Home » INFORMASI (page 3)

INFORMASI

ASNB Tangguh Urusniaga Bermula 20 Disember

ASNB Tangguh Urusniaga Bermula 20 Disember  2018 sehingga 1 Januari 2018. Ini adalah SOP biasa bagi mana-mana institusi kewangan. Admin merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh ASNB di laman sesawang rasmi milik mereka. Jadi kepada semua pemegang-pemegang unit amanah di bawah ASNB iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan lain-lain amanah saham anda tidak boleh melaksanakan sebarang urusan bermula 20 Disember 2018.

ASNB Tangguh Urusniaga Bermula 20 Disember
ASNB Tangguh Urusniaga Bermula 20 Disember

Anda boleh rujuk grafik di bawah ini. Segala urusan akan bersambung semula seperti biasa pada 2 Januari 2018.

ASNB Tangguh Urusniaga Bermula 20 Disember
ASNB Tangguh Urusniaga Bermula 20 Disember

Bagi yang nak berkira-kira tentang perolehan pendapatan anda bagi ASB anda boleh menggunakan kalkulator yang disediakan di bawah ini. Anda boleh gunakan kalkulator tersebut. Walaupun peratus kadar dividen dan bonus belum diumumkan anda boleh sahaja ambil contoh seperti dividen yang ditawarkan pada tahun 2016. Jadi anda semua dah boleh berkira-kira berapakah dividen yang anda perolehi untuk tahun 2017.

KALKULATOR PENGIRAAN ASB

Tips Persediaan Sebelum dan Semasa Temuduga

Tips Persediaan Sebelum dan Semasa Temuduga yang dikongsikan oleh seorang Profesional Learning Facilitator yang bernama Muhammad Al Fatihee yang sangat bagus untuk mereka-mereka yang telah berjaya dipanggil untuk temuduga atau lebih mudah sebutannya dalam bahasa inggeris “INTERVIEW”. Sebelum ini telah tular di media sosial tentang Tragedi Yang Berlaku Di SPA Kota Bharu. Anda boleh baca artikel tersebut di SINI.

Tips Persediaan Sebelum dan Semasa Temuduga
Tips Persediaan Sebelum dan Semasa Temuduga

TIPS INTERVIEW SPA & SWASTA

Wah! Berikutan posting saya semalam yang mendapat 7.2 Ribu Shares mengenai MASALAH Etika Pemakaian INTERVIEW SPA.

Terima Kasih kepada yang sudi Shares.

Maka hari ini, jom saya ingin kongsikan pula bagaimana untuk SELESAIKAN MASALAH Etika Pemakaian INTERVIEW SPA dan juga Sektor SWASTA!

Segala perkongsian ini, penulis ambil daripada guru-guru penulis yang pakar dalam bidang Grooming dan NLP, rakan-rakan HR, rakan-rakan Industri serta Pegawai Unit Kaunseling & Kerjaya.

Sila SHARE YA bantu rakan-rakan kita mencari rezeki.

Mari kita mulakan

SEKTOR KERAJAAN

UNTUK KESEMUA LEVEL JAWATAN

LELAKI

1. Rambut Wajib Kemas. Lagi bagus jika pakai minyak rambut atau Pomade

2. Datang Awal ketempat INTERVIEW. Lebih baik 30 minit awal untuk elakkan anda gugup dan memberi masa kepada Pegawai SPA untuk semak Sijil-sijil anda

3. Baju Kemeja digalakkan warna cerah. Lagi bagus warna putih sebab match dengan semua warna. Nampak segak apabila digabungkan dengan kot hitam dan Tie.

4. Bagi warna Tie. Menurut guru saya, Tie warna Merah untuk elemen menguasai manakala Tie Biru untuk Diplomasi. Jadi digalakkan warna yang menyejukkan mata. Jika mahu jimat dapatkan sahaja dipakaian Bundle. Insyallah Murah.

5. Bagi seluar digalakkan seluar Slack Hitam. Disaat INTERVIEW berlangsung. Digalakkan alihkan Phone dan Dompet anda ketempat lain untuk seketika. Kerana ianya akan nampak GELEMBUNG pada postur kaki anda.

6. Stokin Hitam wajib dipakai bagi menampakkan kekemasan

7. Kasut Kulit pastikan berwarna hitam

8. Jam tangan digalakkan memakai Jam Besi atau Kulit. Kerana etika professional terutama Jawatan Pegawai jam tangan merupakan elemen penting bagi menunjukkan anda seorang yang menghargai masa. Bagi jam bertali getah ianya sesuai untuk jawatan yang banyak melibatkan outdoor seperti sukan sebab ianya lasak.

9. Lagi bagus diletakkan nama pada baju seperti yang diamalkan oleh guru-guru

10. Tidak boleh lebih 2/3 warna dalam satu postur badan

WANITA

1. Datang 30 minit awal ke tempat INTERVIEW bagi mengelakkan anda gugup dan memberi masa kepada Pegawai SPA untuk semak Sijil-sijil anda

2. Tudung lilit biasa jer… tak perlu berbelit-belit

3. Pastikan baju dan tudung warna yang lembut

4. Tudung tidak singkat

5. Meminimakan corak pada pakaian

6. Bezakan antara baju untuk Interview, dan Kenduri. Bab ini ramai yang buat silap.

7. Kasut tumit tinggi tidak menjadi masalah Cuma perlu 2cm pun dah ok.

8. Kasut Hitam match dengan Stokin Hitam

9. Lagi bagus diletakkan nama pada baju seperti yang diamalkan oleh guru-guru

10. Bagi yang muslimah digalakkan memakai sarung lengan

11. Jam digalakkan Jam besi atau jam kulit.

12. Tidak boleh lebih 3/4 warna dalam postur badan
Bab pakaian jika tidak mampu untuk beli, anda boleh pinjam daripada rakan-rakan.

Rakan saya bertanya, kenapa sektor kerajaan ini agak Rigid?

Saya jawab “Kerana kita berurusan dengan orang”

SEKTOR SWASTA

Sektor Swasta dan Sektor Kerajaan jauh berbeza gaya INTERVIEW mereka.

Selalunya Interview Swasta lebih bebas mengikut kreativiti majikan serta mengikut identiti syarikat dan mengikut Spesifikasi Jawatan Calon.

Misal Contoh

Cara INTERVIEW jawatan Graphic Designer jauh berbeza dengan Jawatan Pegawai Pemasaran.

Cara INTERVIEW Syarikat Kecantikan Berbeza dengan Syarikat Perbankan

Kerana gaya Korporat dan bisnes mereka berbeza. Jangan sesekali disamakan.

Guru saya berpesan sebelum ke INTERVIEW swasta pastikan kaji latar belakang syarikat terlebih dahulu.

Yang paling penting bagi INTERVIEW SWASTA adalah apa IDENTITI MEREKA,

1. Warna Korporat Mereka,
2. Bahasa Yang Digunakan,
3. Jawatan Yang Ditawarkan
4. Struktur Organisasi Mereka.

Bagi warna Korporat sebagai contoh jika warna korporat syarikat terbabit adalah warna Merah, maka persiapkan baju INTERVIEW anda juga berwarna Merah!

Ini akan meninggalkan kesan psikologi buat penemuduga seolah-olah anda sudah bersedia untuk diambil sebagi staff.

Bagaimana untuk tahu warna korporat? Buka di Google, atau pergi sendiri disyarikat terbabit. Lihat apa warna pakaian seragam mereka. Itulah warna korporat mereka. Mudah bukan…

CARA SUSUN SIJIL
1. Resume
2. Kad pengenalan dan sijil lahir
3. Sijil Akademik bermula dari yang tertinggi sehingga yang terendah.
4. Sijil berhenti sekolah
5. Sijil Muet dan Sijil Kemahiran (Jika ada)
6. Sijil Kokurikulum dari pencapaian tertinggi sehingga terendah. Pencapaian di Tadika tidak perlu…

Tips yang saya share ini bukanlah 100% konfom menjadi ianya bergantung kepada bagaimana anda persembahkan dan bergantung pada rezeki. Mungki ada juga tips-tips lain yang boleh membantu.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ke Unit Kaunseling & Kerjaya disetiap universiti, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan SPA. Atau Boleh layari Job Street dan Jobs Malaysia.

Penulis juga bukanlah pakar dan pernah juga merasai kegagalan INTERVIEW 7 Kali pada tahun 2015-16. Namun setelah penulis sertai SL1M, berkawan bersama rakan-rakan industri terutama HR, rakan-rakan Trainer, sering bertanya kepada pakar dan berguru bersama beberapa tokoh komunikasi/motivasi tanah air akhirnya kemahiran itu tercapai.

Kenapa saya selalu share tentang Tips INTERVIEW? kerana saya tahu ramai rakan kita yang rajin mencari kerja tetapi tidak tahu cara.

Jika berusaha INSYALLAH Rezeki milik anda. Amin..

GOOD LUCK SEMUA…

Bukankah untuk mencari kerja ini perlukan kos. Jika tersalah cara Interview bukankah akan kerugian wang ringgit dan masa?

Bantulah rakan-rakan kita mencari rezeki.

 

Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua

Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua. Dua hari lepas seorang Profesional Learning Facilitator yang bernama Muhammad Al Fatihee (Facebook) telah memuatnaik satu status yang agak penting bagi mereka yang ingin menghadiri sesi temuduga. Bukan sahaja temuduga untuk jawatan sektor kerajaan tetapi juga untuk sektor swasta. Beliau telah membuat pemerhatian di Pejabat SPA Kota Bharu. Apa yang diluahkan oleh pemuda tersebut mendapat perhatian netizen. Posting tersebut telah tular dan viral dengan lebih daripada 9000 perkongsian dalam masa dua hari.

Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua
Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua

Admin kongsikan apa yang telah di “post” oleh Muhammad Al Fatihee tersebut.

TRAGEDI di SPA!!!
Pengajaran untuk SEMUA Pembaca

Semalam saya memasuki Pejabat SPA Kota Bharu bagi melihat sendiri etika berpakaian calon-calon INTERVIEW jawatan (…) Sektor Kerajaan.

Seperti biasa, pakaian saya memang orang tidak akan syak yang saya datang untuk memerhati. Sengaja pakai seluar Track dan berselipar. Macam Orang kampung Gitu. Hehe

Selama 1 jam saya memerhati seorang demi seorang calon masuk mendaftar. Temuduga bermula jam 10 A.M.

Hasilnya SAYA RASA MACAM MAU NANGIS!

“Dik Jikalau beginilah etika pemakaian kamu. 90% permohonan kamu akan ditolak”.

Belum masuk bab Body Language dan Komunikasi!

Antara kesalahan yang saya REKODKAN!

LELAKI

1. Interview jam 10 pagi datang jam 10.10pagi
2. Terlupa bawa Tie
3. Tie bunga-bunga zaman Tan Sri P Ramlee
4. Seluar Slack+Kasut Futsal
5. Rambut Tak Kemas
6. Tak Pakai Stokin
7. Baju Kemeja untuk keluar DATING dengan AWEK
8. Susunan Sijil yang salah
9. Tali pinggang tak pakai
10. Jam Getah

PEREMPUAN

1. Kaca Mata Honeymoon
2. Tudung singkat
3. Baju dan Tudung berfesyen. Amboi besarnya bunga
4. Tumit kasut tinggi sangat. hehe
5. Baju Kurung pergi kenduri
6. Mekap Tebal
7. Susunan sijil salah

Ini antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan calon INTERVIEW. Peliknya mereka memiliki Degree dan Diploma. Apa yang mereka buat semasa di universiti selain daripada pergi kuliah?

Adakah mereka tidak bertanya kepada PAKAR?
Adakah mereka tidak diberitahu oleh PAKAR? “Mustahil”
Adakah mereka buat tak endah semasa diuniversiti?
Adakah mereka tidak mendapat informasi etika berpakaian INTERVIEW SPA yang jauh berbeza dgn INTERVIEW Swasta?

Hmm. Jika begini patutlah ramai yang tidak mendapat kerja yang dipohon…

Namun hati saya kembali sejuk, apabila ada beberapa orang calon yang menepati etika berpakaian Profesional. Sekurang-kurangnya “First Impression” anda sudah menang.

Saya ucapkan Semoga Berjaya kepada semua calon TEMUDUGA 2018

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia. Di Malaysia sebut sahaja kurma sudah pasti semua umat Islam akan membayangkan tibanya bulan Ramadhan. Di mana pada bulan Ramadhan ini semua umat Islam akan berpuasa. Jadi sinonimnya buah kurma di Malaysia adalah pada bulan Ramadhan atau puasa. Tetapi harus diingat kurma bukan sahaja terdapat di Malaysia pada bulan Ramadhan tetapi setiap tahun. Cuma bila bukan bulan Ramadhan agak sukar sedikit untuk ketika jumpa buah kurma ini.

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia
Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia

Hari ini perkongsian artikel adalah berkaitan dengan Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia. Memang semua sedia maklum bahawa buah kurma ini mengandungi pelbagai khasiat. Zaman Rasulullah SAW pun sudah diajar untuk kita semua makan buah kurma ini. Sunnah Rasulullah SAW apabila memulakan berbuka puasa dengan memakan kurma.

Jadi mari kita lihat apakah Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia ini. Bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, makanan ini sangat sesuai. Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang wajib anda makan untuk kesihatan yang menawarkan lapan kesan baik untuk kesihatan.

Kaya dengan zat besi
Kurma kaya dengan zat besi dan ini sangat berguna untuk anda yang ada anemia, untuk kanak-kanak serta wanita mengandung. Cukup dengan memakan 100g kurma sehari (kirakira 0.9 mg zat besi), anda telah mengambil 11% pengambilan zat besi yang perlu untuk badan.

Kurma mengelak ciritbirit ( diarrhea)
Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menghalang cirit birit dengan melegakan dinding perut dan usus, serta merangsang bakteria (dalam perut) secara lebih efektif.

Kurma melegakan sembelit
Mampu melegakan sembelit. Sebab itu disarankan untuk anda merendam beberapa biji kurma dalam air semalaman, dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk meningkatkan pencernaan yang baik.

Mengawal berat badan
Jika anda mahu mengelak lemak berlebihan, anda perlu makan kurma dengan perut kosong. Ia akan mengawal berat badan anda memandangkan ia tiada kolesterol.

Mengimbangkan kolesterol
Sangat berguna dalam mengimbang dan mengawal kolesterol yang tidak sihat (LDL) kerana kurma membersih salur darah dan menghalang pembentukan darah beku.

Menguatkan jantung
Kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu, jangan dibuang bijinya. Makan begitu sahaja atau dikisar terlebih dahulu.

Mengawal selia tekanan darah
Ramai di antara kita yang menderita hipertensi (tekanan darah tinggi) dan orang yang begini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.

Mampu menghalang strok
Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh menghalang serangan strok. Jadi ambil lebih kurang 400 mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi.

Jadi itulah serba sedikit yang dapat dikongsikan berkaitan dengan Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa kongsikan ilmu ini dengan orang lain juga. -SUMBER-

 

Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online

Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online. Permohonan untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah pun dibuka secara rasminya semalam. Satu-satunya pautan yang betul untuk membuat permohonan BR1M 2018 telah pun diberitahu oleh pihak LHDN. Bukan apa banyak sumber yang meragui tentang BR1M 2018 ini anda boleh rujuk artikel ini untuk pengesahan.

Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online

Untuk membuat permohonan BR1M 2018 anda hanya perlu klik pautan ini : Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M 2018)

Untuk mereka yang pernah memohon anda tidak perlu untuk mengisi borang permohonan baru tetapi cukup sekadar anda kemaskini data yang berubah seperti pertukaran nombor telefon, nombor akaun bank, alamat dan sebagainya. Anda boleh berbuat demikian di pautan ini : MYBR1M

Untuk mendapatkan borang sila download di : SINI

Sebelum kita lihat satu persatu bagaimana Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online ini. Kita lihat dahulu 5 perkara yang perlu anda ambil tahu sebagai pemohon BR1M 2018.

1. Makluman
2. Notis Amaran
3. Khairat Kematian
4. Syarat Kelayakan
5. Hubungi kami

MAKLUMAN PENTING
Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan BR1M menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

MAKLUMAN TERKINI
Tarikh akhir penunaian Baucar BR1M 2017 telah dilanjutkan sehingga 28 Disember 2017.
Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Sila klik Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2018 di semua Cawangan LHDNM.

MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan BR1M di media sosial. Sila klik Submit bagi senarai berkenaan. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: Sila klik Submit senarai berkenaan.
LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M / Rayuan BR1M.
LHDNM TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan BR1M / Rayuan BR1M.
Sekretariat BR1M MoF dan LHDNM tidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumat BR1M melalui mana-mana media sosial seperti aplikasi whatsapp. Maklumat yang sahih BR1M 2018 hanyalah melalui phamplet yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima BR1M.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2018
Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.

Waris perlu membawa dokumen berikut:
Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
Kad Pengenalan Asal Waris
Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah via Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan:
MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

HUBUNGI KAMI

Hotline BR1M MOF :
03-8882 4565 / 03-8882 4566

Hotline BR1M LHDNM :
1-800-88-2716

Waktu Operasi :
9.00 a.m hingga 5.00 p.m

eMel : br1m@treasury.gov.my

Faksimili BR1M MOF :
03-8882 3933

Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online secara terperinci dan bergambar. Mudah dan senang untuk anda semua buat sendiri. Ikuti 5 step seperti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online

 

Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online