Home » TIPS DAN PETUA

TIPS DAN PETUA

Petua Untuk Kuatkan Tenaga Batin Lelaki

Petua Untuk Kuatkan Tenaga Batin Lelaki. Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau untuk jangka masa panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

Petua Untuk Kuatkan Tenaga Batin Lelaki
Petua Untuk Kuatkan Tenaga Batin Lelaki

– Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar mudah terasa ngilu bila berjima’. Batang zakar haruslah sentiasa panas kerana aliran darah yang lancar.

– Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi sekurang-kurang selepas 30 minit, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

– Jangan amal makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

– Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 15-30 minit lepas suapan terakhir.

– Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas dan teguk. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah dan tidak cukup nafas ketika jima’.

– Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan kemudian baharulah minum air.

– Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan terlebih dahulu.

– Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

– Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

– Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, jika boleh pancutkan air kencing di atas tempat yang keras. Dan carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.

– Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

– Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

– Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

– Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk akan membantutkan aliran darah dan melemahkan zakar.

– Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

– Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

– Jangan jima’ ketika berada di dalam air.

– Jangan terus minum air selepas jima’, rehat terlebih dahulu 15 minit.

– Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk. Dan duduk di dalam posisi yang tegak dan betul terutamanya ketika memandu jauh.

Sama ada ianya berkesan atau tidak hanya mereka yang mengamalkan petua-petua ini sahaja yang mengetahui. Tapi jika dilihat pada logik ada juga benarnya daripada apa petua yang dikongsikan oleh SUMBER ini. Anda semua baca-bacalah. Kalau nak mencuba pun boleh

Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Muka

Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Muka. Sebelum kita pergi kepada Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Muka kita lihat dan baca dahulu apa itu jerawat. Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.) Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Muka
Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Muka

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Jadi untuk menghilangkan parut jerawat di muka anda. Anda boleh cuba Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Muka di bawah ini. Ini adalah perkongsian dari majalah MasKulin.

1- Kulit kayu manis dan bedak sejuk
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis sampai jadi serbuk halus.
Kemudian, campurkan serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk dan tambah sedikit air.Bila dah siap, lumurkan pada parut di muka. Buat sekerap yang mungkin, dan kelamaan parut akan pudar dan hilang. Ini juga sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka anda.

2- Lidah buaya( aloe vera )
Bahan ini susah sikit nak cari bagi sesetengah orang. Tapi anda tetap boleh cuba juga kalau nak. Gunakan daun lidah buaya. Daun lidah buaya itu dibelah supaya lendirnya keluar dan sapukan lendir dain itu pada parut. Buat tiga kali seminggu dan parut akan hilang.

3- Asam Jawa
Ambil sikit asam jawa, kemudian campurkan dengan sedikit air. Pastikan jangan terlalu pekat. Sapukan campuran itu pada tempat yang berparut. Biarkan sampai kering. Sebaiknya buat pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, kelamaan nanti parut akan pudar dan hilang.

4- Madu
Ambil sikit madu dan campurkan sikit dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut pada tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali

5- Timun
Letakkan timun pada pengisar dan tapiskan airnya. Tempelkan hampas timun pada muka. Biar dalam setengah jam dan cuci bersih dengan air suam.

6- Daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

7- Daun sirih muda
Tumbuk beberapa helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Dah kering, cuci muka dengan air bersih. Cuba amalkan 3 kali seminggu

Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi

Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi yang anda semua boleh cuba sendiri dan amalkan di rumah. Ianya cukup mudah untuk dilaksanakan oleh semua terutama kepada semua suri rumah tangga. Tidak dinafikan ramai yang geli dengan binatang yang bernama lipas ini. Lebih-lebih lagi apabila lipas merayap di kaki atau terbang ke arah kita.

Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi
Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi

Lipas juga ada mengeluarkan sejenis bau yang busuk di badan dan di telurnya. Kita sering kali memukul lipas ini dengan menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya. Tahukah anda bahawa tindakan tersebut boleh mengundang bahaya apabila perut lipas ini pecah.  Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10 hingga ke 20 cm. Cacing ini sangat bahaya jika dapat memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka.

Anda ingin tahu Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi di dapur atau ruang tamu anda. Ikuti langkah-langkah di bawah ini

1.) Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.

2.) Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

3.) Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.

4.) Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

5.) Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.

6.) Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Jadi anda boleh cuba Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi. Anda guna ubat gegat kan sekarang? jadi dah boleh tukar kepada cara organik ya.

SUMBER

 

 

Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali

Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali adalah sajian untuk anda semua dalam segmen Tips dan Petua hari ini. Sudah pasti setiap isi rumah ada mengalami kuali atau periuk memasak menjadi hitam dan berkerak akibat jelaga di bahagian bawah (buntut). Sering menggunakan kuali atau periuk ketika memasak boleh menyebabkan belakangnya menjadi hitam. Ia mungkin disebabkan oleh nyalaan api yang tidak sempurna lalu menghasilkan jelaga yang melekat di belakang kuali dan lama-kelamaan menyebabkan ia bertukar menjadi kehitaman.

Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali
Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali

Ada kaedah yang mudah dan berkesan dan bahan yang digunakan juga boleh di dapati di dapur anda. Caranya adalah dengan menggunakan asam keping. Petua ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Kalaivani Vj.

Caranya:

1.Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali/periuk)

2.Biarkan sehingga air asam keping tersebut mendidih.

3. Masukkan kuali/periuk di dalam air asam tersebut selama 4-5 minit.

4. Angkat kuali/periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.

5. Ketika sental kurangkan mengunakan air.

Semoga bermanfaat. Sumber gambar adalah dari majalah Keluarga

Amalan Memasuki Rumah Baru Cara Islam

Amalan Memasuki Rumah Baru Cara Islam yang patut dilakukan oleh setiap muslim terutama kepada mereka yang baru beli rumah dan ingin berpindah masuk ke rumah baru tersebut. Semoga dengan amalan dan cara ini sedikit sebanyak membantu kita seisi rumah dilindungi oleh Allah S.W.T tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Semoga perkongsian ini memberikan ilmu tambahan kepada anda semua berkaitan petua, tips dan amalan. 

Amalan Memasuki Rumah Baru Cara Islam
Amalan Memasuki Rumah Baru Cara Islam

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam…

 

SUMBER