Home » SUKAN (page 5)

SUKAN

8 Pemain Pahang Digugurkan Untuk Musim 2018

8 Pemain Pahang Digugurkan Untuk Musim 2018 itulah yang dilaporkan oleh pihak semuanya bola yang memetik pengumuman dari official Facebook Pahang FA. 8 pemain pasukan Pahang yang bermain untuk pasukan Liga Super Pahang 2017 yang digugurkan ialah pemain paling senior, Saifulnizam Miswan, Jaewon Heo, Nordin Alias, Syamim Yahya, Nurridzuan Abu Hassan, Joseph Kallang Tie, Ashari Samsudin dan penjaga gol, Wan Azraie Wan Teh yang pulang menabur bakti bersama Terengganu.

8 Pemain Pahang Digugurkan Untuk Musim 2018
8 Pemain Pahang Digugurkan Untuk Musim 2018

Dengan pengguguran tersebut, skuad Tok Gajah mengekalkan 19 pemain musim ini, termasuk tiga pemain import iaitu Matheus Alves dari Brazil, Mohamadou Sumareh (Gambia) dan Yamil Romero (Argentina). Pemain lain yang dikekalkan adalah Helmi Heliza Elias, Matthew Davies, R Dinesh, Christie Jayaseelan, Faisal Halim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Kiko Insa, Mohd Faisal Rosli, Afif Amiruddin, Nor Azam Azih, Zubir Azmi, Saufi Muhammad, Salomon Raj, Muslim Ahmad, R Kogileswaran dan Ashar Al Aafiz.

Dalam pada itu, Pahang FA masih belum menyatakan secara rasmi mengenai perpindahan masuk beberapa pemain bagi menggantikan pemain ini. Namun terdapat desas-desus mengatakan terdapat beberapa pemain muda ketika musim 2016 akan kembali bersama pasukan. Ini juga termasuk beberapa bekas pemain yang pernah bersama Pahang ketika musim 2013-2014 yang berminat menyarung jersi keramat kuning biru bagi saingan Liga Malaysia musim 2018.

Kita tunggu dan lihat sahaja apabila tiba sesi pengumuman rasmi senarai penuh pemain liga super 2018 untuk pasukan Pahang ini nanti. Pastinya semua penyokong pasukan sudah pasti tidak sabar-sabar untuk mengetahui senarai penuh pasukan Tok Gajah ini. Sama-sama kita nantikan. Seperti yang semua ketahui pasukan Kelantan telah pun membuat pengumuman awal skuad liga super 2018.

Musim ini, Pahang melakukan rombakan besar dengan menyenaraikan barisan pemain berpengalaman untuk mengembalikan status pasukan yang digeruni.Namun, skuad kendalian Dollah Salleh itu gagal untuk mengucup piala berprestij musim ini. Berdasarkan pencapaian musim ini, skuad Tok Gajah sekadar bergelar naib juara Piala FA, tempat kedua Liga Super dan layak ke suku akhir Piala Malaysia. Tetapi, pencapaian itu lebih baik berbanding prestasi skuad itu pada musim 2016 yang hampir tersingkir ke Liga Perdana.

 

Rumours Perpindahan Pemain Liga Super Malaysia 2018

Rumours Perpindahan Pemain Liga Super Malaysia 2018 telah mula tersebar di media-media sosial dan blog-blog tempatan. Jadi mari sama-sama nantikan senarai pemain-pemain rasmi setiap pasukan yang diumumkan oleh persatuan bola sepak masing-masing. Seperti yang semua dah tahu Kelantan ada membuat pengumuman skuad awal untuk 2018.
Rumours Perpindahan Pemain Liga Super Malaysia 2018
Rumours Perpindahan Pemain Liga Super Malaysia 2018
Ini adalah RUMOURS jadi sudah pasti ia akan menjadi benar atau sebaliknya. Tapi agak menarik jika dilihat kepada senarai perpindahan pemain untuk musim 2018 ini.

