Home » TIPS DAN PETUA (page 4)

TIPS DAN PETUA

Cara Didik Anak Dato Aliff Syukri

Menarik untuk dikongsikan dan tidak hairan lah perkongsian yang dibuat oleh pemilik FB iaitu Puan Zah Efa mendapat 17 ribu perkongsian. Seharusnya perkara yang baik kita semua kena kongsi supaya menjadi motivasi kepada orang lain bukan. Perkongsian beliau adalah berkenaan dengan Jutawan D’Herbs iaitu Cara Didik Anak Dato Aliff Syukri.

Cara Didik Anak Dato Aliff Syukri
Cara Didik Anak Dato Aliff Syukri

Apayg menarik dgn kehidupan Dato terlajak laris n Datin yg dikongsikan?

1. Dato & datin x pernah bg hp, tab, gajet2 kpd anak2. Jadual ank2 penuh dgn mase belajar bhs cina, india, english, mengaji dll. Mase lebih yg ade akn diluangkn bersame kluarga.

2. Anak2 dibolehkn tgk tv hanya pd Hari Sabtu & 2 jam sahaja.

3. Setiap kali makan di rumah akn mkn bersama2 duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sbg syarat ade dlm rumah (kdg2 org guna utk berlakon).

4. Dato g keje bawa bekal & wajib utk anak2 bawa bekal juga. Isteri yg masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tgn seorang ibu kpd ank2 & isteri sgt2 bagus.

5. Anak2 sekolah swasta. Dato hnya bg duit belanja RM2 klu nk beli aiskrim/ape2. Sedangkn ibu bp kpd kwn2 ank2 nye bg rm10/hari.

4. Dato akn bawa ank2 ke rumah ank yatim 2 bulan sekali utk ank2 tido sna & rasai same2 kehidupn susah sng ank2 yatim yg tiade ibu bp dan tengok sendiri perasaan mereka bile terima sumbangan.

5. Dato akn pastikn anak2 tahu rase susahnye nk cari duit. Latih anak2 alami sendiri. Bile ank2 dh besar klu nk kereta kene rase dulu jd pekerja stor & ujian2 dr Dato.

6. Mslh bile anak2 berkumpul dgn sepupu2 mereka atau bile berada dlm fmly bsr ialah mereka akn persoalkn xde mainan itu ini, xde gajet..sbb Dato x nk train ank dgn kemewahan & mudahnye klu nk dapat sesuatu.

7. Dato percaya..anak2 yg berkualiti, bagus datangnye dr didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dlm kehidupn ank2. Guru2 sekolah itu yg ke2. Bukan kita suh guru2 100% didik ank kita.
Kita cuma usaha sekolahkn ank2 dgn bagus.

8. Datin percaya setiap ank2 ade kelebihan & kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pd ank2.

~jom kita ambil yg baik2 sbg contoh berguna utk diamalkn dlm kehidupan bersama keluarga.

.moga 1 hr nanti dpt berMentor kan Dato & Datin..hehe..

*perkongsian dr Dato & Datin dlm Wanita Hari Ini 17/11/2015.

Manfaat Hubungan Seks

Untuk bacaan kepada pasangan yang halal sahaja. Admin kongsikan Tips atau petua yang agak penting bagi semua pasangan suami isteri. Anda jangan lepaskan peluang untuk membaca Manfaat Hubungan Seks dalam rumahtangga kepada pasangan suami isteri. Perkongsian ini di petik daripada majalah MASKULIN. Ada 6 Manfaat Melakukan Hubungan Seks.Lebih kerap hubungan seks dilakukan, lebih sihat anda akan jadi. Bermula dari membantu membakar kalori, sehinggalah membantu mengelak kanser, banyak betul manfaat yang diperolehi.

Manfaat Hubungan Seks
Manfaat Hubungan Seks

1. Jantung lebih sihat

Menurut kajian yang dijalankan di American Journal of Cardiology, lelaki yang melakukan seks dua kali seminggu mempunyai risiko penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding lelaki yang kurang melakukan hubungan seks. Kajian ini telah dibuktikan benar apabila ia melibatkan masalah fungsi ereksi.

2. Membakar kalori

Semakin lama anda ‘melalui’ sesi lovemaking, anda boleh membakar lebih banyak kalori bergantung kepada berat dan tinggi badan anda. Sebagai contoh, seorang lelaki yang mempunyai berat 190 paun mampu membakar sebanyak 413 kalori selama sejam apabila melakukan seks. Tetapi, memandangkan sesi bersetubuh secara sederhana mengambil masa kira-kira 20 minit, sebanyak 150 kalori terbakar. Walaupun begitu, kalori tetap menurun berbanding anda duduk bersahaja di atas sofa.

3. Ubat tidur semulajadi

Tidur sesudah melakukan seks merupakan tidur yang sangat selesa dan semulajadi tanpa sebarang paksaan. Ia merupakan terapi paling baik untuk menenangkan fikiran dan tubuh badan anda.

4. Seks merawat tekanan

Satu kajian telah dijalankan di University of the West of Scotland menunjukkan kegiatan seks sama seperti bersenam di mana ia membantu melepaskan rasa kerisauan, merendahkan hormon stres dan membantu lelaki yang berdepan tekanan kerja secara harian. Seramai 46 lelaki dan wanita dimasukkan ke dalam situasi yang tertekan di mana mereka perlu menyelesaikan satu masalah berkaitan matematik di hadapan orang berpengaruh. Peserta juga diminta untuk menyimpan satu buku harian kegiatan seks mereka selama dua minggu sebelum ujian. Peserta yang melakukan seks merupakan peserta kurang stres apabila tekanan darah mereka kembali kepada normal.

5. Membantu meningkatkan sistem imun

Lelaki yang melakukan seks dua kali seminggu mempunyai sistem imun yang kuat berbanding lelaki yang kurang melakukan seks. Semuanya tercatat di dalam buku Feeling Good is Good for You: How Pleasure Can Boost Your Immune System and Lengthen Your Life milik psikologis Carl J. Charnetski, PhD dan Francis X. Brennan Jr, PhD. Mereka melakukan kajian ini dengan mengambil sampel air liur dari peserta dan bertanyakan tentang kekerapan mereka melakukan seks. Analisis menunjukkan air liur lelaki yang melakukan seks secara kerap mempunyai 30% lebih antigen immunoglobulin A (IgA) berbanding lelaki yang tidak. IgA merupakan pelindung melawan demam, batuk dan selesema.

6. Mengatasi kanser

Semestinya kerap melakukan hubungan seksual membantu menurunkan risiko kanser prostat. Menurut kajian dari National Cancer Institute, data dari sekumpulan lelaki yang kerap melakukan seks sebulan kurang menerima sakit kanser berbanding mereka yang kurang melakuka seks selama sebulan. Mereka berpendapat ejakulasi mungkin membantu mengurangkan tekanan dan mengehadkan bahan berbahaya yang berpotensi penyebab kanser.

Selain manfaat di atas, teori hidup lebih lama dan lebih bahagia juga diperkatakan menerusi kajian yang dilakukan oleh British Medical Journal terhadap 1000 lelaki pertengahan umur. Jika anda tidak tahan dengan tekanan kerana hidup keseorangan, tunggu apa lagi? Perkahwinan adalah jalan penyelesaian untuk hubungan yang lebih sah dan bermanfaat!

Cara Kesan Pencuci Muka Bebas Merkuri

Admin paneh ingin kongsikan kepada semua sesuatu yang agak menarik. Iaitu bagaimana Cara Kesan Pencuci Muka Bebas Merkuri. Seperti yang kita tahu setiap manusia ada menggunakan pencuci muka terutamanya golongan wanita. Kita boleh lihat pelbagai jenis produk kecantikan yang terdapat di pasaran terutamanya pencuci muka.

Banyak juga kita lihat produk seperti pencuci muka ini dijual secara dalam talian atau online. Jualan dibuat di FB,IG dan sebagainya. Ada keluaran tempatan dan ada yang diimport. Ada yang dapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan dan ada yang tidak. Jadi admin tertarik dengan perkongsian seorang yang bernama Siti Nazura di FB. Kebenaran Cara Kesan Pencuci Muka Bebas Merkuri ini hanya beliau yang mengetahui.

Jika ada pakar-pakar anda juga boleh komen tentang perkara ini di sini. Boleh juga admin kongsikan kepada semua pembaca. Jadi untuk perkongsian Cara Kesan Pencuci Muka Bebas Merkuri tersebut anda ikuti langkah di bawah ini.

Assalamualaikum
Adakah anda rase pencuci muka anda selamat digunakan?Bebas dari merkuri dan bahan kimia yang lain2? Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu tips untuk menguji tahap keselamatan pencuci muka yang kita gunakan setiap hari.

Cara Kesan Pencuci Muka Bebas Merkuri

Letakkan pencuci muka kedalam sudu (seperti dalam gambar di atas), kemudian panaskan di atas api.
Sekiranya pencuci muka tersebut berubah warna kehitam-hitaman ia bermakna pencuci muka tersebut mengandungi merkuri atau bahan kimia yang lain.(cth seperti gambar sebelah kanan).
Sekiranya tiada perubahan warna(cth sptdlm gambar sebelah kiri).maknanya ianya bebas dan selamat digunakan.
InsyaAllah.
Selamat mencuba!!Cara Kesan Pencuci Muka Bebas Merkuri

 

 

25 Tips Cara Turun Berat Badan

Untuk tips dan petua untuk hari ini. Admin ingin kongsikan kepada semua 25 Tips Cara Turun Berat Badan oleh Kevin Zahri. Siapa tidak kenal dengan Kevin Zahri bukan.Kevin adalah seorang model dan juga health & fitness instructor. Beliau juga ‘cikgu fitness’ untuk pelajar Akademi Fantasia. Kebanyakan tips kurus ini, diambil daripada eBook beliau, Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

25 Tips Cara Turun Berat Badan

Nutrisi dan Diet Pemakanan.25 Tips Cara Turun Berat Badan

  1. Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

Senaman

  1. Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  2. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  3. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan?
  4. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  5. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade
  6. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senamanInginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemakSemanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak)
  7. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  8. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
    Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

Suplemen dan makanan tambahan

  1. Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  2. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  3. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan.
    Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
    Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  4. Dapatkan suplemen multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

SUMBER

Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Malah, penting bagi wanita bertudung mengetahui langkah penjagaan yang rapi terhadap rambut mereka. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya. Admin kongsikan kepada anda Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung.

Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurna dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering hanya 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, ini boleh memudaratkan rambut.Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah :
1) Berkelumumur
2) Rambut berbau
3) Kulit kepala berminyak
4) Rambut gugur
5) Hujung rambut berbuah

Anda seorang yang bertudung? Jika Ya, Adakah penting penjagaan rambut bagi wanita bertudung? Sesetengah pendapat ada mengatakan bila dah bertudung, tidak perlulah ambil berat soal rambut ni. Rambut ada kutu? Kelemumur? Berminyak? Semua boleh sorok bila bertudung. Pemikiran macam tu, haruslah dikikis dan dibuang jauh-jauh ya.Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain. Walaupun anda bertudung, pastikan rambut anda sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:

1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.

2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain ya. Ini kerana semakin tebal tudung anda, semakin sukar rambut anda bernafas dan mudah lembab dan berbau.

3.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal dan berpeluh.

4. Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun daripada beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaik-baiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

5.Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya
Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.

6. Elakkan memakai tudung ketika rambut anda basah. Keadan ini akan menimbulkan masalah kelemumur, rambut berminyak dan rambut berbau yang kurang menyenangkan.

7. Jagalah kebersihan rambut dan kulit kepala dgn penggunaan produk yang bersesuaian dengan keadaan rambut anda. Penggunaan produk rambut yang lengkap seperti syampu, perapi, minyak rambut (sebelum cucian), serum/ tonik ( selepas cucian) dan masker rambut amat penting khususnya bagi wanita yang menghadapi masalah rambut.Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

SUMBER

Gambar : Neelofa ( sekadar hiasan )