Home » INFORMASI (page 5)

INFORMASI

Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ

Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ yang perlu semua pengguna kenderaan bermotor di Malaysia ketahui. Untuk rujukan anda semua pengguna kereta di Malaysia di sini pihak BVT ingin kongsikan Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ yang diluluskan. Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ yang diluluskan adalah seperti berikut :-

Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ
Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ

1.Ketelusan cahaya cermin hadapan kenderaan sekurang-kurang 70%

2.Ketelusan  cahaya  cermin  sisi  kiri  dan  kanan  pemandu sekurang-kurang 50%

3.Ketelusan cahaya lain-lain cermin di belakang pemandu sekurang-kurang 30%

4.Ketelusan   cahaya   semua   cermin   bas   dan   caravan sekurang-kurang 70%

Pemunya kenderaan berdaftar atau pemandu kenderaan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di atas boleh dikenakan tindakan seperti berikut :-

1. Jika sabit kesalahan pemunya berdaftar atau pemandu boleh didenda tidak melebihi RM500.00 dan penjara tidak melebihi tempoh selama 2 minggu untuk kesalahan pertama dan;

2. Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh 1 bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan berikut.

Jadi kepada semua pengguna kereta di negara kita patuhi lah Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ yang telah ditetapkan ini. Jangan disebabkan kita tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, kita semua terpaksa membayar denda atau menghuni penjara untuk seketika. Semoga informasi ini memberi manfaat kepada semua.

Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain. Anda semua mampu mengubahnya. Ingatlah insan yang tersayang. Nak mencari duit zaman sekarang ini bukan nya mudah.

9 Adab Hutang Piutang Yang Perlu Tahu

9 Adab Hutang Piutang Yang Perlu Tahu sebagai seorang manusia. Sudah lumrah di dunia ini mereka yang bernama manusia tidak lepas daripada berhutang. Jika kita sebut berkaitan hutang terdapat dua individu yang akan terlibat. Seorang yang berhutang (peminjam) dan seorang lagi yang memberi hutang (pemiutang). Jadi hari ini dalam segmen informasi BVT akan berkongsi kepada anda semua berkaitan 9 Adab Hutang Piutang Yang Perlu Tahu.

9 Adab Hutang Piutang Yang Perlu Tahu
9 Adab Hutang Piutang Yang Perlu Tahu

1. Jangan Pernah Tidak Mencatat Hutang Piutang

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya..” (QS.Al Baqarah : 282)

2. Jangan Pernah Berniat Tidak Melunasi Hutang

“Siapa saja yang berhutang, sedang ia berniat tidak melunasi hutangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang pencuri..” (HR Ibnu Majah)

3. Jangan Pernah Menunda-nunda Membayar Hutang

“Menunda-nunda (pembayaran hutang) bagi orang yang mampu adalah kedzaliman..” (HR Bukhari dan Muslim)

4. Jangan Pernah Menunggu Ditagih Dulu Baru Membayar Hutang

“Sebaik-baik orang adalah yang paling baik dalam pembayaran hutang..’ (HR Bukhari dan Abu Daud)

5. Jangan Pernah Mempersulit Dan Banyak Alasan Dalam Pembayaran Hutang

“Allah ‘Azza wa jalla akan memasukkan ke dalam surga orang yang mudah ketika membeli, menjual, dan melunasi hutang..” (HR Ahmad, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)

6. Jangan Pernah Meremehkan Hutang Walaupun Sedikit

“Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya hingga hutangnya dibayarkan..” (HR Ahmad, at-Tirmidzi, ad-Darimi, dan Ibnu Majah)

7. Jangan Pernah Berbohong Kepada Pihak Yang Menghutangi

“Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkari..” (HR Bukhari dan Muslim)

8. Jangan Pernah Berjanji Jika Tidak Mampu Memenuhinya

“… Dan penuhilah janji karena janji itu pasti dimintai pertanggungjawaban..” (QS Al Israa’ : 34)

9. Jangan Pernah Lupa Doakan Orang Yang Telah Menghutangi

“Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdoalah untuknya hingga engkau menganggap bahwa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya..” (HR Ahmad dan Abu Dawud)

Dan yang paling penting :

JANGAN PERNAH…. LUPA BAYAR..

Semoga ALLAH mewafatkan kita dalam keadaan bersih, beriman dan bertakwa kepada ALLAH dan terbebas dari segala lilitan hutang. Aamiin

Perkongsian ini dipetik dari laman Facebook Motivasi dan Inspirasi Sukses Islami

Jenis Bentuk Badan Wanita Yang Ada

Jenis Bentuk Badan Wanita Yang Ada di dalam dunia adalah topik yang admin kongsikan kepada semua pembaca. Tidak diketahui siapakah pencipta teori atau idea ini tetapi jika kita amati dengan apa yang cuba dikaitkan itu ada juga logiknya. Seperti mana yang kita semua sedia maklum dan tahu sememangnya bentuk badan manusia tidak kira wanita atau lelaki memang berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

Untuk informasi kali ini admin ingin kongsikan kepada anda Jenis Bentuk Badan Wanita Yang Ada terlebih dahulu. Nanti di edisi lain mungkin admin akan kongsikan kepada anda semua Jenis Bentuk Badan Lelaki Yang Ada pula ya. Memetik tulisan dari sebuah blog dianesera Jenis Bentuk Badan Wanita Yang Ada boleh dikategorikan kepada 4 jenis buah. Jom kita lihat satu-satu apakah buahnya dan anda fikirkan ada logiknya atau tidak.

Jenis Bentuk Badan Wanita Yang Ada
Jenis Bentuk Badan Wanita Yang Ada

Apple atau bentuk V (segitiga menurun)
Apple terbentuk apabila wanita mempunyai size bahu lebih luas berbanding pinggul mereka (sempit). Bentuk Apple cenderung mempunyai kaki / paha nipis, manakala perut dan dada kelihatan lebih besar berbanding ke seluruh badan. Lemak lebih tertumpu pada abdomen, dada dan muka.

Pisang, bentuk lurus atau saya (segiempat)
Ukuran pinggang adalah kurang daripada 9 inci lebih kecil daripada pinggul atau ukuran dada. Kadar lemak badan lebih tertumpu pada perut, punggung, dada, dan muka. Peratusan lemak keseluruhan mewujudkan bentuk tipikal (lurus) .

Pir, sudu, loceng atau bentuk A (segitiga ke atas)
Ukuran pinggul adalah lebih besar daripada ukuran dada. Peratusan kadar lemak berbeza kerana lemaknya lebih cenderung untuk berkumpul di punggung, pinggul dan paha. Apabila penambahan lemak badan berlaku, ia mudah tertumpu di sekitar pinggang dan abdomen atas. Wanita jenis badan ini cenderung untuk mempunyai belakang (agak) yang lebih besar, tebal paha, dan pangkuan kecil

Bentuk hourglass atau X. (segitiga menentang, menghadapi)
Pinggul dan dada adalah hampir sama saiz dengan pinggang yang sempit. Kadar lemak lebih cenderung berada di sekitar kedua-dua bahagian atas badan dan badan yang lebih rendah. Badan jenis ini lebih mudah membesar pada lengan, dada, pinggul, dan belakang dahulu sebelum bahagian-bahagian lain, seperti pinggang dan abdomen atas.

Jadi bagaimana? Kepada wanita di luar sana apakah jenis bentuk badan anda?

Mitos Durian Belanda Sebagai Ubat Kanser

Mitos Durian Belanda Sebagai Ubat Kanser perkongsian dan informasi yang agak menarik untuk kita semua pembaca nilaikan. Perkongsian ini bukan dari orang biasa tetapi seorang doktor yang berkongsi tentang Mitos Durian Belanda Sebagai Ubat Kanser di laman Facebook beliau. Berita Viral Terkini menyampaikan kepada semua pembaca apa yang dikongsikan oleh Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir.

Beberapa minggu lepas saya terlihat ketika pulang ke rumah ada orang yang menjual durian belanda di tepi jalan dan mengaku pelbagai khasiatnya kepada pelanggan. Malah daun durian belanda itu dijual pada harga RM 5 sehelai! Ramai pula membeli daunnya!

Mitos berkenaan durian belanda/sirsak/soursop/Graviola ini sebenarnya sudah agak lama berkisar di media sosial. Pada mulanya saya malas hendak mengulas namun semalam saya telah ditag oleh seorang sahabat di sebuah video yang memaparkan seorang ustad yang sedang memberi ceramah agama dan memberitahu maklumat2 tidak benar berkenaan durian belanda ini kepada penonton.

Mitos Durian Belanda Sebagai Ubat Kanser
Mitos Durian Belanda Sebagai Ubat Kanser

Ini saya kira adalah bahaya kerana masyarakat kita mudah mempercayai agamawan dan maklumat yang mereka sampaikan dianggap sebagai sahih. Almaklumlah…takkanlah ustad nak menipu?

Tetapi sahabat2 semua harus sedar, Allah SWT menyuruh kita bertanya kepada mereka yang ahli seandainya tidak mengetahui. Agamawan mungkin ahli di dalam bidang agama tetapi bidang perubatan ini adalah bukan bidang mereka. Ia seumpama anda bertanya tentang sains nuklear kepada seorang fesyen designer. Bidang yang cukup berbeza bagai langit dan bumi!

Kita semua mahu memerangi kanser dan sedang aktif mencari penawarnya. Namun itu bukanlah lesen bagi kita mendakwa yang bukan2 terhadap sesuatu perkara yang tidak terbukti malah boleh membawa kesan sampingan yang serius.

Durian belanda dan ekstraknya didakwa mampu mengubati kanser dan pelbagai dakwaan yang lain. Antaranya, ia didakwa mampu:

1. Menyerang sel2 kanser dengan selamat dan efektif secara semulajadi tanpa menyebabkan rasa loya, kehilangan berat badan dan keguguran rambut seperti kemoterapi.

2. Melindungi sistem imun badan (avoid immunosuppression) dan mengelakkan risiko jangkitan berbahaya.

3. Berasa lebih kuat dan lebih sihat sepanjang perawatan dengan durian belanda berbanding kemoterapi.

4. Menambah tenaga dan keceriaan.

5. Mensasarkan secara efektif dan khusus pembunuhan sel2 kanser termasuk kanser kolon, pankreas, payudara dan prostate tanpa membunuh sel2 yang sihat/normal.

6. 10,000 kali lebih berkesan berbanding Adriamycin, sejenis ubat kemoterapi moden yang biasa digunakan.

Sehingga kini kajian saintifik bagi menguji keberkesanan durian belanda dan ekstraknya hanya merupakan keputusan ujian makmal (in vitro) kecil yang dijalankan secara tabung uji dan juga ke atas tikus makmal. Tiada bukti saintifik keberkesanannya terhadap manusia sehingga kini. Dose eksperimental 200mg/kg yang digunakan itu adalah merupakan dos bagi tikus dan dos sebenar bagi manusia tidak diketahui dan sudah pastinya jauh lebih tinggi.

Bagi membolehkan sesuatu ubat itu digunakan secara klinikal, ia perlu melepasi tapisan ujian2 yang membuktikan ia berkesan dan selamat penggunaannya buat manusia. Kajian haiwan dan tikus adalah jauh sama sekali boleh dijadikan penanda aras bahawa ia selamat dan berkesan terhadap manusia. Kita bukan haiwan dan tikus. Sistem anatomi dan fisiologi kita adalah berlainan.

