Home » BERITA » Dua Komando Polis Maut di Lahad Datu

Dua Komando Polis Maut di Lahad Datu

Berita terbaru tentang pencerobohan di Lahad Datu. Dua Komando Polis Maut di Lahad Datu. Al-Fatihah untuk dua komando polis yang terkorban

“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″

Mari Semua Rakyat Malaysia kita doakan keselamatan pejuang-pejuang negara yang sedang pertahankan tanah air

LAHAD DATU – Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

 

Dua Komando Polis Maut di Lahad Datu
Dua Komando Polis Maut di Lahad Datu


Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
   
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
   
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
   
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. – Bernama

Check Also

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti dan menyebabkan UMNO Sabah kini menjadi lumpuh apabila …

13 comments

  1. Al-Fatihah.. Moga roh kedua2 arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.. Amin..

    Moga Allah selamatkan mereka yang berjuang untuk mempertahankan maruah negara, bangsa dan agama.. Amin..

    Sedih sangat.. Benda macam ni la agaknya yang orang sekarang mahukan.. Suka bila negara berada dalam huru-hara dan kucar-kacir sampaikan benda macam ni pun dijadikan bahan lawak jenaka.. Sungguh takde otak manusia sebegini..

  2. Mcm ni pon depa nk brunding lg? I can say govt is not clever to handle this isue.. Mane blh blembut dgn org luar.. This is crazy.. Sbb tulah org ckp isue ni tak adil bg org2 sbh.. Ade lak nk brunding2.. Last2 kne mortar bru tau kan.. Mane menteri2 yg in charge?

    EMOSI PERINGKAT EVEREST ni tau!

  3. Alfatihah,memang orang macamni tak boleh di buat berunding,inilah perjuangan,kadang kita terpaksa membunuh walaupun ianya juga se agama
    ambik iktibar dari kesilapan ini wahai pemerintah..

  4. Alfatihah …
    senang senang negara lain nak masuk malaysia..
    PM bila nak "keras" sikit? kalau diaorg cuba masuk Spore.. dah kena halau kena tembak dah…

    sedih sedih…

  5. apesal korang nk salahkan kerajaan..korang tau tak kalo kerajaan nak settle dlm 1 hari jer pun boleh.ape susah arahkan Kor Amor di Raja buat lintas hormat pt-91 main batle tank
    dgn kenderaan perisai simbad ..tapi itu bkan jln terbaik sbb akan bwk bnyk mslh.militan ini akan bls dendam dan buat sabotaj kpd Malaysia..kesan jangka panjang korang suma tak pikir ker..

  6. al-fatihah kepada pejuang negara

  7. kesiannya tengok anak arwah kat dlm berita tadi..huhu :'(

  8. Al-Fatihah kpd perjuang negara

  9. Al-Fatihah..
    takziah buat keluarga arwah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *