Home » PELANCONGAN

PELANCONGAN

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Rawa

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Rawa. Untuk edisi Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia kali ini editor kami memilih Pulau Rawa, Johor untuk dikongsikan serba sedikit informasi berkaitan pulau tersebut. Jadi untuk itu kepada mereka yang bercadang untuk bercuti ke negeri yang berada di selatan tanah air ini Pulau Rawa adalah salah satu destinasi yang perlu dikunjungi di negeri Johor. Jom kita lihat apa yang menarik di Pulau Rawa. Artikel Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Rawa ini adalah diolah daripada artikel milik Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Rawa
Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Rawa

Enam belas kilometer di luar pesisir pantai Mersing ialah Pulau Rawa. Pulau ini terkenal kerana pasir yang memutih, pokok palma yang meninggi dan terumbu karang, berta ikan berwarna neon dan hidupan marin yang eksotik.

Pulau yang sunyi ini hanya mempunyai dua pilihan penginapan. Chalet kayu dibina di kawasan dusun kelapa, yang sesuai dengan reputasi pulau ini sebagai tempat terpencil, sesuai untuk mereka yang mahu lari dari kesibukan bandar.
Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Dari Bandaraya Johor Bahru, ikut jalan utama Johor Bahru-Kota Tinggi dan teruskan perjalanan melalui jalan utama Kota Tinggi-Mersing (Lebuh Raya 3). Dari Lebuh Raya Utara-Selatan, keluar di persimpangan Ayer Hitam (Pertukaran 244) dan pandu terus ke Kluang dan teruskan perjalanan menggunakan jalan utama Kluang-Jemaluang (Lebuh Raya 50). Selepas melalui Pekan Jemaluang, teruskan perjalanan di jalan utama Kota Tinggi-Mersing, menuju ke arah Mersing. Cari papan tanda yang akan membawa anda ke Jeti Mersing.

Jadi kepada semua yang menggemari percutian ke pulau-pulau, Pulau Rawa adalah salah satu destinasi yang perlu anda lawati. Anda akan dapat menyaksikan panorama yang indah dan sudah pasti ia akan menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Selamat bercuti!!!

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Via Ferrata Gunung Kinabalu

Selepas Pulau Pangkor pihak Editor Berita Viral Terkini memilih Gunung Kinabalu yang terdapat di Negeri Bawah Bayu Sabah untuk dijadikan sebagai salah satu  Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia. Salah satu percutian yang agak luar biasa sedikit dari percutian biasa kerana ia memerlukan kita untuk mendaki gunung. Jadi jom kita baca apa yang kami kongsikan dalam artikel  Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Via Ferrata Gunung Kinabalu ini.

Via ferrata (atau laluan besi dalam bahasa Itali) merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa siri anak tangga, rel dan kabel yang melekap pada permukaan batu. Terdapat lebih daripada 300 laluan via ferrata di dunia dan via ferrata tertinggi di dunia kini boleh ditemui di Gunung Kinabalu di Malaysia, di mana poin tertinggi bermula pada ketinggian 3,400 meter dan berakhir pada ketinggian 3,800 meter. Ini kali pertama sukan mendaki gunung menggunakan via ferrata diperkenalkan di Asia.

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Via Ferrata Gunung Kinabalu
Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Via Ferrata Gunung Kinabalu

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Via Ferrata Gunung Kinabalu
Aktiviti untuk semua, via ferrata dibina untuk membantu mereka yang ada sedikit atau tiada pengalaman langsung untuk sampai ke permukaan batu yang biasanya dicapai oleh pendaki berpengalaman. Ada beberapa keperluan yang perlu dipenuhi sebelum menjalani aktiviti via ferrata, termasuk tahap kesihatan sederhana, mampu untuk mendaki setinggii 3,200 meter dalam masa 6 jam, berumur sekurang-kurangnya 10 tahun, berketinggian sekurang-kurangnya 1.3 meter; dan paling penting tidak takut pada ketinggian (atau sanggup untuk mengatasi rasa gayat).

Aktiviti ini pengalaman mencabar dan bagi mereka yang berminat untuk merasai sendiri via ferrata di Gunung Kinabalu, anda perlu tahu bahawa laluan untuk mereka yang baru mencuba adalah merasai pengalaman pertama mendaki dinding granit Gunung Kinabalu (pendakian kira-kira 2–3 jam).

Laluan pertengahan mengambil masa 4 – 5 jam perjalanan dan sebagai ganjaran para pendaki akan dapat menikmati keindahan pemandangan yang cantik.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kapal Terbang
Terdapat banyak penerbangan antarabangsa dan domestik untuk ke Kota Kinabalu.

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Pangkor

Salam 1 Malaysia. Hari ini pihak admin Berita Viral Terkini akan berkongsi kepada anda artikel dan informasi berkaitan dengan Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia. Untuk edisi kali ini pihak editor telah memilih Pulau Pangkor sebagai salah destinasi percutian yang anda semua patut pergi. Jadi jom kita lihat apa yang terdapat dalam edisi Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Pangkor kali ini.

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Pangkor
Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Pangkor

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Pangkor

Pangkor, dengan gabungan menawan perkampungan nelayan dan resort, adalah destinasi percutian yang menarik dan selesa. Ia menyajikan pengunjung dengan peluang yang jarang diperolehi untuk mendekati kehidupan nelayan dan memerhati cara hidup mereka dan juga sekadar menikmati pantai yang halus dan kemudahan resort.

Nelayan tinggal di penempatan yang bertaburan di sebelah timur, menghadap pekan Lumut dan Teluk Batik. Pelawat berpeluang untuk melihat sebahagian daripada mereka semasa 40 minit perjalanan feri dari Lumut ketika berhenti di petempatan utama Sungai Pinang Kecil dan Sungai Pinang Besar sebelum mendarat di pekan Pangkor.

Dua kawasan pantai yang terkenal iaitu Pasir Bogak dan Teluk Nipah menawarkan kepada peminat aktiviti laut seperti aktiviti menyelam, luncur angin dan memancing. Walaupun Pasir Bogak agak maju, Teluk Nipah masih lagi mengekalkan suasana kampung. Teluk Ketapang atau Teluk Penyu masih menerima kehadiran penyu untuk singgah bertelur. Beberapa resort di pulau itu juga mempunyai padang golf yang sangat baik di kawasan mereka.
Panduan Perjalanan

Laluan Laut
Pangkor adalah 40 minit perjalanan menaiki feri dari Lumut. Feri berlepas setiap setengah jam.

Laluan Udara
Syarikat penerbangan swasta Berjaya Air terbang 5 kali seminggu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berdekatan Kuala Lumpur ke Pangkor..

Melalui Lebuh Raya Utara-Selatan ke arah utara untuk ke Perak. Keluar melalui plaza tol Bidor. Perjalanan seterusnya adalah melalui jalan utama. Ikut papan tanda ke arah Pelabuhan Lumut atau Pengkalan Tentera Laut Lumut. Anda kemudiannya perlu mengikuti papan tanda ke Teluk Intan, Sitiawan dan Pulau Pangkor.

Laluan Darat
Melalui Lebuh Raya Utara-Selatan ke arah utara untuk ke Perak. Keluar melalui plaza tol Bidor. Perjalanan seterusnya adalah melalui jalan utama. Ikut papan tanda ke arah Pelabuhan Lumut atau Pengkalan Tentera Laut Lumut. Anda kemudiannya perlu mengikuti papan tanda ke Teluk Intan, Sitiawan dan Pulau Pangkor.
Sila Hubungi

Tourism Malaysia State Office

Telefon: +605-255 2772/9962
E-mel: mtpbperak@tourism.gov.my

Artikel ini di olah dari laman sesawang milik Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Harapan admin supaya dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin merancang percutian mereka. Sumber gambar adalah dari google.

Buffet Ramadhan Murah Di Shah Alam

Buffet Ramadhan Murah Di Shah Alam
Buffet Ramadhan Murah Di Shah Alam

Anda masih tercari-cari di manakah boleh anda dapatkan Buffet Ramadhan Murah Di Shah Alam. Jom kita cuba buffet di Warung Lebai Dollah Seksyen 13 Shah Alam. Pastinya anda merasakan perbelanjaan anda untuk berbuka puasa pastinya berbaloi-baloi.

Dalam Sejarah 2 Restoran bergabung Menjadi 1

Warung Lebai Dollah @lebaidollah & @dwapbarbariansocial

Barbarian Lebai Ramadhan Buffet dibuka untuk tempahan. Sila Call/SMS/Whatsapp 0182484392 untuk membuat tempahan. Menu Ramadhan Buffet menyediakan sajian yang enak-enak gabungan antara Masakan Melayu dan Barat dengan harga berpatutan!

RM45 (Dewasa) RM33 (Kanak-kanak 6-12 Tahun)

Kanak-kanak dibawah 6 tahun tidak dikenakan bayaran (F.O.C)

 

Warung Lebai Dollah menjanjikan sajian yang istimewa bagi Buffet Ramadhan kami kali ini seperti:

[[]] Oxtail Soup
[[]] Arabiatta
[[]] Pesto
[[]] Carbonara
[[]] Chicken Wing
[[]] Aglio è Olio
[[]] Marinara
[[]] Yeong Chow Fried Rive
[[]] Sago Puddings
[[]] Grill Lamb
[[]] layered Chiffon
[[]] Bubur Lambuk warisan
[[]] Bubur Pulut Hitam
[[]] Beef Skewers
[[]] Homemade Burger
[[]] Tortillas
[[]] Fruit Puddings
[[]] Sirap Selasih
[[]] Wild Mushroom Soup
[[]] Sausages
[[]] Salads
[[]] Teh Tarik
[[]] Dan Banyak Lagi.

RM45 (Dewasa) RM33 (Kanak-kanak 6-12 Tahun)

Sila tempah sekarang, sebelum habis ditempah. Hubungi :

0182484392

Ruang Solat disediakan. Anda semua juga dijemput untuk turut sama-sama berjemaah untuk menunaikan SOLAT TARAWIKH di Pondok Pengajian Imam Haji Abdullah bersebelahan dengan kedai ini. Di mana lokasi kedai? Mereka beralamat di:

Warung Lebai Dollah + Barbarian Grill
G13A & G13, Block 2,
Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 0182484392

IG : @lebaidollah & @dwapbarbariansocial
FB : Warung Lebai Dollah & DwapBarbarian

Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah

Walaupun kita dikejutkan dengan berita sedih apabila negeri Sabah dilanda bencana gempa bumi tetapi kita harus tahu bahawa negeri Sabah memang terkenal dengan tempat-tempat percutian atau pelancongan yang begitu menarik sekali.Mari kita sama-sama berdoa supaya semua rakyat Sabah diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan besar ini. Tempat Pelancongan Menarik Di SabahWalaupun kita semua sedih dengan apa yang berlaku di Sabah tetapi anda jangan lupa untuk berkongsi beberapa Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah untuk rujukan semua. Semestinya Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah ini bukan sahaja menjadi tarikan kepada rakyat Malaysia malah pelancong dari luar negara.

Mengikut dari pengalaman sahabat admin berikut adalah Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah yang beliau kongsikan bersama admin. Admin sendiri belum pernah sampai ke sana. Jadi jom sama-sama kita terjah Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah.

Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah adalah seperti berikut :-

1. Gunung Kinabalu
2. Kundasang
3. Sabah Tea Plantation
4. Pusat Ikan Kelah Jinak “Tagal” Sabah
5. Pulau Sipadan
6. Pulau Mabul
7. Tanjung Aru Beach
8. Tunku Abdul Rahman Marine Park

Ini dia beberapa yang sahabat admin bagi tahu pada admin berkenaan Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah. Mungkin ada banyak lagi yang tertinggal. Jika anda ingin berkongsi tempat sila kongsi di ruangan komen. Jangan lupa untuk doakan sahabat-sahabat kita di Sabah supaya kuat untuk hadapai dugaan gempa bumi sebelum ini. #prayforsabah