Dakwaan bahawa pengambilan durian belanda dan ekstraknya menambah tenaga dan sebagainya adalah merupakan sesuatu penilaian testimonial yang subjektif. Meminum satu tin 100 plus juga mampu menambah tenaga pada tubuh sesetengah orang. Ia tidak boleh dijadikan hujah keberkesanannya melawan kanser.

Dakwaan kononnya durian belanda adalah 10,000 kali lebih efektif berbanding ubat kemoterapi seperti Adriamycin juga adalah merupakan satu dakwaan yang mengelirukan dan tidak disokong dengan pembuktian saintifik yang pasti. Dari mana datangnya figure 10,000 kali lebih berkesan juga tidak saya ketahui kerana hasil carian saya di journal2 medical tidak menemuinya.

Hujah yang mengatakan durian belanda adalah lebih baik kerana ia adalah produk semulajadi dan bukan seperti ubatan moden yang merupakan racun kimia sintetik juga ternyata adalah tidak benar. Adriamycin yang dibandingkan dengan durian belanda ini misalannya adalah bersumber dari bakteria semulajadi yang hidup di dalam dahan kayu pokok Taxus brevifolia. Begitu juga ubat2 kanser yang lain yang kebanyakannya bersumber dari sumber2 semulajadi seperti tumbuh2an.

Apa yang pasti, durian belanda dan ektraknya juga mengandungi kandungan annonacin yang tinggi. Jika diambil pada kuantiti berlebihan (3-8mg/sehari), ia boleh menyebabkan gangguan saraf seperti penyakit Parkinson. Ia juga boleh menyebabkan kematian sel2 badan dengan mengganggu proses penghasilan ATP yang merupakan sumber tenaga untuk hidup bagi sel2.

#Kesimpulannya:

Durian belanda dan ekstraknya sebagai pengubat kanser dan kononnya 10,000 kali lebih berkesan daripada kemoterapi adalah merupakan dakwaan tidak berasas sama sekali.

Ia malah berpotensi menyebabkan kemudaratan seperti penjelasan di atas.

Golongan ustad dan penjual produk berkaitan perlulah berhenti dari menyebarkan maklumat yang mengelirukan masyarakat dengan dakwaan2 palsu yang tidak terbukti. Apakah anda tidak takut akan dosa membunuh manusia?

Begitulah perkongsian dari seorang doktor pakar berkaitan dengan isu Mitos Durian Belanda Sebagai Ubat Kanser tersebut. Semoga bermanfaat untuk semua. Admin memang suka minum jus durian belanda. Memang sedap.

Resipi Homemade Bebola Chewy Cheese KFC

Resipi Homemade Bebola Chewy Cheese KFC. Pernah satu ketika viral Chewy Cheese KFC ini. Jadi anda semua boleh mencuba untuk membuatnya sendiri. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara-cara membuatnya. Jom check it out.

Resipi Homemade Bebola Chewy Cheese KFC
Resipi Homemade Bebola Chewy Cheese KFC

BAHAN-BAHAN :

350g ubi kentang yang dilecek (yang dah direbus dengan sedikit garam,tos hingga kering dan lecek)

250g tepung gandum (di ayak)

5 biji telur

serbuk lada

250g keju cheddar (kraft) (dipotong dadu )

serbuk roti secukupnya

CARA-CARA :

potong dadu keju (ketepikan),tepung n kentang digaul sebati,taburkan dgn serbuk lada..gaul sehingga sebati

( tak guna air sebab kentang dah lembut )kemudian ambil adunan sebesar guli leperkan masukkan keju dn bulatkan. Gaul dalam serbuk roti pecahkan telur dalam mangkuk..pukul sedikit,kemudian masukkan 2 atau 3 sudu dalam pinggan,golekkan adunan yg disalut dgn serbuk roti tadi.golekkan semula dalam serbuk roti hingga betul-betul tertutup adunan tadi..ulang sehingga habis adunan..dah siap boleh goreng.

SUMBER