Home » INFORMASI » Denda Kesalahan Cermin Gelap Oleh JPJ

Denda Kesalahan Cermin Gelap Oleh JPJ

Denda Kesalahan Cermin Gelap Oleh JPJ
Denda Kesalahan Cermin Gelap Oleh JPJ

Denda Kesalahan Cermin Gelap Oleh JPJ. Seharus diingat bagi pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan cermin gelap akan dikenakan tindakan seperti berikut:

1.JPJ mengeluarkan Notis PG1 iaitu Larangan Penggunaan Kenderaan dengan tempoh selama 10 hari. Dalam tempoh ini, pemilik kenderaan dikehendaki menukar cermin gelap kepada cermin yang mematuhi tahap ketelusan cahaya yang dibenarkan.

2.Pemilik kenderaan dikehendaki membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan. Setelah dipastikan cermin kenderaan telah ditukar, JPJ akan mengeluarkan Notis Menarik Balik Larangan iaitu PG2.

3.Walau bagaimana pun, sekiranya pemilik kenderaan gagal mematuhi Notis PG1 (iaitu tidak membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan), JPJ akan mengeluarkan saman JPJ 22 kerana gagal mematuhi Notis PG1.

4.Penalti bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhi Notis PG1 adalah kompaun maksimum RM300 dan kenderaan disenaraikan hitam sehingga Notis PG1 dipatuhi.

Oleh itu, berhati-hati dengan penggunaan cermin gelap kenderaan anda. Pastikan peratus ketelusan cahaya adalah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Bukan tidak dibenarkan memakai cermin gelap TETAPI dengan peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan.

Sumber : FB JPJ

 

Check Also

Siapa Sebenarnya P Waythamoorthy

Siapa Sebenarnya P Waythamoorthy

Siapa Sebenarnya P Waythamoorthy ini? Tiba-tiba sahaja nama┬áP Waythamoorthy menjadi panas dan menjadi sebutan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *