Home » SUKAN » Cristiano Ronaldo timang anak ke 4

Cristiano Ronaldo timang anak ke 4

Cristiano Ronaldo timang anak ke 4. Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak Real Madrid dan Portugal kerana telah menimang cahaya mata yang keempat. Berita gembira ini dikongsikan oleh Cristiano Ronaldo sendiri di media sosial beliau. Dalam instagram Cristiano Ronaldo beliau ada menyatkan dalam bahasa Portugis “A Alana Martina acaba de nascer! Tanto a Geo como a Alana estão muito bem! Estamos todos muito felizes! ❤️” yang bermaksud “Alana Martina baru lahir! Kedua-dua Geo dan Alana yang hebat! Kami sangat gembira!”

Cristiano Ronald0 Timang Anak Ke 4
Cristiano Ronaldo Timang Anak Ke 4

 

Ronaldo turut memaparkan gambarnya bersama Rodriguez dan anak lelakinya yang kini berusia tujuh tahun, Cristiano Junior serta bayi berkenaan. Selain Junior dan Martina, penyerang Portugal yang juga pemain Terbaik Dunia 2017 itu juga adalah bapa kepada kembar Eva dan Mateo yang lahir pada Jun lalu.

Cristiano Ronalda adalah bintang bola sepak yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pemain Terbaik FIFA 2017 di mana beliau mengenepikan cabaran musuh tradisi beliau Lionel Messi. Cristiano Ronaldo yang lahir pada 2 Februari 1985 telah memenangi anugerah pemain terbaik sebanyak 5 kali termasuk yang baru dimenangi beliau pada tahun ini.

Check Also

Lim Teong Kim Dipecat

Lim Teong Kim Dipecat

Jurulatih skuad muda bawah 16 tahun negara Lim Teong Kim Dipecat oleh FAM. Perkara ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *