Home » INFORMASI (page 2)

INFORMASI

Panduan dan Langkah Hadapi Bencana Banjir

Panduan dan Langkah Hadapi Bencana Banjir. Seperti yang kita ketahui beberapa hari ini beberapa negeri di semenanjung Malaysia seperti Pahang, Terengganu dan Johor dilaporkan sudah mula menghadapi bencana banjir. Amaran dari MET Malaysia juga menunjukkan akan ada lagi taburan hujan yang tinggi bermula hari ini 3 Januari 2018 sehingga esok 4 Januari 2018.

Panduan dan Langkah Hadapi Bencana Banjir
Panduan dan Langkah Hadapi Bencana Banjir

Diberitakan di negeri Pahang terutama di Kuantan banyak pusat pemindahan telah pun dibuka untuk mangsa-mangsa yang terlibat. Oleh hal yang demikian, admin terpanggil untuk menyebarkan ilmu tentang Panduan dan Langkah Hadapi Bencana Banjir yang dipetik dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atau dulu lebih dikenali sebagai JPAM.

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

• Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
• Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan  serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
• Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
• Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

• Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
• Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN

• Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
• Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
• Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN

• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
• Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat

SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH

• Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
• Bersedia dengan peralatan kecemasan.
• Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR – DI LUAR RUMAH

• Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
• Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
• Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
• Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
• Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
• Jangan minum air banjir.

SELEPAS BANJIR

• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
• Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
• Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

SELEPAS BANJIR – SEMASA MEMASUKI BANGUNAN

• Pakai kasut.
• Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
• Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
• Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

SELEPAS BANJIR – PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
• Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
• Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
• Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
• Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
• Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
• Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
• Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Sumber maklumat: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Amaran Cuaca Buruk 3 Januari 2018

Amaran Cuaca Buruk 3 Januari 2018. Amaran cuaca buruk kepada semua yang berada di kawasan yang berkenaan. Sila rujuk laman web Jabatan Meteorologi Malaysia untuk sebarang informasi terkini. Diberitakan hujan masih turun dengan lebat di sekitar negeri Pahang terutama di Kuantan. Ada kawasan rendah yang sudah dinaiki air. Jadi kepada mereka yang terlibat mohon supaya sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Amaran Cuaca Buruk 3 Januari 2018
Amaran Cuaca Buruk 3 Januari 2018

Dikeluarkan pada : 08:30am pada 03 Januari 2018

SEKSYEN A: AMARAN CUACA (BURUK)

Hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan di negeri Terengganu (Daerah Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Rompin, Maran dan Bera) sehingga Khamis, 4 Januari 2018.

SEKSYEN B: AMARAN CUACA (WASPADA)

Hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di negeri Terengganu (Daerah Dungun), Pahang (Daerah Jerantut, Temerloh dan Bentong), Johor (Daerah Segamat dan Mersing) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) sehingga Khamis, 4 Januari 2018.

SEKSYEN C: PENAMATAN

AMARAN CUACA (WASPADA) untuk negeri Sabah: Bahagian Kudat, Sandakan (Daerah Beluran) dan Pantai Barat (Daerah Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Ranau) yang dikeluarkan pada 02:30pm pada 31 Disember 2017 ditamatkan.

Amaran Cuaca Buruk 3 Januari 2018
Amaran Cuaca Buruk 3 Januari 2018

 

Kisah Disebalik Gadis Guard Yang Viral

Kisah Disebalik Gadis Guard Yang Viral beberapa hari lepas. Buka sahaja facebook pasti ada sahaja perkongsian gambar gadis comel yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ini. Jadi kami di berita viral terkini ingin kongsikan kepada anda semua pembaca setia kami tentang Kisah Disebalik Gadis Guard Yang Viral tersebut. 

Kisah Disebalik Gadis Guard Yang Viral
Kisah Disebalik Gadis Guard Yang Viral

Dia tidak melanjutkan pelajaran selepas Tingkatan Dua. Dia berhenti sekolah untuk membantu menyara keluarga. Niatnya cuma satu. Dia mahu membantu ibunya menyara keluarga selepas ayah yang dicintainya kurang sihat dan sakit. Ayah Yuni sebelum ini bekerja sebagai buruh binaan dan pernah terlibat dalam kemalangan sebelum menjalani pembedahan. Kami tidak bertanya mengenai kemalangan itu sama ada berlaku di tempat kerja atau ketika naik kenderaan.

Yuni tidak tahu lanjut mengenai kesakitan itu kerana menghormati sifat rahsia ayahnya. Apa yang diceritakan kepada kami ialah: Ayahnya masih rasa sakit pada bekas tempat kena bedah dan tak larat mengangkat beg simen lagi. Bagi mereka yang kurang arif macam kami, berat satu beg simen ialah 50 kilogram. Yuni meminta ayahnya untuk berhenti kerja. Tugas itu dipikul dirinya. Sebelum jadi Guard, Yuni ada bekerja sebagai promoter, tukang fotostat dan juruwang.

Gaji kerja Guard diguna untuk membayar sewa rumah RM500 di Kampung Pandan. Ibunya pula menanggung kos-kos lain, bil api termasuk barang dapur. Sebelum kami lupa, ibu Yuni bekerja di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur. Yuni anak sulung dari dua beradik. Adik perempuan yang akan ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Semoga sukses adik. Kami bertanya kepada Yuni… Kalau ada peluang belajar, nak belajar apa? Jawapannya dia minat jadi penulis.

Kami minta Yuni kongsi nasihat kepada orang muda dan gadis lain: “Kepada orang muda dan gadis gadis lain yg tak berkerja dan dapat peluang kerja pengawal ni . Kerja jelah. “Kerja ni seronok sebab dalam masa yg sama kita boleh berkenalan dengan orang yg kita tidak kenal. Kita masih muda, kerja pengawal ni boleh dijadikan pengalaman. “Kerja ni tak adalah teruk mana. Biasa je. Tapi kena ikhlas. Saya tahu kerja ni juga amat tercabar dari segi emosi kerana setiap hari kita akan disalahkan dan dimaki walhal kita hanya menjalankan tugas. Fikir positif, dari situ kita akan belajar lagi tabah dan sabar.”

Kepada mereka yang susah, kami juga dapatkan nasihat Yuni untuk anda: “Saya cuma nak pesan untuk yg susah tu cubalah kerja pengawal. Bukan nak promote. Tapi tak salah kita cuba sesuatu yg lain dan cari pengalaman yg lain dari yg lain. “Kerja ni taklah teruk mana. Kita hidup sekarang ni semua berbayar semua mahal. Janganlah memilih. Percaya rezeki Allah ada di mana-mana . Dia Maha Pemberi.”

Kisah ini diambil daripada perkongsian FB Budak Gonjeng dan gambar adalah dari FB Yuni sendiri. Semoga perkongsian ini menjadi teladan kepada semua. Jika kita ingat kita ini susah ada lagi orang lain yang lebih sudah dari kita. Jadi kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Panduan Jahitan Tanda Nama dan Lencana

Panduan Jahitan Tanda Nama dan Lencana Sekolah yang admin petik dari laman sesawang milik Sekolah Kebangsaan Puchong Indah. Mungkin perkongsian Panduan Jahitan Tanda Nama dan Lencana Sekolah ini boleh memberikan anda ibu bapa satu garis panduan bagi menyediakan anak-anak anda dalam memasuki alam persekolahan tidak berapa lama lagi.

Panduan Jahitan Tanda Nama dan Lencana Sekolah
Panduan Jahitan Tanda Nama dan Lencana Sekolah

Kemeja lelaki :
-Tanda nama di atas petak poket
-Lencana di atas tanda nama

Baju kurung (pada bahagian kiri baju) :
-Tanda nama terletak di bawah lencana.
-Jarak antara lencana dan tanda nama lebih kurang 2cm.

Tudung (pada bahagian kiri tudung) :
-Tanda nama terletak di bawah lencana.
-Jarak antara lencana dan tanda nama lebih kurang 2cm.

Semoga bermanfaat kepada semua. Admin tidak pasti sama ada panduan  ini terpakai sama untuk semua sekolah di negara kita. Tetapi anda boleh rujuk kepada pihak sekolah di mana anak anda bersekolah. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan ibu bapa yang lain untuk panduan mereka. Untuk maklumat berkaitan tatacara pakaian seragam sekolah anda boleh terus baca di SINI

Panduan Jahitan Tanda Nama dan Lencana Sekolah
Panduan Jahitan Tanda Nama dan Lencana Sekolah

Kalkulator Kiraan Dividen Bonus ASB

Kalkulator Kiraan Dividen Bonus ASB (Amanah Saham Bumiputera). Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) setiap tahun akan mengumumkan kadar untung dalam bentuk dividen dan bonus kepada semua pemegang unit amanah. Tapi tahukah anda bagaimana untuk anda semua mengira perolehan pendapatan anda tersebut. Kita selalu akan ke kaunter dan kemaskini buku amanah saham kita baru kita dapat tahu berapakah dividen yang kita peroleh hasil dari simpanan kita sepanjang tahun.

Kalkulator Kiraan Dividen Bonus ASB
Kalkulator Kiraan Dividen Bonus ASB

Jadi di sini admin ingin membantu anda semua. Anda boleh menyemak sendiri berapakah jumlah dividen dan bonus yang anda perolehi dengan hanya menggunakan Kalkulator Kiraan Dividen Bonus ASB. Cukup mudah dan senang sahaja. Anda cuma masukkan sahaja baki terakhir anda setiap bulan dan masukkan berapa peratuskah dividen dan bonus yang diberikan.

Kalkulator Kiraan Dividen Bonus ASB itu akan memberikan jawapan kepada anda semua. Jadi anda tidak perlu lagi nak tunggu hingga pergi ke kaunter untuk mengetahui berapakah jumlah pendapatan untuk tahun berakhir pada masa tersebut. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Jangan lupa untuk kongsikan kepada mereka-mereka pemegang unit amanah saham ASNB. Untuk kiraan dividen dan bonus tersebut anda hanya perlu klik pautan di bawah dan masukan amaun yang diminta.

Kalkulator Kiraan Dividen Bonus ASB