Home » BERITA (page 69)

BERITA

Senarai anggota polis yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna

Senarai anggota polis yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna. Berikut senarai anggota Polis kita yang terkorban untuk mempertahankan negera kita dari pemberontak ( setakat hari ini )

Senarai anggota polis yang terkorban di Lokasi Semporna dan Lahad Datu…

1)Supt Ibrahim – SB Bkt Aman
2)Asp Michael – KCKD semporna
3)Sjn Baharin – SB
4)Sjn Aziz – PGA semporna
5)Kpl Salam – SB Tawau
6)L/kpl Azrul -PGA semporna
7)INS Zulkifli – vAT69 KOMANDO
8)Sarjan Sabarudin – VAT69 KOMANDO

 

Senarai anggota polis yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna
Senarai anggota polis yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna

Mari sedekah kan AL-FATIHAH kepada mangsa yang beragama Islam….Salam Takziah kepada Keluarga Mangsa…Jasamu di kenang….

Jadi rakyat Malaysia tiada apa yang boleh kita lakukan selain kita menadah tangan dan sentiasa berdoa semoga semua pejuang-pejuang yang ada di sana dilindungi oelh Allah SWT begitu juga dengan saudara mara kita yang tinggal di kawasan tersebut.

#PRAYFORSABAH

Dua Komando Polis Maut di Lahad Datu

Berita terbaru tentang pencerobohan di Lahad Datu. Dua Komando Polis Maut di Lahad Datu. Al-Fatihah untuk dua komando polis yang terkorban

“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″

Mari Semua Rakyat Malaysia kita doakan keselamatan pejuang-pejuang negara yang sedang pertahankan tanah air

LAHAD DATU – Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

 

Dua Komando Polis Maut di Lahad Datu
Dua Komando Polis Maut di Lahad Datu


Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
   
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
   
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
   
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. – Bernama

Punca Fly Over / Jambatan di Putrajaya Runtuh

 

Punca Fly Over / Jambatan di Putrajaya Runtuh
Punca Fly Over / Jambatan di Putrajaya Runtuh
Semalam aku ada post pasal satu flyover / jambatan yang runtuh di Putrajaya
Berita tersebut memang sahih dan menjadi liputan meluas media tempatan
Jadi disini mari kita lihat apa punca sebenar kejadian itu daripada
pihak yang bertanggungjawab
Ia terletak di laluan menuju ke KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.
Jurucakap pihak lebuh raya memberitahu, jejambat itu memang sudah ditutup sejak beberapa bulan lalu dan sudah wujud retakan di struktur itu sebelum ini dipercayai akibat permukaan tanah yang lembab di kawasan jambatan berkenaan.

 

 “Jejambat ini pernah digunakan untuk tiga bulan sahaja sebelum terpaksa ditutup akibat masalah mendapan tanah,” katanya.
Pengguna di laluan berkenaan terpaksa menggunakan lencongan sebelum ini. Setakat ini tiada sebarang laporan kecederaan atau kematian.

 

Aku pun ada jugak “hello” geng -geng kat Putrajaya
dan mereka mengesahkan kejadian ini memang benar-benar berlaku
bukan apa sebab masa ada pihak post kat FB ramai yang tidak percaya
dan ramai jugak yg gunakan gambar runtuhan sebagai lawak jenaka 😉

Berita Terkini !!! Gambar Jambatan Runtuh Selepas Tol Keluar Putrajaya

 

Gambar Jambatan Runtuh Selepas Tol Keluar Putrajaya
 Sebuah jambatan runtuh yang baru sahaja berlaku sebentar tadi selepas daripada plaza tol keluar Putrajaya Lebuhraya Elite, Putrajaya Link..28 Febuari 2013
Berita Terkini !!! Gambar Jambatan Runtuh Selepas Tol Keluar Putrajaya
Berita Terkini !!! Gambar Jambatan Runtuh Selepas Tol Keluar Putrajaya
Jambatan runtuh baru saja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link berhampiran Selangor Science Park 2

 

Bagaimanapun punca jambatan runtuh tersebut masih lagi tidak dapat dipastikan..

 

Anda boleh merujuk map yang disediakan oleh PLUS berhubung laluan alternatif lain untuk ke Putrajaya berikutan kerja-kerja pembaikan segera jambatan runtuh tersebut yang sedang dilakukan..
laluan alternatif untuk ke Putrajaya / Cyberjaya berikutan jambatan runtuh sebentar tadi.Kawan-kawan dok putrajaya yg guna laluan ni sila ambil perhatian ya

Gempar!!! Gadis Hilang di Tawau

Gempar!!! Gadis Hilang di Tawau
Gempar!!! Gadis Hilang di Tawau
Nama Nadzirah Ashikin, umur 17 thn. Tidak pulang rumah sejak hari Sabtu 23hb. Keluar rumah berseluar merah, baju putih jaket hitam & tudung hitam. 

Kali terakhir dilihat di Eastern Plaza & KFC, Tawau ikut Proton Exora warna putih ada pelekat ‘P’. Siapa2 yg ternampak sila hubungi 0138800188 atau ibunya 0198728868.
P/S : Jom Sesama Kita Share untuk bantu keluarga beliau