Home » SUKAN

SUKAN

Syafiq Ahmad Dari Kedah Sertai JDT?

Syafiq Ahmad Dari Kedah Sertai JDT? Itulah persoalan yang bermain di fikiran semua penyokong pasukan Kedah. Persoalan ini timbul apabila tersebarnya gambar Syafiq Ahmad duduk semeja dengan KDYTM TMJ dan duta antarabangsa JDT Luciano Figueroa baru-baru ini. Untuk itu stesen sukan nombor satu negara Astro Arena ada jawapan kepada persoalan itu. Jom sama-sama kita baca laporan tersebut.

Penyerang Kedah, Syafiq Ahmad, hampir pasti membawa haluan baru musim depan dengan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengikut jejak beberapa rakannya daripada skuad Sukan SEA. Syafiq muncul pemain terbaru yang mungkin menyertai skuad Harimau Selatan itu selepas Adib Zainudin dari Felcra FC dan Adam Nor Azlin dari Selangor.

Syafiq Ahmad Dari Kedah Sertai JDT
Syafiq Ahmad Dari Kedah Sertai JDT

Syafiq ketika ditemui Nadi Arena selepas perlawanan Kedah menentang Felda United di Jengka, kelmarin, tidak menafikan perkhabaran itu, bagaimanapun, terlebih dahulu mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap misi membantu Lang Merah mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.

“Bagi saya, kami akan fokus untuk perlawanan akan datang sebab kami masih lagi menyasarkan kepada Piala Malaysia. Kalau layak ke final, ia adalah kemaraan ketiga berturut-turut. “Jadi, kami mahukan piala itu sekali lagi. Kalau ada hal-hal lain, kami tinggalkan di tepi dahulu. Saya fokus di tempat saya bermain sekarang,” katanya.

Selain Syafiq, Adib dan Adam, turut dikaitkan menyertai JDT ialah dua pemain muda Pulau Pinang, S. Kumaahran dan Syamer Kutty Abba serta pertahanan Pahang, Matthew Davies. Mereka semua merupakan tonggak skuad muda negara yang meraih pingat perak dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Nota kaki : Liga Malaysia 2017 belum pun tamat sepenuhnya tetapi berita perpindahan pemain sudah mula kedengaran. Semoga persaingan sihat dan semangat kesukanan tinggi dapat ditunjukkan pada musim baru 2018 nanti. Tidak kira pasukan mana yang anda akan wakili.

Punca Sebenar Kekecohan Penyokong Perak dan JDT

Ini admin kongsikan Punca Sebenar Kekecohan Penyokong Perak dan JDT semasa perlawanan separuh akhir pertama melibatkan pasukan Perak dan Johor Darul Takzim di Stadium Perak Ipoh. Admin kongsikan rangkuman laporan-laporan daripada BH Online untuk bacaan anda semua.

Kekecohan berlaku selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) meskipun kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Perak di sini malam ini. Difahamkan, kekecohan dipercayai bermula sebelum tamat perlawanan yang menyaksikan kedua-dua penyokong mula membaling botol ke padang.

Ada antara individu yang tidak dikenal pasti mengeruhkan lagi keadaan apabila membaling mercun ke arah sekumpulan penonton. Seorang lelaki dipercayai penyokong cedera di kepala dan perut akibat terkena mercun berkenaan dan diberikan rawatan awal Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat menahan beberapa individu bagi mengawal keadaan. Sementara itu, enam bas yang membawa penyokong JDT diarahkan beredar dari kawasan stadium untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Dua termasuk seorang anggota polis cedera dalam kekecohan selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak di sini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata keadaan dalam stadium sepanjang perlawanan adalah terkawal namun berlaku kekecohan sebaik tamat perlawanan.

Katanya, kekecohan dipercayai berpunca daripada penyokong Perak manakala penyokong JDT dikawal anggota polis ketika keluar dari stadium. “Setakat ini, dua cedera iaitu seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh manakala seorang lagi lelaki daripada penyokong JDT dipercayai akibat mercun.

“Butiran mengenai lelaki berkenaan belum diperoleh,” katanya ditemui di stadium sebentar tadi. Beliau berkata, beberapa individu turut ditahan dipercayai menimbulkan kekecohan dan membaling mercun di luar stadium. “Penyokong JDT seramai kira-kira 200 orang pulang dalam keadaan selamat dan tidak berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Chang Keong berkata, seramai 1,000 pegawai dan anggota polis serta Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keselamatan di stadium berkenaan dan bersurai pada jam 12.15 tengah malam selepas suasana kembali tenang dan terkawal.

Punca Sebenar Kekecohan Penyokong Perak dan JDT
Punca Sebenar Kekecohan Penyokong Perak dan JDT

Sementara itu tujuh penyokong bola sepak masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencetus pergaduhan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, malam kelmarin.

Mereka ialah Daim Mokhtar, 18; Muhammad Arif Ashraf Muhsin, 21; Wan Nazirul Shahpri Wan Mazran, 23; Muhammad Afif Ashrani Muhsin, 24; Muhammad Aizat Ariff Fadilah, 25; Mohd Mansur Mat, 28 dan Mohd Noramin Anuar, 29. Kesemua mereka beralamat di negeri ini didakwa melakukan kesalahan itu di pintu F, Stadium Perak di sini pada jam 10.50 malam 15 Oktober lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kesemua mereka mengaku bersalah di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah. Pendakwaan oleh Nurul Qistini Qamarul Abraf manakala tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Kesemua mereka membayar denda berkenaan. BH sebelum ini melaporkan tujuh lelaki ditahan polis selepas menimbulkan kekecohan di tempat awam selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017, malam kelmarin. Dalam kejadian itu, dua lelaki cedera dengan seorang anggota polis dibaling batu manakala seorang penyokong JDT akibat terkena mercun.

Komen KDYTM TMJ Kepada Utusan dan Kosmo

Komen KDYTM TMJ Kepada Utusan dan Kosmo ini dibuat dalam page rasmi Johor Southern Tiger. Ini berikutan beberapa isu dan berita yang keluar di akhbar-akhbar tempatan rentetan kepada kekalahan pasukan Harimau Malaya kepada Hong Kong tempoh hari. Tidak kurang juga isu di mana Ultras Malaya yang diketuai oleh pemuda bertopi merah yang menjadi perhatian. Jadi jom kita baca sendiri komen dari KDYTM TMJ yang merupakan Presiden kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Komen KDYTM TMJ Kepada Utusan dan Kosmo
Komen KDYTM TMJ Kepada Utusan dan Kosmo

DARIPADA MEMBAZIR BERJUTA-JUTA DUIT RAKYAT YANG DIBERIKAN KEPADA UTUSAN DAN KOSMO, LEBIH BAIK DITUTUP SAHAJA JIKALAU HANYA INGIN MELAGA-LAGAKAN ORANG DAN MENULIS BERITA SEPERTI MENULIS GOSIP MURAHAN

Satu jam lebih punya dialog saya bercakap mengenai bola sepak dan isu-isu semasa, tetapi ayat gurauan yang terakhir saya selama 20 saat itulah yang menjadi tumpuan sekarang. Inilah salah satu sebab mengapa saya dah tak baca surat khabar dalam negara ni kerana sikap terdesak ingin menjual surat khabar dan menulis berita seperti di majalah gosip. Kepada sahabat-sahabat saya di luar negara ini, inilah slogan Malaysia Boleh. Inilah mentaliti bangsa melayu saya di sesetengah tempat di Malaysia. Berjuta-juta duit setiap bulan diberikan kepada Kosmo yang terletak di bawah Utusan tetapi kerja hanya ingin melaga-lagakan orang sahaja dan tulis berita macam gosip murahan. Nasihat saya kepada kerajaan, lebih baik anda tutup sahajalah syarikat surat khabar tersebut daripada membazir duit rakyat.

Semua benda nak percuma, tidak berusaha tetapi tidak boleh melihat kesenangan orang lain. Apabila menulis panjang, malas membaca. Ada pulak yang tak faham. Apabila dah keluar video ‘live’ pun masih tak faham? Saya pernah dimaklumkan berkenaan dengan agenda hendak meningkatkan sistem pelajaran di dalam negara ini. Dengan apa yang kami lihat, saya rasa mereka yang berkuasa harus bertindak cepat untuk meningkatkan sistem pelajaran kerana ada 3 perkara harus diberi perhatian dalam negara ini iaitu kurang pendidikan, rasuah dan ‘extremism’. Jikalau ia berlarutan, gelap masa depan anak cucu cicit kita.

Berkenaan saya ingin berjumpa dengan budak ‘topi merah’, kami pernah berjumpa dahulu ketika beliau ingin memberi idea untuk menekan kepimpinan FAM terdahulu. Jadi kali ini saya ingin bertanya kepada beliau dan para penyokong bola sepak tanahair, apa yang menyebabkan mereka tidak gembira sekarang ini? Apa yang boleh saya buat untuk beliau atau mereka yang lain?

Saya teringin sangat nak bertanya sendiri kepada mereka semua tentang apa yang mereka mahu dengan FAM ketika ini. Jikalau betul ada apa apa, FAM sekarang ini kan sudah ada hubungan rapat dengan penyokong, tidak seperti FAM yang dahulu. Jadi luahkanlah kepada saya apabila kita berjumpa. Ini baru saya cakap nak jumpa dah macam nak roboh satu negara. Isu-isu penting semua tidak ambil peduli tetapi hanya gurauan atau ketika cakap kosong sahaja yang di besar-besarkan. Malaysia…

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Tiada olahan petikan kenyataan dari KDYTM TMJ. Admin kongsikan terus dari page JST.

Siaran Langsung Hong Kong vs Malaysia

Siaran Langsung Hong Kong vs Malaysia 10 Oktober 2017 bagi perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 dari Stadium Hong Kong, Wanchai, Hong Kong. Perlawanan kelayakan Piala Asia ini akan disiarkan secara langsung oleh rangkaian televisyen Astro menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Arena HD 802. Siaran Langsung Hong Kong vs Malaysia akan bermula pada jam 7.45 malam waktu Malaysia.

Siaran Langsung Hong Kong vs Malaysia
Siaran Langsung Hong Kong vs Malaysia

Jadi kepada semua peminat pasukan Harimau Malaya jangan lupa teruskan sokongan anda kepada pasukan kebangsaan kita ini. Hanya kemenangan  menentang Hong Kong malam ni dapat mengubah kedudukan pasukan negara dalam kumpulan B. Walaupun pasukan negara hanya mengumpul 1 mata dari dua perlawanan setelah tewas 1-2 kepada Lubnan dan hanya mampu seri dengan Hong Kong 1-1 di Melaka bulan lalu.

Seperti yang semua tahu, pasukan negara agak tempang dengan ketiadaan beberapa tonggak yang dikenakan kad merah semasa perlawanan di Melaka sebelum ini. Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Rizal Ghazali menjalani penggantungan perlawanan, Ahmad Hazwan Bakri dan Shahrel Fikri Fauzzi pula ditimpa kecederaan, manakala Nor Azam Azih ekoran komitmen peribadi. Ditambah pula dengan pasukan Hong Kong yang mempunyai lebih 10 orang pemain naturalisasi berasal dari negara Brazil, Afrika dan sebagainya.

Kepada semua peminat pasukan Harimau Malaya ayuh Malaysia mari sama-sama kita doakan semoga kejayaan dan kemenangan akan diperoleh oleh pasukan negara kita malam ini. Jangan lupa temujanji anda di depan kaca TV tepat jam 7.45 malam ini. Tahukah anda jika pasukan negara berjaya menewaskan Hong Kong ada habuan menanti mereka. Ada bonus dari FAM.

“Mata manusia tidak pernah menipu, kalau seluruh rakyat negara ini termasuk saya nampak anda semua memberi 110 peratus, kalah atau menang pun kita puas hati. “Kalau menang perlawanan ini, saya bagi bonus RM30,000. Seluruh rakyat Malaysia di belakang anda dan mendoakan kejayaan anda” -TMJ

Jom baca berkenaan bonus yang dijanjikan tersebut di SINI.

RM30K Jika Malaysia Menang Lawan Hong Kong

Bonus RM30K Jika Malaysia Menang Lawan Hong Kong adalah topik yang hangat diperkatakan tidak kira di mana sejak semalam lagi. Ini berikutan pengumuman yang dibuat oleh Presiden FAM semalam. Pengumuman tersebut telah mengundang pelbagai reaksi terutama kepada peminat bole sepak tempatan. Admin kongsikan kepada anda laporan daripada Awani.

Skuad Harimau Malaya menerima suntikan semangat menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong, pada Selasa, apabila dijanjikan imbuhan RM30,000 seandainya berjaya menewaskan pasukan tuan rumah itu.

RM30K Jika Malaysia Menang Lawan Hong Kong
RM30K Jika Malaysia Menang Lawan Hong Kong

Berita baik itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi sidang video bersama pemain dan ketua jurulatih, Nelo Vingada, dari Johor Bahru yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi FAM pada Isnin.

Tunku Ismail berkata kemenangan ke atas Hong Kong itu amat ditagih bagi menutup mulut segala kritikan yang dilemparkan terhadap skuad kebangsaan kendalian Vingada itu. “Mata manusia tidak pernah menipu, kalau seluruh rakyat negara ini termasuk saya nampak anda semua memberi 110 peratus, kalah atau menang pun kita puas hati. “Kalau menang perlawanan ini, saya bagi bonus RM30,000. Seluruh rakyat Malaysia di belakang anda dan mendoakan kejayaan anda,” katanya.

Kunjungan skuad kebangsaan ke Hong Kong hanya mempunyai satu misi untuk meraih tiga mata penting bagi mencerahkan peluang melayakan diri ke Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Anak didik Vingada sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Hong Kong pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Sept lalu, dan tewas 1-2 di tangan Lubnan pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan pada 13 Jun.

Setakat ini, Malaysia menduduki tangga tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata daripada dua perlawanan dan Lubnan mendahului kumpulan dengan tujuh mata dari tiga perlawanan manakala Korea Utara dan Hong Kong berkongsi dua mata. Dalam pada itu, Tunku Ismail menegaskan kepada semua pemain untuk tidak menghiraukan kritikan daripada pihak yang tiada kaitan dalam arena bola sepak.

“Pertama sekali, ambil benda ini sebagai satu peluang untuk kita jawab balik setiap kritikan. Apa paling mustahak adalah anda semua berikan yang terbaik, saya tidak kisah apa orang lain nak cakap, saya sentiasa berada di belakang anda,” katanya.- BERNAMA