Home » HIBURAN

HIBURAN

Dato Sri Siti Nurhaliza Selamat Bersalin

Dato Sri Siti Nurhaliza Selamat Bersalin. Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Dato Sri Siti Nurhaliza Selamat Bersalin
Dato Sri Siti Nurhaliza Selamat Bersalin

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat. Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab. Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. –Rozi Abdul Razak
Pengurus

Video Menari Tular Nisa Kay Mohon Maaf

Video Menari Tular Nisa Kay Mohon Maaf secara terbuka kepada semua netizen dan rakyat Malaysia. Memetik laporan daripada blog Hangat.Com Nisa Kay telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan permohonan maaf beliau. Video tersebut tular di media-media sosial setelah dirakam di pelancaran tudung jenama Neelofa di Zouk Kuala Lumpur yang juga telah mengundang kontroversi kepada netizen Malaysia.

Video Menari Tular Nisa Kay Mohon Maaf
Video Menari Tular Nisa Kay Mohon Maaf

Menurut Nisa atau nama sebenarnya Khairunnisa beliau sama sekali tidak menyangka bahawa video tersebut akan tular. Malah kejadian itu juga bukanlah disengajakan kerana pada asalnya beliau hanya menonton aksi tersebut dan telah ditarik oleh seorang petugas yang berada disitu bagi menyertai kumpulan terbabit.

Tambahnya juga, perlakuan tersebut bukanlah memaparkan dirinya yang sebenar. Dek kerana keterujaan mereka yang berada disitu, Nisa turut menyertai mereka dalam permainan “lip-sync battle” tersebut. Nisa Kay mula dikenali melalui beberapa buah program wawancara dan antara pengacara wanita yang sedang meningkat naik.

“Saya akui, perlakuan yang saya lakukan itu tidak seharusnya berlaku dan ianya sama sekali tidak menggambarkan diri saya yang sebenar dan juga imej sebagai wanita bertudung. Saya akui, saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga. Saya hargai usaha ramai pihak yang sudah pun mulai memadam video tersebut di platform masing-masing dan diharapkan kejadian ini bukan sahaja memberi pengajaran buat saya, malah buat orang lain juga” -SUMBER-

Biodata Profil Neelofa Founder Naelofar Hijab

Biodata Profil Neelofa Founder Naelofar Hijab. Noor Neelofa binti Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989) atau lebih dikenali sebagai Neelofa ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Beliau mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

Biodata Profil Neelofa Founder Naelofar Hijab
Biodata Profil Neelofa Founder Naelofar Hijab

Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Neelofa dianggap sebagai seorang artis dan selebriti yang paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi dan skandal seperti bergaduh dengan artis lain. Pada 2016, beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Bintang Paling Popular selepas hampir lima tahun bertanding, beliau menang dua daripada tiga pencalonan yang diterimanya. Baru-baru ini, beliau telah dipilih oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menerajui program CelebExports.

Beliau kembali ke layar kaca menerusi drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot yang bersiaran di Astro Ria, bergandingan bersama pelakon Fattah Amin selepas sekian lama tidak berlakon. Drama ini merupakan drama televisyen pertama lakonannya yang menampilkan beliau bertudung sejak beliau mula bertudung pada 2014.

Pada Mac 2017, Neelofa diumumkan bakal menghiasi majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia.

Nama penuh : Noor Neelofa binti Mohd Noor
Tarikh Lahir : 10 Februari 1989 (umur 29)
Asal : Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Warganegara : Malaysia
Nama lain : Lofa
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran
Pusat pendidikan : Universiti Sunway
Pekerjaan : Pelakon model pengacara penulis ahli perniagaan jurucakap produk
Tahun aktif : 2010–kini
Ketinggian 5 ft 2 in (1.57 m)

Dato’ Farid Kamil Positif Ganja Serang Polis

Dato’ Farid Kamil Positif Ganja Serang Polis inilah berita yang tular di media-media sosial petang semalam. Seperti yang kita semua ketahui bahawa pada tahun lepas pengarah dan juga pelakon Farid Kamil telah dianugerahkan darjah kebesaran negeri Pahang yang membawa gelaran Dato’. Farid Kamil ditahan selepas mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Dato' Farid Kamil Positif Ganja Serang Polis
Dato’ Farid Kamil Positif Ganja Serang Polis

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya. Beliau bagaimanapun, tiba-tiba bertukar berang dan menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’. Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Mohd Zani turut mengesahkan pelakon itu positif dadah jenis ganja selepas menjalani saringan air kencing yang dijalankan selepas dia ditahan. Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada pagi Jumaat bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut. –MSTAR

Biodata Profil Daiyan Trisha Heroin Filem Busker

Biodata Profil Daiyan Trisha Heroin Filem Busker. Daiyan Trisha (lahir 22 Disember 1993) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.Beliau mula dikenali ramai menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk Dee. Daiyan Trisha lahir dan membesar di Bangi, Selangor. Anak kedua daripada lima beradik dalam keluarganya, beliau gemar membaca dan bersenam di waktu lapang. Daiyan merupakan pemegang Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan di Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).

Biodata Profil Daiyan Trisha Heroin Filem Busker
Biodata Profil Daiyan Trisha Heroin Filem Busker

Daiyan mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air pada 2013. Beliau pertama kali mendapat perhatian umum menerusi telefilem bertajuk Dee untuk siaran di Astro Ceria. Telefilem ini turut mencetuskan siri TVnya dengan judul sama yang disiarkan pada 2015. Kerjaya filem Daiyan bermula pada 2015 menerusi filem Girlfriend Kontrak arahan pengarah kelahiran Australia, Virginia Kennedy lakonan Nur Risteena dan Keith Foo. Sebagai penyanyi, Daiyan telah merakamkan beberapa lagu dan single termasuk “Kerana Kau”, “Cinta Suka Sayang Kamu” dan “Kita Manusia”.

Pada November 2017, Daiyan membawakan peranan pembantu dalam drama My Coffee Prince arahan Michael Ang, lakonan Fattah Amin dan Janna Nick, adaptasi dari drama popular Korea Selatan 2007, The 1st Shop of Coffee Prince. Filem terbaru beliau, Buskers yang menggandingkan beliau bersama Hafeez Mikhail akan ditayangkan pada 11 Januari 2018, yang mana Daiyan memegang watak sebagai Vera.

Nama : Daiyan Trisha binti Nasaruddin
D.O.B : 22 Disember 1993
Asal : Bangi, Selangor, Malaysia
Pendidikan : Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan : Penyanyi, pelakon, model