Home » INFORMASI (page 20)

INFORMASI

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak melancarkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) dalam membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) memiliki kediaman sendiri. Skim di bawah Majlis Perumahan Negara (MPN) itu terbuka kepada mereka yang berpendapatan isi rumah di pm lima primabawah RM9,000 untuk memiliki kediaman baru atau subsale.

“Pemberian sumbangan sebanyak 10% daripada harga jualan atau maksima RM30,000 yang mana lebih rendah kepada pembeli rumah pertama untuk membantu mereka membeli rumah yang berharga RM500,000 ke bawah. “Pemohon boleh membuat permohonan atas talian untuk skim ini mulai hari ini menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” kata Najib dalam ucapan selepas Mesyuarat MKN siri 4 bilangan 1 bagi tahun 2016 di Parlimen pada Rabu.

Mesyuarat membincangkan mekanisme pelaksanaan beberapa inisiatif dalam pemilikan rumah seperti diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2016 Oktober lalu. Menurut Najib, skim ini hanya terbuka kepada pembeli rumah pertama seperti yang diumumkan di dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 melibatkan pembelian rumah berharga RM300,000.

Kerajaan juga katanya menetapkan beberapa insentif kepada pemaju bagi menggalakkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah berharga RM300,000.“Bagi rumah berharga RM300,000 ke bawah nilai deposit kekal pada Rm200,000 dengan kadar semasa 3% daripada anggaran kos pembinaan. “Bagi pembangunan bercampur nilai deposit adalah bersandarkan baki pemajuan rumah-rumah yang berharga melebihi RM300,000,” katanya.

SUMBER

Tips Kesan Defect Rumah Baru

Tips Kesan Defect Rumah Baru
Tips Kesan Defect Rumah Baru

Ini ada satu perkongsian yang cukup bagus kepada semua pemilik rumah baru. Terutama kepada mereka yang baru sahaja membeli rumah dan mendapat kunci rumah. Admin ingin kongsikan kepada anda semua Tips Kesan Defect Rumah Baru yang dipetik daripada FB Shamier Mohaimin. Tips ini juga dipanggil dengan nama Defect Inspection. Jom sama-sama kita hadam apa yang perlu dibuat apabila dapat sahaja kunci rumah tersebut.

Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.

PERALATAN :

  • Masking tape – Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
  • ***Marker Pen – Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
  • ***Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
  • ***Kamera / Handphone berkamera – Ambil gambar kecacatan rumah

1. Azan
– Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
– Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

2. Pintu
– Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.

3. Tiles Lompong
– Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
– Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
– Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
– Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.

4. Elektrik
– Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
– Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

5. Meter Air
– Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
– Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
– Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
– Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
– Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

6. Tingkap dan Sliding Door
– Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
– Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

7. Tangga
– Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
– Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
– Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
– Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
– Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.

9. Dinding Retak
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.

10. Kunci Semua
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.

Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.

Buka Tingkap 30% Elak Kereta Meletup Adalah Palsu

Buka Tingkap 30% Elak Kereta Meletup Adalah Palsu
Buka Tingkap 30% Elak Kereta Meletup Adalah Palsu

Ini dia penjelasan sebenar setelah tersebarnya berita Buka Tingkap 30% Elak Kereta Meletup adalah palsu semasa cuaca panas. Apa yang tersebar di medai sosial seperti facebook dan whatapps adalah seperti ini. “ATTENTION NOTICE (By TNB)  Malaysia sedang dilanda ELNINO sekarang ini. Bacaan suhu persekitaran melebihi 39.7°c. Bagi pengguna semua jenis kenderaan  bertingkap,sekiranya kenderaan anda berjemur dibawah panas melebihi 2jam, pastikan cermin kereta anda dibuka 30%.Jika cermin ditutup habis,tekanan suhu yang terlampau tinggi dalam kereta akan mengakibatkan keretakkan pada cermin,tangki minyak meletup dan enjin kereta terbakar. Ambil peduli. Sebarkan kepada semua pengguna kenderaan di Malaysia.”

Bagi menjawab mengenai perkara ini, Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Automotif dan Samudera dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Pakharuddin Mohd Samin, yang dihubungi Berita Harian telah menjelaskan mengenai perkara ini. “Jika benar dakwaan itu maka sudah tentu banyak kereta di negara Asia Barat yang cuacanya lebih panas berbanding Malaysia meletup,” katanya.

Namun apa yang berlaku sebaliknya, kejadian itu tidak berlku dan apa yan disebarkan di media sosial adalah mengarut dan tidak perlu dipercayai.”Sewaktu saya belajar di Texas, Amerika Syarikat, ketika musim panas suhunya boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius tetapi tiada kejadian kereta meletup atau terbakar sepanjang berada di sana.

“Mengenai perlu menurunkan tingkap sehingga 30 peratus itu adalah helah bagi aktiviti jenayah oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.Penyebar berita palsu berkenaan telah meletakkan nama syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk menunjukkan berita tersebut adalah daripada TNB dan sahih di mana bertujuan untuk menakutkan orang ramai.

TNB ketika dihubungi oleh Berita Harian menafikan mesej tersebut dikeluarkan oleh mereka dan mengesahkan ia adalah mesej palsu.Menurut Pakharuddin lagi, TNB tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Metereologi.

 

Semakan Online Status Ke Luar Negara

Semakan Online Status Ke Luar Negara
Semakan Online Status Ke Luar Negara

Jom buat Semakan Online Status Ke Luar Negara sekarang hanya di portal www.phat.my. Seperti semua ketahui bahawa sehingga ke hari ini lebih daripada 820,000 warganegara Malaysia adalah disenarahitamkan untuk keluar negara. Terdapat beberapa sebab mengapa warganegara disenarai hitam.

Oleh itu, admin kongsikan kepada anda semua bagaimana dengan mudah anda boleh membuat Semakan Online Status Ke Luar Negara anda. Admin sendiri telah mencuba aplikasi ini dan jawapan yang diberikan amat menggembirakan.

Jawapan yang diberi adalah “tiada halangan” ini bermakna admin bebas ke mana-mana sahaja. Jadi mari kita ikuti beberapa langkah mudah untuk anda semua membuat Semakan Online Status Ke Luar Negara tersebut. Langkah-langkah yang perlu diikuti adalah :-

1. Masuk ke link ini http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx

2. Masukan Nombor kad pengenalan anda dalam kotak

3. Klik “semak” dan anda terus akan mendapat jawapan

Selamat mencuba dan sila kongsikan kepada sesiapa sahaja artikel ini. Terima kasih

Ular Paling Berbisa Susah Mati Ditemui

Ular Paling Berbisa Susah Mati Ditemui
Ular Paling Berbisa Susah Mati Ditemui

Gempar!!! Tetapi itulah hakikatnya setelah Ular Paling Berbisa Susah Mati Ditemui di dunia kita hari ini. Penemuan dan pendedahan ini bakal mengejutkan semua penduduk muka bumi seterusnya akan menggerunkan semua. Ular paling berbisa tetapi tidak boleh di bunuh. Jom kita ikuti pendedahan Nat Geo Wild di bawah ini.

Semalam di Nat Geo Wild, telah diumumkan bahawa ular yang sangat
berbahaya baru sahaja ditemui. Saintis mendakwa bahawa ular merupakan
species baru : revolusi keluarga reptilia itu. Menurut Nat Geo Wild,
ular tersebut akn brtmbah 0.5 cm panjang setiap kali ia makan dgn sekali
suapan setiap 30 saat atau kurang. Ular ini tidak boleh dibunuh atau
dicederakan oleh senjata malahan ianya mati hanya apabila ia menggigit
dirinya sendiri. Huh mengejutkan?

Saintis mendakwa bahawa hanya ada
satu-satunya cara ia boleh dibunuh tetapi kajian masih diteruskan untuk
mencari cara-cara baru ular ini boleh dibunuh. Ini adalah ular yang
paling beracun dan dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah manusia.

Ular ini hanya boleh didapati dalam Nokia 3310 telefon mudah alih di
bawah pilihan permainan, ular Xenzia. Terima kasih kerana berhati-hati
dan sabar membaca ini! Tokono x ..den pun tokono wei..jgn lupa share!!!