Home » HIBURAN » Dato M Nasir Tegur Nabil

Dato M Nasir Tegur Nabil

Ingatkan setelah peringatan dari pihak Astro Nabil boleh mengawal lawaknya ketika mengacara Gegar Vaganza 2 Konsert ketiga, tetapi ternyata ianya terjadi lagi. Kali ini terjadi terhadap sifu kita iaitu Dato M Nasir yang juga merupakan juri undangan untuk konsert minggu ke 3 Gegar Vaganza 2. Yang menyaksikan Ezlyn dan Zul Handy tersingkir. Jadi dalam konsert ke 3 ini ada babak di mana secara live Dato M Nasir Tegur Nabil atau lebih tepat lagi Nabil kena sound dengan sifu kita.

m nasir sound nabil

Mungkin bagi Nabil ianya adalah lawak semata-mata tetapi bukan bagi sesetengah pihak ianya keterlaluan dan tidak perlu. Beberapa portal terkenal melaporkan bahawa M Nasir “sound” Nabil dalam Gegar Vaganza 2 secara live.

Jika sebelum ini, Nabil membuat lawak dengan mempersendakan Caliph Buskers, semalam dalam konsert Gegar Vaganza 2 Nabil ditegur secara live oleh juri jemputan, Datuk M. Nasir yang mungkin bengang membuat lawak menggunakan isterinya, Marlia Musa.

Berulang kali Nabil mempersendakan M. Nasir dan isterinya dan akhirnya M. Nasir menegur Nabil, “Jangan libatkan dia (Marlia Musa) dalam hal ini”.Nabil akhirnya terus terdiam seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan mukanya merah padam. Gambar Milik Teh Panas Dot Com

Check Also

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia akibat serangan jantung. Takziah diucapkan kepada pelakon sado Zul Ariffin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *