Home » INFORMASI » Download Borang Ujrah PTPTN dan Isi Borang Ujrah Online

Download Borang Ujrah PTPTN dan Isi Borang Ujrah Online

Download Borang Ujrah PTPTN dan Isi Borang Ujrah Online
Download Borang Ujrah PTPTN dan Isi Borang Ujrah Online

Seperti mana yang kita tahu baru-baru ini kerajaan telah mengambil langkah drastik kepada semua peminjam PTPTN terutama peminjam dikalangan penjawat awam untuk membayar balik pinjaman mereka secara potongan terus dari gaji. Maka ramailah yang mempunyai tunggakkan PTPTN terpaksa membayar secara banyak tunggakkan PTPTN mereka. Jadi untuk mendapatkan kadar menukarkan kadar upah dari 4% kepada 1% peminjam PTPTN perlu memohon pinjaman mereka sedia ada kepada sistem ujrah. Jadi admin ingin berkongsi kepada semua bagaimana dan di mana anda boleh Download Borang Ujrah PTPTN dan Isi Borang Ujrah Online.

Semuanya dihujung jari anda. Anda boleh Download Borang Ujrah PTPTN dan Isi Borang Ujrah Online hanya di blog ini dengan hanya satu klik sahaja. Ada dua cara untuk anda memohon Ujrah. Sama ada secara dalam talian atau on-line dan satu cara lagi dengan download borang dan pergi ke kaunter PTPTN berhampiran anda.

Sebelum itu admin kongsikan serba sedikit tentang ujrah ini.

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PEMBIAYAAN UJRAH

MAKLUMAT UMUM
SOALAN 1
Apakah yang dimaksudkan dengan pembiayaan Ujrah?
Jawapan
Pembiayaan Ujrah ialah pembiayaan pendidikan PTPTN yang
patuh syariah sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
SOALAN 2
Apakah yang dimaksudkan dengan Ujrah?
Jawapan
Ujrah ialah upah 1% setahun pada kadar rata.
SOALAN 3
Kenapa penerima biaya dikenakan Ujrah?
Jawapan
Ujrah pada 1 % dikenakan adalah untuk menampung kos-kos bagi
mengurus dan menyediakan pembiayaan kepada penerima biaya.
SOALAN 4
Bilakah tawaran pembiayaan Ujrah mula dilaksanakan?
Jawapan
Pembiayaan Ujrah berkuatkuasa kepada permohonan baharu mulai
Disember 2008. Bagi pinjaman sedia ada, proses pertukaran daripada pinjaman
konvensional kepada pembiayaan Ujrah telah dilaksanakan mulai 1 Ogos 2009.
SOALAN 5
Adakah pertukaran kepada pembiayaan Ujrah bagi peminjam
konvensional dilakukan secara automatik?
Jawapan
TIDAK. Peminjam perlu membuat permohonan dan menandatangani
dokumen tawaran baharu dengan jumlah pembiayaan yang baharu. Ini perlu
dilakukan kerana ia melibatkan dua (2) prinsip yang berbeza iaitu konvensional
dan patuh syariah.
Maklumat lanjut tentang UJRAH sila klik SINI
Untuk Mengisi borang UJRAH ONLINE sila klik SINI
Untuk download borang UJRAH sila klik SINI
Semoga bermanfaat. Sila kongsikan kepada semua yang lain. Jadi apa tunggu lagi sila tukar kepada UJRAH dengan segera.

 

Check Also

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018. Seperti yang semua ketahui bahawa selepas pilihanraya umum ke 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *