Home » SUKAN » Chong Wei Ranking ke 3 Dunia 2015

Chong Wei Ranking ke 3 Dunia 2015

Chong Wei Ranking ke 3 Dunia 2015
Chong Wei Ranking ke 3 Dunia 2015
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berada di landasan
tepat untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro,
Brazil selepas menduduki ranking ketiga dunia, demikian menurut ranking
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan Chong Wei Ranking ke 3 Dunia 2015.

Kedudukan Chong Wei dalam ranking dunia melonjak selepas pemain
nombor satu Malaysia itu meraih tiga gelaran berturut-turut di Terbuka
Perancis, China dan Hong Kong, baru-baru ini.

Chong Wei kembali beraksi pada kejohanan kompetitif Jun lepas, selepas
menjalani penggantungan selama lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan
doping.Berikutan itu, ranking beliau jatuh merudum daripada pemain nombor satu dunia kepada kedudukan ke-180.

Mengulas pencapaian itu, Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia
(BAM) Morten Frost Hansen berkata ranking Chong Wei naik mendadak
daripada kedudukan ke-180 kepada ketiga dunia, dalam tempoh kurang enam
bulan.

“Chong Wei menampilkan prestasi mengagumkan…ia pencapaian yang hebat kerana beliau menjuarai tiga kejohanan berturut-turut.

“Kejayaannya baik untuk badminton negara. Jangkaan saya tepat…sejak
hari pertama berada di sini, saya percaya Chong Wei mampu melakukannya,”
kata Frost di sini hari ini.

Frost ditemui pemberita ketika hadir menyaksikan Kejohanan Badminton
Remaja Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan
Timbalan Menteri (Bakti) 2015 di Arena Sukan Sentosa di sini.

Mengenai jurulatih perseorangan lelaki negara, Frost berkata pada masa
ini, beliau tidak dapat mengumumkan senarai nama jurulatih berkenaan,
namun mereka terdiri daripada jurulatih tempatan dan asing bagi
membimbing pemain kebangsaan.

“Saya belum berbincang dengan Chong Wei mengenai jurulatih
perseorangan… seperti yang saya katakan, terdapat pilihan dalam
senarai jurulatih. Saya berharap dapat memilih jurulatih perseorangan
menjelang akhir Disember ini,”katanya.-Stadium Astro-

Check Also

Live Streaming Malaysia vs Laos AFF Suzuki Cup 2018

Live Streaming Malaysia vs Laos AFF Suzuki Cup

Live Streaming Malaysia vs Laos AFF Suzuki Cup 2018. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *