Home » BERITA » Cerita Sebenar Kes Bunuh 2 Budak di Yan

Cerita Sebenar Kes Bunuh 2 Budak di Yan

Cerita Sebenar Kes Bunuh 2 Budak di Yan yang menggemparkan negara kita hari ini. Kronologi atau detik sebenar kejadian ini diceritakan sendiri oleh ibu kepada kedua-dua mangsa ini kepada wartawan. Berita sebelum itu boleh baca di SINI.

Cerita Sebenar Kes Bunuh 2 Budak di Yan
Cerita Sebenar Kes Bunuh 2 Budak di Yan

Mangsa adalah dua beradik, Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz, 1, dalam kejadian di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai di sini kira-kira pukul 11.45 malam tadi.

Dua kanak-kanak itu ditemui ibu mereka, Noorhasyelawati Yusoff, 37, dalam keadaan berlumuran darah di atas katil di dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah.

Nurul Hanim ditemui dengan kesan tetak pada belakang badan manakala adiknya, Mohammad Hafiz dikelar pada leher.

Noorhasyelawati berkata, ketika kejadian, dia dan dua anaknya itu sedang tidur di sebuah bilik di tingkat bawah rumah manakala anak sulungnya, Mohammad Hakim, 7, tidur dengan neneknya, Jamilah Ismail, 60, di bilik bersebelahan.

“Saya terjaga selepas terdengar suara lelaki memanggil nama suami, Idris Saad, 47, beberapa kali sebelum terkejut mendengar bunyi bising di ruang tamu.

“Saya terus keluar dan ternampak suspek melibas abang ipar, Soberi Saad, 50, pada kiri muka sebelum suspek meluru ke arah saya dan cuba menikam perut, namun gagal kerana terlindung langsir,” katanya ketika ditemui di rumah ibu saudaranya di kampung tersebut hari ini.

Katanya, dia kemudian terus keluar dari rumah untuk meminta pertolongan ibu saudaranya di rumah bersebelahan sebelum suspek keluar dan menjerit anak hang dah selamat, dah selamat mandi darah.

“Sebaik sahaja suspek beredar, saya berlari untuk melihat keadaan anak sebelum menemui mereka sudah kaku. Anak saya yang masih kecil dikelar pada leher.

“Saya tidak boleh angkat mereka, kerana terlalu banyak darah di atas tilam,” ceritanya sambil menahan kesedihan.

Ceritanya lagi, anak sulungnya bagaimanapun terselamat kerana tidak diapa-apakan suspek walaupun ibu saya turut lari ke rumah sebelah untuk mendapatkan pertolongan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Alathrash Wahid berkata, suspek yang memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah berjaya ditahan sejurus selepas kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE

Check Also

Muhammad Haziq Meninggal Dunia

Muhammad Haziq Meninggal Dunia

Muhammad Haziq Meninggal Dunia. Wisma Putra sahkan remaja Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *