Home » BERITA » Cerita Sebenar Kes Bunuh Kerani Wanita Di Muar

Cerita Sebenar Kes Bunuh Kerani Wanita Di Muar

Cerita Sebenar Kes Bunuh Kerani Wanita Di Muar
Cerita Sebenar Kes Bunuh Kerani Wanita Di Muar

Ini adalah laporan dari pihak Utusan Online yang lebih menjurus kepada Cerita Sebenar Kes Bunuh Kerani Wanita Di Muar dua hari lepas.Jadi mari kita sama-sama baca apa yang dilaporkan tersebut. Sebelum itu mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah mangsa dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

MUAR 17 Nov. – Seorang kerani sebuah sekolah agama pasti tidak me­nyangka tindakannya pulang seketika untuk mengambil barang di rumahnya di Taman Setia Kasih di sini, bakal meragut nyawanya, petang semalam.

Lebih menyedihkan, mungkin jeritan mangsa yang berusia 29 tahun itu meminta tolong tidak didengari jiran-jiran ekoran hujan lebat semasa kejadian.

Bagaimanapun, seorang jirannya, Aminah Syukur, 34, yang curiga apabila enjin kereta Honda Civic dan pintu rumah terbuka mendorong ‘menyiasat’ apa yang berlaku dan terkejut apabila me­nemukan mangsa terbaring separuh bogel dengan leher dijerut menggunakan tali pengikat langsir di depan pintu sebuah bilik, dipercayai dirompak dan dibunuh.

Semasa kejadian, suami ma­ngsa tiada di rumah kerana bekerja di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) Ulu Tiram, Johor Bahru manakala anak tunggal mereka yang berusia kira-kira 11 bulan dijaga pengasuh di rumah berhampiran.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu pukul 6 petang dan apabila pasukannya tiba mendapati pintu sebelah pemandu kereta Honda Civic milik mangsa dan pintu depan rumah berkenaan terbuka.

“Siasatan awal tidak menemukan sebarang senjata lain dan tiada sebarang kesan pecah rumah. Malah, keadaan rumah seperti biasa atau tiada tanda-tanda rumah itu digeledah.

“Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri, dompet, telefon bimbit dan barang kemas mangsa semuanya hilang dipercayai dilarikan perompak. Jiran sebelah rumah mangsa yang menyedari kejadian itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya telah menahan enam lelaki warga Nepal yang berusia 25 hingga 43 tahun kurang dua jam selepas kejadian untuk membantu siasatan.

“Sejurus kejadian ini, kita me­nubuhkan sebuah pasukan khas menjejaki penjenayah berkenaan dan pada masa sama menahan enam lelaki warga Nepal yang me­rupakan pekerja kontrak di kawasan berhampiran,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak berhenti menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak berasas dalam media sosial kerana me­ngundang pelbagai persepsi selain mengganggu siasatan.

“Tolong jaga sensitiviti keluarga mangsa. Sudahlah mereka kehilangan insan tersayang, macam-macam berita pula yang ditulis dan gambar disiarkan di Facebook sedangkan semua itu belum tentu kebenarannya.

“Pada masa ini, siasatan menjurus kepada rompakan yang bertukar menjadi pembunuhan, manakala motif dan punca kematian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya sambil memberitahu pihaknya turut membuat laporan terhadap pihak yang menyebarkan gambar mangsa dan suami dalam media sosial.-Utusan Online-

Check Also

Parlimen Malaysia Bubar 7 April 2018

Parlimen Malaysia Bubar 7 April 2018

Parlimen Malaysia Bubar 7 April 2018 itulah pengumuman khas yang telah dibuat oleh YAB Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *