Home » HIBURAN (page 4)

HIBURAN

Biodata Profil Hez Hazmi Penyanyi Meletup

Biodata Profil Hez Hazmi Penyanyi Meletup dengan lagu Setiaku pada tahun 2016 dan pada tahun ini 2017 Hez Hazmi sedang meletup-letup dengan lagunya Aku Mula Rindu. Setiap corong-corong radio tempatan sudah pasti memainkan lagu Aku Mula Rindu ini. Tidak cukup dengan itu lagu Aku Mula Rindu mendominasi carta-carta stesen radio tempatan.

Biodata Profil Hez Hazmi Penyanyi Meletup
Biodata Profil Hez Hazmi Penyanyi Meletup

Persoalannya kenal kah anda dengan jejaka yang bernama Hez Hazm ini? Jarang kita lihat Hez Hazmi muncul di kaca televisyen walaupun lagu beliau meletup-letup di di corong-corong radio. Jadi hari ini admin kongsikan kepada anda semua serba sedikit Biodata Profil Hez Hazmi Penyanyi Meletup ini.

Nama : Muhammad Hazmi Nadzim Hamdan
Nama artis : Hez Hazmi
Tarikh Lahir : 10 Februari 1992
Asal : Kuala Lumpur
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Tinggi : 172
Berat : 64 KG
Kerjaya : Penyanyi, Penulis Lirik, Komposer, Rapper
Single/Lagu : Setiaku, Kata Hati, My Crush, Aku Mula Rindu
Hobi : Bermain Gitar dan Mencipta Lagu
Kelab bola : Liverpool

Untuk pengetahuan semua, Hez Hazmi sebelum ini pernah menjadi artis di bawah naungan KRU Music bersama Akira Shukri dan pernah menyanyi secara duo yang dikenali sebagai hashtag (#). Jadi untuk menyokong Hez Hazmi ini anda boleh mengikuti perkembangan beliau di media sosial beliau di bawah ini.

Twitter

Instagram

 

Gambar Baby Bump Model Iklan Trivago

Gambar Baby Bump Model Iklan Trivago Dahlia Shazwan. Semakin berseri-seri nampaknya mommy to be ini. Dahlia Shazwan merupakan model iklan Trivago yang setiap hari kita boleh lihat di kaca televisyen. Bagi yang masih belum mengenali siapakah Dahlia Shazwan anda boleh baca panjang lebar tentang Dahlia Shazwan di artikel yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Anda boleh baca di pautan Biodata Profil Awek Iklan Trivago.

Gambar Baby Bump Model Iklan Trivago
Gambar Baby Bump Model Iklan Trivago

Gambar Baby Bump Model Iklan Trivago Dahlia Shazwan ini anda boleh lihat di Instagram milik beliau. Beliau memang berkongsi tentang pregnancy nya dengan meletakkan tanda pagar #weeks untuk setiap gambar yang beliau muatnaik. Peminat-peminat Dahlia Shazwan begitu teruja dengan perkembangan beliau dan sentiasa mendoakan kandungan beliau serta peminat-peminat juga teruja dengan Dahlia Shazwan sendiri yang kekal cantik walaupun kandungan telah melebihi 23 minggu.

Gambar Baby Bump Model Iklan Trivago
Gambar Baby Bump Model Iklan Trivago

Kepada semua yang selalu menonton iklan Trivago mari kita sama-sama doakan Dahlia Shazwan dan kandungannya sentiasa sihat dan akan dipermudahkan proses untuk bersalin nanti. Sudah pasti peminat-peminat Dahlia Shazwan yang dikenali sebagai awek trivago ini tidak sabar untuk menunggu kelahiran cahaya mata beliau.

Gambar Baby Bump Model Iklan Trivago
Gambar Baby Bump Model Iklan Trivago

Untuk makluman semua, Dahlia Shazwan telah bernikah pada 23 Julai 2016 dengan seorang Eksekutif Pemasaran bernama Shafiq Ismet. Pasangan berkenaan seterusnya akan diraikan dalam majlis persandingan, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 31 Julai ini.

Fattah Amin dan Fazura Belum bernikah

Fattah Amin dan Fazura Belum bernikah itulah jawapan yang diberikan oleh Pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau dikenali Acha mengesahkan bahawa majlis tertutup berlangsung di rumah nenek Fazura, malam tadi adalah kenduri dan doa selamat sempena mengerjakan umrah. Tidak ada  apa-apa majlis ‘istimewa’ di Tanah Suci nanti sebaliknya pasangan pelakon popular Fattah Amin dan Fazura hanya menunaikan umrah dan bukannya majlis akad nikah sebagaimana digambarkan media sebelum ini.

Fattah Amin dan Fazura Belum bernikah
Fattah Amin dan Fazura Belum bernikah

Kedua-dua pelakon berkenaan berlepas ke Tanah Suci kira-kira 12.10 tengah hari, hari ini menerusi pesawat Saudi Arabian Airlines SV841 bagi menunaikan umrah bersama keluarga terdekat. Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 23 November.

“Bagaimanapun, mungkin ada perbincangan peribadi atau pasal umrah. Saya sendiri tak (tidak) tahu, tunggu selanjutnya kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Fattah Amin dan Fazura nanti. “Saya tidak pasti bila kenyataan itu akan dikeluarkan. Mungkin dalam tempoh terdekat. Apa yang pasti selepas pulang ke tanah air kelak akan ada sidang media daripada mereka berdua,” katanya.

Katanya, bagi adil kepada semua pihak media, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berkaitan apa-apa perkembangan selanjutnya mengenai Fattah Amin dan Fazura. Acha berkata, turut sama mengerjakan umrah adalah ibu dan bapa Fattah Amin selain ibu, adik dan bapa saudara Fazura.

Turut sama adalah rakan baik Fazura yang juga pereka fesyen terkenal, Rizman. Acha berkata, pihaknya sudah merancang untuk mengerjakan umrah bersama-sama sejak sebulan lalu. Terdahulu, Fattah Amin dan Fazura tiba di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10.30 pagi sebelum mendaftar masuk 11.30 pagi.

Ketibaan kedua-dua pelakon itu menarik perhatian orang ramai di KLIA malah ada mengambil kesempatan bergambar dan berswafoto dengan mereka. Usaha wartawan menemubual Fattah Amin dan Fazura tidak kesampaian apabila kedua-dua mereka memilih untuk berdiam diri. Hubungan Fattah dan Fazura terus menjadi tanda tanya apabila kedua-dua hadir majlis tertutup di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya, malam tadi.

Lebih menimbulkan tanda tanya, kedua-dua ahli keluarga terdekat turut hadir majlis itu sekali gus menguatkan khabar angin bahawa mereka berdua akan bernikah termasuk merancang mengadakan akad nikah di Tanah Suci. Pasangan berkenaan sebelum ini dikhabar bakal bertunang pada 13 November lalu namun masing-masing mengunci mulut dan terus berteka-teki. Hubungan rapat antara Fazura dan Fattah mula terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella. -Metro Online-

Senarai Lagu Layak Ke Final Anugerah Juara Lagu 32

Senarai Lagu Layak Ke Final Anugerah Juara Lagu 32 2017 telah pun diketahui keputusannya. Jadi tahniah kepada semua penyanyi dan komposer yang berjaya. Ini dia  Senarai Lagu Layak Ke Anugerah Juara Lagu 32.

Senarai Lagu Layak Ke Final Anugerah Juara Lagu 32
Senarai Lagu Layak Ke Final Anugerah Juara Lagu 32

1. Azmi Caliph Busker – Sejati (Komposer & Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan)

2. Salma Asis – Akhirnya Cinta (Komposer: Ajai/Lirik: Slen)

3. Khai Bahar – Bayang (Komposer: Alam/Lirik: Anahoda)

4. Altimet – Amboi (Komposer: Navigator/Lirik: Altimet)

5. Hazama & The Penglipurlara – Aku Yang Sebenar (Komposer: M. Nasir/Lirik: Ad Samad)

6. Ara Johari – Warkah Untukmu (Komposer: Hang Nadim/Lirik: Laq)

7. Dayang Nurfaizah – Separuh Mati Ku Bercinta (Komposer & Lirik: Ajai)

8. Syamel – Lebih Sempurna (Komposer & Lirik: Syamel)

9. Haqiem Rusli – Tergantung Sepi (Komposer & Lirik: Gouffran & Ibnu)

10. Hael Husaini – Jampi (Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong)

11. Wany Hasrita – Menahan Rindu (Komposer & Lirik: Gouffran & Ibnu)

12. Syamel & Ernie Zakri – Aku Cinta (Komposer & Lirik: Syamel)

Tahniah sekali lagi kepada semua yang layak ke Final Anugerah Juara Lagu 32. Pastinya semua peminat tidak sabar untuk menunggu malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 32. Lagu lain yang bertanding adalah :-

