Home » BERITA » Cubaan Goda Janda Bawa Padah

Cubaan Goda Janda Bawa Padah

Cubaan Goda Janda Bawa Padah apabila seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mahu mengaibkan kehormatan seorang ibu tunggal berusia 52 tahun apabila memberikan sekeping DVD lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh pada Jumaat lalu.

Cubaan Goda Janda Bawa Padah
Cubaan Goda Janda Bawa Padah

Tertuduh, Megat Amir Asrul Megat Shaharuddin, 32, dari Kampung Bakong, Lambor Kiri, Bota di sini dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin. Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara selama tempoh berkenaan bermula dari tarikh tangkapan iaitu Sabtu lalu.

Dia didakwa mengaibkan kehormatan wanita itu apabila memberikan DVD lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh dengan maksud bagi mengganggu kesantunan wanita berkenaan. Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah di Kampung Bakong, Mukim Lambor Kiri, Bota pada jam 7.15 pagi hari berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Hamidah Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Harbans Kaur.

Semakin pelik-pelik perangai rakyat Malaysia sekarang kan. Siap hantar surat dengan DVD nak ajak wanita berstatus janda melakukan hubungan seks. Setiap hari kita dengar berita berkaitan kes-kes rogol tapi berita ini agak pelik dari biasa. Anda boleh baca lah surat yang ditulis oleh pemuda tersebut. -SUMBER-

Cubaan Goda Janda Bawa Padah
Cubaan Goda Janda Bawa Padah

Check Also

Pembahagi Biru Bahayakan Penunggang Motosikal

Pembahagi Biru Bahayakan Penunggang Motosikal

Pembahagi Biru Bahayakan Penunggang Motosikal di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Admin telah membaca satu kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *