5 pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
8. Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 juga dipanjangkan kepada:
8.1 guru interim;
8.2 pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
8.3 pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK
9. Pegawai yang tidak layak diberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 adalah:
9.1 pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018;
9.2 pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018; dan
9.3 pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018.

PEGAWAI YANG DITANGGUHKAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI
10. Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 ini. Pegawai hanya layak diberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
11. Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 7 Jun 2018 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018.

PESARA
12. Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen akan dibayar sebanyak RM250.00 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
13. Pegawai Perkhidmatan Awam yang bersara dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018 layak diberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut. Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan terakhir pegawai berkhidmat.
14. Pesara Perkhidmatan Awam yang dilantik semula secara contract of service dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018 layak diberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurangkurangnya 30 hari berturut-turut. Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh  Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.
15. Tempoh 30 hari berturut-turut yang dimaksudkan adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018.
PEGAWAI MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN
16. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018 layak diberi Bayaran Khas Tahun 2018 sebanyak RM500.00 dengan syarat pegawai telah berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
17. Pembayaran kepada mana-mana penerima pencen terbitan yang layak di bawah undang-undang pencen sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan terakhir pegawai berkhidmat.
18. Tempoh 30 hari berturut-turut yang dimaksudkan adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018.

TARIKH PEMBAYARAN
19. Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 ini akan dibayar pada 7 Jun 2018.

 

Bayaran Khas Penjawat Awam 8 Januari 2018

Bayaran Khas Penjawat Awam 8 Januari 2018. Seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2018 yang lepas semua penjawat awam akan menerima bayaran khas atau lebih mudah dipanggil bonus oleh kalangan penjawat awam sebanyak RM1,500.00. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun mengeluarkan pekeliling tentang pembayaran Bayaran Khas Penjawat Awam ini.

Bayaran Khas Penjawat Awam 8 Januari 2018
Bayaran Khas Penjawat Awam 8 Januari 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 27 Oktober 2017 telah mengumumkan pemberian bayaran khas sebanyak RM1,500. Pesara Kerajaan juga akan menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM750.

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Pemberian Bayaran Khas RM1, 500 Kakitangan Awam 2018. Pembayaran akan dibuat pada tarikh berikut mengikut surat pekelililing ANM Peraturan Pembayaran Khas.

Jumlah Bayaran Khas
Kakitangan awam : RM1500.00
Pesara : RM750

Tarikh Pembayaran
Bayaran khas kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2018 pada Jumaat, 27 Oktober 2017 akan dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-

Tarikh Pembayaran Pertama : RM1,000 pada 8 Januari 2018
Bayaran kedua : RM500 Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2018

Nota : Pesara kerajaan akan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada 8 Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri. Semoga Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2018 ini boleh dijadikan belanja persiapan anak-anak ke sesi persekolahan 2018.

Bayaran Khas Penjawat Awam 8 Januari 2018
Bayaran Khas Penjawat Awam 8 Januari 2018

Pekeliling penuh sila layari : SINI