JDT FC:
In:
Syamer Kutty Abba (Penang) (Rasmi)
Syafiq Ahmad (Kedah) (sasaran)
S. Kumaahran (Penang) (sasaran)
Adam Nor Azlin ( Selangor) (Rasmi)
Adib Zainuddin (Felca FC) (sasaran)
Matthew Davies (Pahang) (sasaran)
Harris Harun (Home United) (sasaran)
Martin Caceres > Bakal ke JDT (sasaran)
Charyl Chappuis > Bakal ke JDT (sasaran)

KEDAH FA:
In:
Safuwan Baharuddin (PDRM) (sasaran)
Wan Zack Haikal (Felda United) (sasaran)
Brendan Gan (sasaran)

Out:
Fitri Omar (Kuala Lumpur)

PAHANG FA:
In:

N.Thanabalan (Felcra FC) (sasaran)
Akanni Sunday (UiTM FC) (sasaran)
Hafiz Kamal (Perak)(sasaran), Norshahrul Idlan Talaha (Rasmi), Safuwan Baharuddin (Rasmi)

Out:
Wan Azraie (Terengganu)

KELANTAN:
In:
Shakir Shaari (JDT) (sasaran)
Mohammed Ghaddar (JDT) (sasaran)
Fakri Shaarani (Kedah) (sasaran)
Fitri Omar (Kedah) (sasaran)
Sunil Chettri (Bengaluru FC) (sasaran)
Wan Zaharulnizam (Pahang) (sasaran)
Faiz Subri (Penang) (sasaran)
Yusef Elias Dolah  (Songkhla United) (sasaran)
Faiz Md Nasir (Terengganu) (sasaran)
Shahrul Idlan Talaha (Felda United) (sasaran)

Out:
Qayyum Marjoni (PKNS FC)

SELANGOR:
In:
Amirulhadi Zainal (JDT) (sasaran)
Mahali Jasuli (JDT) (sasaran)
Hazwan Bakri (JDT) (sasaran)
Amri Yahyah (M. U) (sasaran)

MELAKA UNITED:
In:
Gopinathan (JDT) (Rasmi)
S.Chanturu (JDT) (Rasmi)
Bunyamin Umar (Selangor) (sasaran)

PERAK:
In:
Nurridzuan Hassan (Pahang) (sasaran)

KUALA LUMPUR:
In:
Fitri Omar (Kedah)(Free Transfer) – RASMI
Safee Sali (PKNS) (sasaran)
Andik Vermansyah (Selangor) (sasaran)

PKNS FC:
In:
Jafri Chew (Penang) – RASMI
Qayyum Marjoni (Kelantan) – RASMI

TERENGGANU:
In:
Wan Azraei (Pahang)(Free Transfer) – RASMI
Lee Andrew Tuck (N.Sembilan) – RASMI

Out:
Amierul Hakimi (T-Team)

T-TEAM:
In:
Amierul Hakimi (Terengganu) – RASMI

p/s : tak sabar nak tengok line up 2018 setiap pasukan kan?

Update 21 November 2017

UPDATE: MSL 2018 TRANSFER NEWS

Luciano Figueroa –> JDT
Pereryra Diaz –> JDT
Adam Nor —> JDT
Syamer kutty Alba —> JDT
Fitri Omar –> Terengganu
Andrew Tuck –> Terengganu
Chan Vathanaka —> Terengganu
Mobi Fehr —> Terengganu
Norshahrul Idlan Talaha –> Pahang
Safuwan Baharudin —> Pahang
Joseph Kalang Tie —> Selangor
M. Ghaddar —> Melaka United
Zamir Selamat –> Melaka United
Azmi Muslim —> Melaka United
Jafri Firdaus Chew —> PKNS FC
Qayyum Marjoni —> PKNS FC

Senarai Pemain Kelantan 2018 Diumumkan

Senarai Pemain Kelantan 2018 Diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 11.11.2017. Nampak gayanya  pasukan Kelantan untuk musim 2018 mempertaruhkan gandingan beberapa pemain senior dan pemain muda. Untuk maklumat penuh berkaitan  dengan senarai pemain Kelantan 2018 kita  baca laporan penuh daripada BH Online di bawah ini.

 Pemain Kelantan 2018 Diumumkan
Pemain Kelantan 2018 Diumumkan

(KAFA) mempertaruhkan barisan pemain muda dalam skuad The Red Warriors (TRW) pada saingan Liga Super 2018.

Dalam skuad itu, KAFA turut mengesahkan hanya 20 peratus pemain senior dikekalkan bagi membantu barisan muda termasuk dari skuad Piala Presiden.

Antara barisan pemain muda yang bakal memperkuatkan pasukan itu pada musim depan ialah Fakrul Zaman Abdullah Zawawi; Mohd Nasrihan Rosid; Shafiq Rahman; Azwan Aripin; Mohd Fadhilah; Faris Shah Rosli; Mohd Ramadhan Abdul Hamid; Mohd Shahrul Akim dan Mohd Amir Zikri.

Lima pemain Piala Presiden yang diangkat beraksi bersama pasukan senior ialah Mohd Daniel Asyraf Abdullah; Nik Azli Nik Alias; Mohd Imran Samso; Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Muhd Saiful Alias.

Pemain senior yang dikekalkan KAFA ialah Khairul Fahmi Che Mat; Nik Shahrul Azim Abdul Halim; Faizol Nazlin Sayuti dan Mohd Rozaimi Azwar.

Sementara itu, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, senarai pemain yang diumumkan itu adalah sebagai persiapan awal pasukan dan latihan pertama akan bermula pada 20 November.

Bagaimanapun, bagi pemain baharu termasuk import yang bakal dibawa masuk, Bibi berkata, pihaknya masih lagi dalam proses rundingan.

“Pemain yang diumumkan (hari ini) termasuk empat pemain senior adalah pemain yang masih mempunyai baki kontrak dan bersetuju meneruskan khidmat bersama TRW.

“Manakala bagi nama-nama yang tidak disebut, ada antaranya sudah dilepaskan untuk beraksi dengan pasukan baharu, bagaimanapun masih ada pemain senior yang sedang dalam rundingan seperti Mohd Badhri Radzi, Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahyuddin,” katanya yang turut mengekalkan Santhit Bensoh sebagai Pemangku Jurulatih TRW.

Rumours Perpindahan Pemain Kelantan 2018

Rumours Perpindahan Pemain Kelantan 2018 sedang berlegar-legar di media-media sosial sekarang ini. Walaupun KAFA dalam kenyataan media menyatakan bahawa senarai pemain pasukan Kelantan dan barisan jurulatih hanya akan diumumkan pada hari Sabtu ini 11 November 2017. Pengumuman barisan pemain dan jurulatih pasukan liga super 2018 The Red Warriors (TRW) akan dibuat selepas mesyuarat badan induk bola sepak Kelantan tersebut selesai.

Rumours Perpindahan Pemain Kelantan 2018
Rumours Perpindahan Pemain Kelantan 2018

Menurut laporan Berita Harian Online pihak KAFA memberi tahu bahawa keputusan itu dibuat bagi membolehkan persiapan awal dibuat sekali gus memastikan pasukan lebih sempurna dapat dibentuk. “Kita juga berharap pemain baharu yang ditandatangani dapat membentuk keserasian bersama pasukan lebih awal sebelum saingan Liga Super tahun depan,” kata Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman.

Terdahulu, terdapat desas-desus di kalangan penyokong TRW mengenai senarai wajah baharu yang bakal membarisi skuad TRW musim depan. Rumours Perpindahan Pemain Pasukan Kelantan 2018 menyatakan melalui beberapa blog penyokong TRW, beberapa bekas pemain kemungkinan menyertai TRW semula antaranya pemain sayap FELDA United, Wan Zack Haikal Wan Noor; pemain sayap Pahang, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria; penyerang FELDA United, Norshahrul Idlan Talaha dan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Shakir Shaari.

Jika benar Rumours Perpindahan Pemain Kelantan 2018 ini menjadi kenyataan nampak gaya pasukan Kelantan musim 2018 akan menyaksikan beberapa bekas pemain yang berhijrah akan membuat ‘comeback’. Ternyata semua pemain yang dinyatakan ini mempunyai pengalaman yang luas tidak kira bersama pasukan Kelantan, pasukan yang mereka wakili sekarang dan juga dalam pasukan kebangsaan.

Untuk rekod pasukan Kelantan adalah antara pasukan yang mempunyai prestasi yang kurang memberangsangkan musim ini apabila hampir turun ke liga perdana dan terpaksa menunggu hingga ke perlawanan terkahir liga super untuk mengesahkan mereka kekal di Liga Super 2018. Seperti ada yang tidak kena, pasukan Kelantan yang sememangnya digeruni pihak lawan sebelum ini seperti hilang taring pada musim Liga Super 2017. Masalah pengurusan dikatakan salah sebab mengapa prestasi pasukan Kelantan agak merudum musim ini.

Biodata Safiq Rahim Copot Pemain JDT

Biodata Safiq Rahim Copot Pemain JDT yang baru-baru ini menjulang Piala Malaysia 2017. Safiq Rahim selaku ketua pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berjaya memimpin anak-anak buahnya untuk menewaskan Kedah 2-0 dalam final Piala Malaysia yang berlangsung pada 4 November 2017 di Stadium Shah Alam, Selangor. JDT menjadi juara hasil jaringan Aidil Zafuan dan pemain import Gonzalo Cabrera.

Biodata Safiq Rahim Copot Pemain JDT
Biodata Safiq Rahim Copot Pemain JDT

Ok kita lupa kan seketika cerita final Piala Malaysia 2017. Kita tumpukan kepada perbincangan kita hari ini iaitu Biodata Safiq Rahim Copot Pemain JDT. Jom sama-sama kita baca.

Nama Penuh : Mohammad Safiq Bin Rahim
Nickname : Copot
Tarikh Lahir : 5 Julai 1987
Tempat Lahir : Kuala Selangor, Selangor
Tinggi : 1.67 m

Mohd Safiq Bin Rahim merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Johor Darul Takzim FC. Beliau merupakan pemain pasukan kebangsaan Malaysia. Safiq merupakan bekas pemain KL PLUS. Dia merupakan penjaring gol kemenangan Selangor pada perlawanan akhir Piala Presiden Malaysia 2007-08 menentang Perak.

Safiq mewakili Malaysia dari setiap peringkat. Dia mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia ke Piala Belia Asia 2006. Dia juga mewakili Malaysia ke Sukan Asia 2006 di Doha. Safiq membuat penampilan sulung bersama pasukan utama pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007 ketika menentang Myanmar. Selepas itu, dia hanya bermain untuk pasukan bawah 23 tahun.

Penglibatan awal
Safiq memulakan karier sebagai pemain untuk pasukan selangor dalam kejohanan Piala Presiden 2007,di mana ketika itu selangor muncul juara menewaskan perak di final dengan keputusan 1-0.

Selangor (2007)
Safiq diserap masuk ke skuad senior selangor di liga super pada tahun 2007 . Namun kegagalannya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama untuk skuad senior selangor yang ketika itu dibimbing bekas penyerang kebangsaan Dollah Salleh memaksanya mencari haluan baru bersama pasukan berstatus kelab KL PLUS.

KL PLUS (2008)
Ketika bersama Pasukan KL PLUS , safiq mempamerkan persembahan yang konsisten bersama skuad yang digelar Highway Worriers meskipun hanya menjaringkan 2 gol dalam 19 penampilan pada keseluruhan musim itu.

Selangor (2009-2012)
Setelah hampir semusim bersama skuad KL PLUS , Safiq kembali ke pangkuan skuad selangor yang baru di bimbing K.Devan yang mengambil alih jawatan jurulatih daripada Dollah Salleh pada tahun 2009.Safiq berjaya membantu selangor menjulang Piala Sumbangsih pada awal musim , diikut Liga Super dan Piala Fa , keseluruhannya menjulang treble tahun 2009.

Pada musim 2010 , Skuad selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim lepas,apabila menjuarai ia sekali lagi.Namun pada musim 2011 dan 2012 skuad selangor kemarau trofi apabila tiada sebarang trofi dijulang untuk dua musim itu.Pada november 2012 Safiq memutuskan untuk berhijrah ke pasukan Johor (Sekarang dikenali sebagai JDT) untuk musim 2013.Keseluruhannya Safiq menjaringkan 19 gol dalam 71 penampilan bersama selangor untuk empat musim

Johor Darul Takzim (2013-Kini)
Pada musim pertama Safiq bersama Skuad Johor Darul Takzim , Skuad yang digelar harimau selatan berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Liga Super serta mara ke perlawanan akhir Piala Fa namun tewas kepada pasukan Kelantan 1-0 di final.Musim 2014 ,Skuad Johor Darul Takzim berjaya menjuarai Liga Super dan Hanya mara ke separuh akhir Piala Fa serta Naib juara Piala Malaysia setelah tewas di final dengan sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Pada musim 2015 , Skuad Johor Darul Takzim bermula baik apabila menjulang trofi Piala Sumbangsih setelah menewaskan Pahang 2-0. Rentak cemerlang Johor Darul Takzim diteruskan dengan memenangi Liga Super 2015 yang merupakan kejuaraan berturut daripada 2014. Selain itu, Johor Darul Takzim juga memenangi Piala AFC 2015 dan Safiq dinobatkan sebagai pemain paling berharga (MVP) dalam kejohanan Piala AFC 2015.Selain itu,Safiq Rahim juga membantu pasukan Johor Darul Ta’zim menjuarai Liga Super 2014,2015 dan 2016 iaitu 3 tahun berturut-turut.Safiq Rahim juga membantu menjuarai Piala Sumbangsih pada 2015 dan 2016 dan naib juara 2017 selepas tewas kepada Kedah dengan keputusan 3-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan Juara Piala FA 2016 menewaskan PKNS FC 2-1.

Kerjaya antarabangsa
Malaysia Bawah 20 Tahun
Mula mewakili Malaysia bawah 20 tahun ke Piala Belia Asia 2006 di India .

Malaysia Bawah 23 Tahun
Safiq mula mewakili malaysia bawah 23 tahun ke Sukan Sea 2007 ,Ketika itu malaysia gagal ke suku akhir apabila gagal melepasi peringkat kumpulan.Keajaiban berlaku apabila penantian 20 tahun pingat emas Sukan Sea berakhir apabila Skuad kendalian K.Rajagopal berjaya menggapai ibu segala pingat emas selepas menundukkan Vietnam dengan keputusan tipis 1-0 di Sukan Sea Vientiane pada tahun 2009.

Pasukan Senior
Safiq menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menewaskan Laos 4-1 dalam Piala AFF Suzuki 2012. Dalam Piala AFF Suzuki 2014, Safiq meledak gol sulungnya ketika tewas 2-3 kepada Thailand. Safiq meledak satu gol ketika menewaskan Singapura 3-1 untuk membawa Malaysia ke separuh akhir. Safiq menjaringkan satu lagi gol ketika tewas kepada Vietnam 1-2. Safiq sekali lagi menjaringkan satu gol bagi menewaskan Vietnam 4-2 untuk ke perlawanan akhir. Safiq meledak 2 gol ketika tewas ditangan Thailand secara agregat 4-2 di perlawanan akhir. Safiq dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan sebanyak 6 gol.B

Pada bulan Mei 2017, beliau kembali menyarung jersi skuad kebangsaan bersama 3 rakan sepasukannya yang lain. -wiki- 

Sekian sahaja info berkaitan dengan Biodata Safiq Rahim Copot Pemain JDT.