1. Projector Band – Aisyah (Komposer & Lirik: Razif)

2. Syamsul Yusof & Mawi – Bukan Propaganda (Komposer & Lirik: Syamsul Yusof)

3. Tajul Arif & Wany Hasrita – Di Sana Cinta Di Sini Rindu (Komposer & Lirik: Patrick Khamis)

4. Ayda Jebat – Mata (Komposer & Lirik: Audi Mok, Ayda Jebat & Shazee Ishak)

5. Haqiem Rusli – Segalanya (Komposer & Lirik: Ibnu, Gouffran & Danny)

6. Drama Band & Haiza – Jangan Pernah Berdusta (Komposer & Lirik: Aepul Roza)

7. Sufi Rashid – Aku Sanggup (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim)

8. Tomok & Black – Rempuh (Komposer: Omar K, Ezra Kong & John Jeevasingham/Lirik: Hael Husaini & Zel)

9. Aizat Amdan – Jangan Menangis (Komposer & Lirik: Faizal Tahir, Mike Chan & Aizat Amdan)

10. Sufian Suhaimi – Harus Aku (Komposer & Lirik: Sirkhan)

11. Floor88 – Zalikha (Komposer & Lirik: Zai Hamzah)

12. Tajul Arif – Sedalam Dalam Rindu (Komposer: Alam/Lirik: Bazil & Iwan)

13. Atmosfera – Berakhirlah Sudah (Komposer & Lirik: Rayner Rupin)

14. Ronnie Hussin – Menanti Janji (Komposer & Lirik: Ippo Hafiz)

15. Akim & The Majistret – Lagu Untuk Laila (Komposer: Hang Nadim/Lirik: Laq)

16. Ismail Izzani – Sabar (Komposer & Lirik: Adib Hamdi, Omar K, Zayn & Ismail Izzani)

17. Aiman Tino – Permata Cinta (Komposer: Apit/Lirik: ACK)

18. Siti Nordiana – Terus Mencintai (Komposer & Lirik: Nana Alias)

Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Sindir PM

Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Sindir PM di akaun twitternya. Ini semua berlaku selepas satu tweet Fathia Latiff kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak. Tweet itu berbunyi seperti ini ” Salam Mr. President tak pergi ke jenguk-jenguk Pulau Pinang?”. Tweet tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen kerana bukan sahaja seperti menyindir PM tetapi Fathia Bigo Live ini menyebut President dan bukannya Prime Minister.

Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Sindir PM
Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Sindir PM

Seperti mana yang kita tahu Fathia Latiff sememangnya aktif di twitter. Sebelum ini Fathia Latiff telah terpalit dengan video bigo live yang tersebar sehingga menampakkan buah dada beliau. Tidak kurang juga dengan tweet nya kepada Menteri Belia dan Sukan YB KJ juga mendapat tweet balas yang agak panas dari YB KJ.

Jadi kepada Fathia Latiff anda bawa-bawa lah diri anda dengan bijak. Bukan apa anda adalah seorang selebriti dan sememangnya apa sahaja perlakuan anda di luar atau di dalam alam maya akan ada sahaja mata yang memandang. Jadi jangan lakukan perkara yang bodoh untuk diri sendiri. Susulan dari kecaman dari netizen tersebut, ada yang berpandapat bahawa Fathia Latiff memang sengaja untuk mencari publisiti maklum lah selepas adegan Bigo Live Fathia Latiff seakan krik-krik dah.

Antara kecaman yang diterima oleh Fathia Latiff adalah :

“Artis tak ada modal” – AmrayyLensaAssault

“Mr President katanya..bila dah kantoi cepat-cepat padam twit” – Zakuan

Untuk lebih banyak kecaman anda tengok la sendiri gambar-gambar di bawah ini.

Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Sindir PM
Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Sindir PM
Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Sindir PM
Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Sindir PM