Home » PERNIAGAAN (page 3)

PERNIAGAAN

Apa itu 1MDB

Apa itu 1MDB. 1Malaysia Development Berhad (singkatan1MDB) merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia.1MDB telah ditubuhkan sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangka masa panjang, dengan mendapatkan kerjasama dan menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI). Antara projek mega berprofil tinggi 1MDB yang pada masa kini dilaksanakan adalah kawasan pembangunan Tun Razak Exchange, Tun Razak Exchange merupakan projek Bandar Malaysia dan pemilikan terhadap projek Janaan Kuasa Bebas (IPP). Sehingga April 2015, 1MDB telah dipalit dengan pelbagai kontroversi yang memberikan imej negetif kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepada Perdana Menteri nya, Datuk Seri Najib Razak.

Apa itu 1MDB
Apa itu 1MDB

1MDB bermula sebagai Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA), iaitu sebuah tabung kekayaan berdaulat (sovereign wealth fund) yang bertujuan untuk memberi pembangunan ekonomi kepada negeri Terengganu untuk jangka masa panjang dan melestarikan sosio-ekonomi rakyat Terengganu secara amnya.

TIA telah ditubuhkan pada 2008, dan kemudianya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1Malaysia Development Berhad pada Januari 2009. Dalam pemberitahuannya pada 22 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak berkata keputusan untuk membesarkan peranan TIA kepada entiti persekutuan dibuat untuk menambah baik nilai keberhasilan jika dibandingkan dengan faedah dalam sesebuah negeri sahaja.

1MDB memberi fokus kepada projek pembangunan strategik khususnya dalam urusan pembangunan sumber daya tenaga, estet, pelancongan dan agro-perniagaan.Pada 30 September 2009, 1MDB dan rakan strategiknya PetroSaudi International Limited mengisytiharkan pemeteraian syarikat usahasama bernilai US$2.5 billion, dengan mengfokuskan sasaran pelaburan langsung asing (FDI) dari Timur Tengah ke Malaysia.[6]

Berikutan itu, pada 11 January 2010, 1MDB telah menandatangani perjanjian usahasama diantara State Grid Corporation of China (SGCC), dengan fokus untuk mengawal pelbagai projek tenaga di Koridor Tenaga Boleh Ubah Sarawak (SCORE) dan berperingkat menjadi pelabur terbesar dalam projek SCORE.Pada 18 January 18 2010, 1MDB telah menandatangi perjanjian usahasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company (dikenali juga sebagai Masdar) bagi menerokai projek pelaburan dan teknologi bersih termasuk membina bandar bebas karbon pertama di Malaysia.

Pada 13 Mei 2010, 1MDB telah menjadi sebahagian syarikat konsortium, yang diberi mandat melaksanakan projek pembangunan semula multi-bilion ringgit di Lapangan Terbang Sungai Besi. Kawasan tersebut berkeluasan 162 hektar dan pelannya untuk membinan Pusat Kewangan Islam yang memasukkan Qatar Investment Authority (QIA) sebagai rakan kongsi. Projek ini kemudiannya akan digelar Bandar Malaysia. Pada masa yang sama, 1MDB dan QIA telah menandatangi Perjanjian Persefahaman (MOU) untuk mengakses janaan tenaga berdaya maju dan pelaburan estet. Dalam MOU itu QIA bercadang untuk melabur US$5bil.

Pada 21 Mei 2010, telah dilaporkan 1MDB akan turut serta dalam pembangunan kawasan Tun Razak Exchange, iaitu sekeping tanah berkeluasan 34.4 hektar di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur bersama dengan Mubadala Development Company. Walaubagaimanapun, majlis perasmian pecah tanah yang dicadangkan diadakan pada 29 Mei 2010 telah dibatalkan dan ditunda pada akhir akhir waktu.

Dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10), Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan projek KLIFD dan Bandar Malaysia adalah dua projek utama usahasama awam-swasta yang akan memacu agenda transformasi negara.1MDB diuruskan secara profesional dan sistematik berdasarkan sistem uji dan imbang yang meliputi barisan Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan senior.

Lembaga Penasihat 1MDB dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Pada awal Mac 2015, berikutan desakan kuat oleh orang awam dan barisan parti pembangkang di Malaysia, terdapat beberapa isu melibatkan ketelusan pengurusan kewangan syarikat yang dilihat goyah oleh masyarakat terhadap 1MDB. PM Malaysia sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB telah mengarahkan Akauntan Negara untuk mengaudit status kedudukan kewangan 1MDB.

Senarai Bank Perdagangan Di Malaysia

Berikut adalah informasi berkaitan dengan dunia perbankan di Malaysia. Perkongsian informasi ini adalah berkaitan institusi kewangan yang berlesen di Malaysia atau lebih dikenali dengan Bank Perdagangan atau “commercial bank”. Memetik info dari Bank Negara Malaysia ( BNM ) terdapat 27 Senarai Bank Perdagangan di Malaysia.

Pastinya anda sudah biasa dengan beberapa bank yang selalu anda berurusan tetapi pastinya anda juga pasti terkejut ada beberapa bank yang jarang kita dengar namanya tetapi terdapat di negara kita. Untuk itu, anda boleh rujuk info ini untuk mengetahui Senarai Bank Perdagangan Di Malaysia.

Senarai Bank Perdagangan Di Malaysia

1.  Affin Bank Berhad
2.  Alliance Bank Malaysia Berhad
3.  AmBank (M) Berhad
4. BNP Paribas Malaysia Berhad
5.  Bangkok Bank Berhad
6.  Bank of America Malaysia Berhad
7. Bank of China (Malaysia) Berhad
8.  Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad
9.  CIMB Bank Berhad
10.  Citibank Berhad
11.  Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
12.  HSBC Bank Malaysia Berhad
13.  Hong Leong Bank Berhad
14.  India International Bank (Malaysia) Berhad
15.  Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad F
16.  J.P. Morgan Chase Bank Berhad
17.  Malayan Banking Berhad
18.  Mizuho Bank (Malaysia) Berhad
19. National Bank of Abu Dhabi Malaysia Berhad
20.  OCBC Bank (Malaysia) Berhad
21. Public Bank Berhad
22. RHB Bank Berhad
23. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
24.  Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad
25.  The Bank of Nova Scotia Berhad
26.  The Royal Bank of Scotland Berhad
27. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Jadi bagaimana, banyak sebenarnya Bank yang terdapat di negara kita bukan. Sudah pasti kebanyakan bank-bank ini terdapat di ibu kota Kuala Lumpur. Info dipetik dari laman web rasmi Bank Negara Malaysia

Jenis-Jenis Insurans

Sebelum kita kupas satu persatu berkaitan jenis-jenis insurans terutamanya yang terdapat di Malaysia kita fahami apa sebenarnya maksud insurans itu dahulu. INSURANS  adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Jelas? apakah yang dimaksudkan dengan INSURANS? Jadi jom kita ketahui jenis-jenis insurans pula.Insurans terbahagi kepada dua iaitu Insurans Hayat dan Insurans Am.

Insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang kepada pemegang polisi atau penama sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi, seperti kematian. Perlindungan ini juga ditawarkan dalam bentuk pelan takaful keluarga, sebuah pelan perlindungan untuk anda dan keluarga yang berlandaskan prinsip Syariah.

Jenis-jenis insurans

Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih dari setahun. Ini bermakna bayaran premium secara berkala, sama ada bulanan, suku tahunan atau tahunan, perlu dijelaskan.

Risiko yang dilindungi insurans hayat adalah:

Kematian dalam tempoh polisi
Pendapatan semasa persaraan
Penyakit
Hilang upaya

Produk utama insurans hayat termasuklah:

Polisi seumur hidup
Polisi endowmen
Polisi bertempoh
Polisi berkaitan pelaburan
Polisi anuiti
Polisi perubatan dan kesihatan

Insurans am merupakan polisi insurans yang melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung, selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat. Untuk perlindungan yang menyeluruh, anda perlu memahami risiko yang dilindungi insurans am untuk memastikan anda dan keluarga terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diduga.

Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun yang memerlukan ada membayar premium secara sekali gus.

Risiko yang dilindungi insurans am adalah:

Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran rumah

Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda

Kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan

Produk utama insurans am termasuklah:
Polisi motor
Polisi kebakaran/empunya rumah/isi rumah
Polisi kemalangan diri
Polisi perubatan dan kesihatan

SUMBER