Home » HIBURAN (page 36)

HIBURAN

Mak banjir…air dah naik

Mak banjir…air dah naik…Kejadian berlaku di sebuah kampung di pinggir bandar Kuantan..perkampungan ini memang agak rendah di selalu dinaiki air jikalau hujan turun tidak berhenti-henti selama 3 hari..pasti air akan naik busuk2 pun paras buku lali mesti naik …pendek kata memang naik la air masuk ke rumah a.k.a banjir. Fakrul bukan nama sebenar seorang pelajar POLISAS dan sedang mengikut Diploma kejuruteraan Mekanikal semester 4 di poli tersebut. Muka boleh tahan la.Ramai jugak awek-awek poli yang nak kan si Fakrul ni tapi simpan dalam hati je la sebab hati Fakrul ini dah dimiliki…

 

Mak banjir...air dah naik
Mak banjir…air dah naik

Nak dijadikan cerita, sekarang ini bulan 12 kan…politeknik seluruh Malaysia bercuti..jadi si Fakrul ini memang tak buat apa kecuali duduk sahaja di rumah konon-konon nak jadi anak yang baik.Tapi siang je dia duduk rumah malam keluar lepak main snuker. Bulan 12 jugak musim hujan kan..sila rujuk ramalan cuaca di entry sebelum ini..jadi kampung Fakrul dah 2 hari hujan tak berhenti-henti..air parit dan sungai disekitar dah mula nak melimpah…dan saat-saat yang ditunggu akhirnya tiba…hari ini masuk hari yang ketiga hujan terus turun..

Dalam benak Fakrul berkata “malam ni kompom banjir ni kalo hujan x benti, aku kena stand by ni” .oleh itu Fakrul amik keputusan untuk tido di ruang tamu dengan bertilam kan toto.Konon nak tido-tido ayam la kang kalo air naik dia leh jadi hero untuk selamat kan semua family dia.. Tapi entah macam mana dia leh tido mati..Hujan terus turun dengan lebatnya…lebih kurang 2 jam selepas itu kira-kira jam 3 pagi rumah Fakrul yang sunyi sepi itu telah dikejutkan dengan satu jeritan yang datang nya tidak lain tidak bukan dari suara Fakrul sendiri.

“mak banjir ..baniir ..banjir air dah naik….selamatkan diri selamatkan diri “……orang dalam rumah bergegas mendapatkan Fakrul….mak nya terkejut….bila dia tengok x de pun banjir….pang!!!!!!!!!!!! mak Fakrul bagi back hand kat Fakrul…” ini bukan banjir ini kencing atas toto!!!!!!!!!!!!!!!” kata mak Fakrul…. Fakrul yang pening2 susu terkedu + merah muka sebab malu…semua ahli keluarga ketawa berdekah-dekah…siap ada yang guling-guling..dengar cite nenek Fakrul masih lagi dalam wad HTAA sebab x benti gelak….wakakakaka….

 

pinjam Google

p/s : cerita ini rekaan semata-mata tidak ada kene mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia….satu lagi kalo kencing jangan lupa istinjak

Lawak Hari Ini : Asal Usul Denmark

Dipetik dari buku sejarah peradapan dunia tingkatan 4 Anggur SMK Tamil Bertam Ulu Jaya, Melaka jom kita baca Lawak Hari Ini : Asal Usul Denmark. Arakian telah tertulis dalam kitab maktub sejarah-sejarah asal usul negara dunia,tersebut sebuah kisah bagaimana kisahnya negara Denmark mendapat nama untuk negaranya. Adapun, Makcik Rabeah, seorang pencuci kapal layar milik tentera portugis yang berasal dari Tampin, Nogori Sombilan. Ketika Kapal layar portugis mendarat di Melaka, makcik Rabeah telah meng’apply’kan kerja tukang cuci didalam kapal tersebut. Setelah lebih 3 tahun Portugis menjajah Melaka, kini tibalah masa untuk mereka meninggalkan Melaka. Makcik Rabeah yang sangat rajin dan disayangi oleh ketua Portugis itu turut dijemput untuk ikut belayar meninggalkan melaka. Maka makcik Rabeah kenelah ikut sambil membawa 11 orang anak lelakinya.
Arakian setelah sepurnama belayar, tibalah mereka di sebuah negara yang tidak diketahui namanya. Maka inginlah dijajah juga oleh orang portugis ini. Maka mendaratlah tentera Portugis untuk menyerang, namun tentera negara itu sudah bersiap sedia untuk menahan asakan tentera portugis. Akhirnya semua tentera portugis mati dalam peperangan. Tinggallah makcik rabeah dan 11 orang anaknya. Mereka ditangkap dan dibawa ke hadapan raja. Raja itu bertanya kepada makcik Rabeah ” Hoi pompuan tua, tahukah kau nama negara ini?”. Makcik Rabeah pun berkata “tidak tahu tuanku!”. “Ciss..Pompuan bodoh, nama negara ini pun kau tak tau.” tempik Raja.
Lawak Hari Ini : Asal Usul Denmark
Lawak Hari Ini : Asal Usul Denmark
Makcik Rabeah terasa malu apabila beliau dikatakan bodoh dihadapan anak-anaknya. Lalu makcik Rabeah menjerit ke anaknya. “Tak guno punya anak, namo negaro ni pon ekau tak tau, sapo bodo? Mak ko ekau bodoh?”. Lalu anak pertamanya menjawab ” Den mak”. Ditanya berulang-ulang kali dan kesemua anaknya menjawab “den mak”. Raja yang tak paham bahasa nogori tu mendengar berulang-ulang kali sebutan ‘den mak’ lalu berkenan pula dengan perkataan itu. Raja terus menamakan negara mereka sebagai nama DENMARK kerana nama lama negara mereka sangat buruk iaitu ‘LOMBU’. Lalu makcik rabeah dilepaskan dan 11 org anak mereka dilatih untuk menjadi pemain bolasepak negara denmark.
P/S : Owh ini kisah nya..Sedara mara aku ramai la kat denmark nmpk nya hahahahahahahahahaha..dah Jumaat dah wei hari ni tamo stress2…dah nak cuti 3 hari dah ni hahahahaa

kisah benar!!! cikgu & anak murid

Ini merupakan satu kisah benar!!! cikgu & anak murid. Cikgu Nur Alia merupakan seorang guru kaunseling yang baru sahaja berkhidmat di sebuah sekolah di pinggir bandar Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang cikgu yang amat disukai disekolah berkenaan kerana sifatnya yang lemah lembut dan mudah mesra dengan pelajar. Di sekolah, beliau sering menegur dan bertanya pada pelajar jika mereka mempunyai sebarang masalah yang boleh menggangu pembelajaran mereka.Sehinggalah pada suatu hari, ketika cikgu Nur Alia sedang berjalan menuju ke kantin sekolah, beliau ternampak seorang pelajar yang sedang berdiri seorang diri di hujung padang melihat rakan-rakannya bermain bola sepak. Lalu beliau pun menegur pelajar tersebut.

“Dari tadi cikgu tengok awak ni termenung je..awak ada masalah ke??”

Pelajar tersebut yang sedang asyik melihat rakan-rakannya bermain bola hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja tanpa menoleh memandang beliau. Oleh kerana terlalu lapar, beliau meninggalkan pelajar tersebut dan terus pergi ke kantin.

Setelah selesai makan, beliau pulang ke bilik kaunseling di mana di situlah tempat beliau bekerja dan memberi kaunseling kepada pelajar sekolah berkenaan. Ketika sedang berjalan, beliau ternampak pelajar yang ditegurnya sebentar tadi masih lagi berdiri ditempat yang sama. Kini cikgu Nur Alia yakin yang pelajar tersebut mempunyai masalah. Lalu beliau pun menegur pelajar berkenaan sekali lagi.

“Dari tadi cikgu tengok awak berdiri kat sini. Kawan-kawan awak main bola tapi awak tengok je..awak ada masalah ke? Kalau ada cerita la pada saya. Saya boleh tolong. Saya ni kan cikgu kaunseling kat sekolah ni.”

Pelajar tersebut memandang cikgu Nur Alia dengan dahi berkerut. Cikgu Nur Alia pun berkata lagi.

“Jangan malu..saya tahu awak ada masalah. Dari tadi saya tengok awak berdiri kat sini je…”

Lalu pelajar itu pun menjawab.

“Saya berdiri kat sini sebab saya penjaga gol….” wakaka

 

kisah benar!!! cikgu & anak murid
kisah benar!!! cikgu & anak murid