Home » TIPS DAN PETUA (page 2)

TIPS DAN PETUA

Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi

Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi yang anda semua boleh cuba sendiri dan amalkan di rumah. Ianya cukup mudah untuk dilaksanakan oleh semua terutama kepada semua suri rumah tangga. Tidak dinafikan ramai yang geli dengan binatang yang bernama lipas ini. Lebih-lebih lagi apabila lipas merayap di kaki atau terbang ke arah kita.

Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi
Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi

Lipas juga ada mengeluarkan sejenis bau yang busuk di badan dan di telurnya. Kita sering kali memukul lipas ini dengan menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya. Tahukah anda bahawa tindakan tersebut boleh mengundang bahaya apabila perut lipas ini pecah.  Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10 hingga ke 20 cm. Cacing ini sangat bahaya jika dapat memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka.

Anda ingin tahu Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi di dapur atau ruang tamu anda. Ikuti langkah-langkah di bawah ini

1.) Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.

2.) Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

3.) Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.

4.) Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

5.) Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.

6.) Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Jadi anda boleh cuba Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi. Anda guna ubat gegat kan sekarang? jadi dah boleh tukar kepada cara organik ya.

SUMBER

 

 

Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali

Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali adalah sajian untuk anda semua dalam segmen Tips dan Petua hari ini. Sudah pasti setiap isi rumah ada mengalami kuali atau periuk memasak menjadi hitam dan berkerak akibat jelaga di bahagian bawah (buntut). Sering menggunakan kuali atau periuk ketika memasak boleh menyebabkan belakangnya menjadi hitam. Ia mungkin disebabkan oleh nyalaan api yang tidak sempurna lalu menghasilkan jelaga yang melekat di belakang kuali dan lama-kelamaan menyebabkan ia bertukar menjadi kehitaman.

Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali
Cara Mudah Hilangkan Kerak Hitam Buntut Kuali

Ada kaedah yang mudah dan berkesan dan bahan yang digunakan juga boleh di dapati di dapur anda. Caranya adalah dengan menggunakan asam keping. Petua ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Kalaivani Vj.

Caranya:

1.Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali/periuk)

2.Biarkan sehingga air asam keping tersebut mendidih.

3. Masukkan kuali/periuk di dalam air asam tersebut selama 4-5 minit.

4. Angkat kuali/periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.

5. Ketika sental kurangkan mengunakan air.

Semoga bermanfaat. Sumber gambar adalah dari majalah Keluarga

Amalan Memasuki Rumah Baru Cara Islam

Amalan Memasuki Rumah Baru Cara Islam yang patut dilakukan oleh setiap muslim terutama kepada mereka yang baru beli rumah dan ingin berpindah masuk ke rumah baru tersebut. Semoga dengan amalan dan cara ini sedikit sebanyak membantu kita seisi rumah dilindungi oleh Allah S.W.T tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Semoga perkongsian ini memberikan ilmu tambahan kepada anda semua berkaitan petua, tips dan amalan. 

Amalan Memasuki Rumah Baru Cara Islam
Amalan Memasuki Rumah Baru Cara Islam

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam…

 

SUMBER

Kebaikan Memeluk Pasangan Ketika Tidur

Kebaikan Memeluk Pasangan Ketika Tidur yang ramai pasangan tidak tahu. Ada juga pasangan yang ambil mudah perkara ini. Tetapi jika kita baca satu persatu kebaikannya pasti setiap malam semasa tidur pasangan suami isteri akan sentiasa berpelukan. Mungkin kita semua pasangan suami isteri terutama pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga jarang sekali nak berpelukan semasa tidur. Untuk lebih banyak tips & petua jangan lupa untuk baca di SINI.

Biasalah kan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Tetapi anda sila baca sampai habis perkongsian ini. Selepas ini admin yakin anda semua akan ingin berpelukan semasa tidur bersama pasangan anda yang sah masing-masing. Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!

Kebaikan Memeluk Pasangan Ketika Tidur
Kebaikan Memeluk Pasangan Ketika Tidur

Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan;

1. Mencegah Stress
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres.
Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.
Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta.
Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.

3 . Tidur Lebih Nyenyak
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur.
Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.

4. Baik Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda.
Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.

5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda.
Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.

6. Panjang Umur
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai.
Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.

7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri.
Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.

Tag pasangan anda dan share artikel ini !! Yang halal je ye..

SUMBER

Petua Tips dan Cara Hilangkan Pepijat

Hari ini dalam ruangan TIPS & PETUA admin ingin kongsikan kepada Petua Tips dan Cara Hilangkan Pepijat. Pasti ada dikalangan kita rakyat Malaysia yang mempunyai masalah pepijat di ruman anda. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan seterusnya menghapuskan masalah pepijat di rumah anda.

Yang kecil-kecil tu biasanya susah nak tengok sebab kulitnya telus (transparent). Tapi lepas pepijat tu dah selesai hisap darah boleh tengok badannya bertukar merah. Seekor pijat yang dah kenyang hisap darah, boleh hidup sehingga 6 bulan tanpa menjamah sebarang makanan lepas tu.
Pijat nie suka menyelit di celah-celah sofa, katil, celah dinding, lantai dsb.nya. Tempat yang paling digemarinya ialah tilam dan bantal.
Bila dah kena, kenalah rajin menjemur tilam dan pakaian. Sebaiknya baju dan seluar direndam dalam air suam atau air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh.

Petua Tips dan Cara Hilangkan Pepijat
Petua Tips dan Cara Hilangkan Pepijat

Tilam dan bantal WAJIB dijemur bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Kalau jemur tiap-tiap hari terbaik! Tepuk-tepuk atau tumbuk dan ‘kungfu’ tilam dan bantal bucuk yang dijemur tu untuk ‘menggugurkan’ askar-askar pepijat yang bergayutan. Ada bilik yang lantainya dari kayu atau dinding yang dihias dengan kayu. Jika dirasakan dah dihuni pijat, sembur seluruh bilik dan celah-celah kayu dengan ridsect atau shiledtox dsb.nya. Sembur dengan perasaan ‘geram’ dan tutup pintu bilik rapat-rapat. Lepas sembur lebih kurang setengah jam, akan kelihatan pijat-pijat semua keluar.

Buang pijat-pijat tu pastu dinding semua curah dengan air panas yang baru mendidih untuk matikan telur-telur dia. Kalau rajin lagi, tutup sebarang rekahan atau lubang-lubang pada dinding dan lantai dengan ‘melting glue’. Gam yang orang guna untuk buat kraftangan atau barang hantaran kahwin tu. Cari kulit durian dan letakkan di bawah katil atau kat tempat yang dirasakan ada pijat. Biarkan di situ beberapa hari. InsyaAllah dalam 4-5 hari akan dapati banyak pijat yang mati. Ada juga pepijat yang ‘lari dari rumah’ sebab tak tahan dengan bau durian tu. Bagi tuan rumah yang tak tahan dan akan pening dengan bau durian pun akan lari juga.

Jika korang sendiri tak tahan dengan bau durian, boleh gantikan dengan kulit limau nipis. Letakkan di tempat-tempat yang dirasakan strategik.
Selain dari guna durian. Petua yang ramai orang kata berkesan ialah dengan menggunakan daun durian belanda. Ambil daun serai dengan batang-batangnya sekali. Tumbuk-tumbuk agar hancur sedikit supaya ‘aromanya’ lebih menusuk. Letak kat bawah tilam dan katil. Beli kapur barus. Hancurkan dan tabur di bawah katil dan sebagainya. Letak juga kat celah-celah rekahan atau lubang-lubang di lantai.

Kalau tak suka sembur-sembur racun serangga atau tak yakin dengan petua-petua lama tu buat gotong-royong satu keluarga. Keluarkan semua barang dalam rumah. Cuci lantai, dinding, siling, kipas siling dan cuci semua barang yang boleh dicuci termasuklah perabot kayu dan tak kayu. Mop lantai rumah dalam tempoh berkala, 2-3 hari sekali. Lap perabot dalam tempoh berkala jugak atau sekuran-kurangnya seminggu sekali.

Untuk lebih mudah sekarang sudah banyak dijual di pasaran semburan organik berasaskan tumbuhan herba seperti serai untuk membunuh pepijat. Semoga berjaya.

 

SUMBER