Home » Uncategorized » Deepavali Disambut 22 Oktober 2014

Deepavali Disambut 22 Oktober 2014

Deepavali Disambut 22 Oktober 2014

KUALA LUMPUR: Bahagian Kabinet,
Perlembagaan Dan Perhubungan antara Kerajaan di Jabatan Perdana Menteri
mengumumkan penukaran tarikh sambutan Hari Deepavali yang akan disambut
oleh penganut Hindu bertukar dari 23 Oktober ke 22 Oktober.

Kerajaan Persekutuan menerusi warta kerajaan yang bertarikh 6 December
2013 mengumumkan penukaran tarikh itu dibuat oleh Sri Maha Mariamman
Temple Dhevasthanam berdasarkan kiraan kalendar Hindu ‘panjangam’.
Setiausaha kuil Itu menyatakan penukaran tarikh Deepavali tahun ini
diputuskan selepas mendapat nasihat daripada pelbagai badan agama di
India memandangkan kalendar Hindu berubah mengikut pergerakan planet.
Penganut Hindu menyambut Deepavali pada ‘Saturthasi Thidi’ iaitu hari ke-14 hari bulan ‘Iypasi’.
Sambutan Perayaan Deepavali bermula pada terbit fajar 22 Oktober dan berakhir pada terbit fajar keesokan harinya.-Awani-

Check Also

Video Live Detik Pesawat TransAsia Taiwan Terhempas #GE235

Video Live Detik Pesawat TransAsia Taiwan Terhempas #GE235 Admin ingin kongsikan Video Live Detik Pesawat …

2 comments

  1. yg penting tu, cuti… hehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *