Erra Fazira Bertudung

Artis berpengalaman dan cantik iaitu Erra Fazira kini sah telah bertudung. Kisah Erra Fazira Bertudung ni memang mendapat perhatian daripada semua peminat beliau. Sekarang ini kita dapat lihat ramai artis-artis tempatan sudah mula berhijrah dari “free hair” kepada penampilan menutup aurat iaitu bertudung.

Menurut laporan-laporan portal hiburan dan juga akhbar tempatan cerita Erra Fazira Bertudung ini bermula dari malam nisfu Syaaban yang lepas dan hasrat untuk kekal bertudung telah bermula dari tahun lepas lagi. Namun hasrat itu tidak dapat ditunaikan atas-atas sebab beberapa kontrak yang telah dimenterai oleh beliau.

Pengesahan bahawa Erra Fazira Bertudung telah diumumkan sendiri oleh Erra kepada Berita Harian Online. Anak kepada Erra iaitu Engku Aleesya turut gembira kerana mamanya sudah berhijab. Jom kita baca sedikit luahan hati Erra Fazira berkaitan perkara ini yang dipetik dari post beliau di Instagram.

Gambar Erra Fazira Bertudung

“Salam Nisfu Sya’ban.
Assalamualaikum sahabat2 ku yg Baik Hati… buku amal kita setahun kebelakang akan dibawa oleh malaikat dan akan disimpan rapi di louhil mahfudz yang nanti akan dibuka pada saat yaumil akhir hari perhitungan, serta esok akan diganti dengan buku yang baru, maka dari itu saya minta maaf yang sedalam-dalamnya atas semua kesalahan yang disengaja atau tidak.. Halalkan makan, minum, ilmu, kegembiraan dan kesedihan yg kalian kongsikn.. semoga amalan-amalan kita akan lebih baik daripada sebelumnya . Ameenn… 😢😢 “

Rata-rata semua peminat begitu gembira dengan perubahan dan penghijrahan artis kesayangan mereka ini. Seperti yang kita tahu sebelum ini ramai artis tempatan yang berhijrah dengan penampilan berhijab seperti Dato Siti Nurhaliza, Alyah, Emma Maembong dan ramai lagi. Semoga semua yang berhijrah ini akan istiqamah.Mari kita doakan yang terbaik untuk mereka.

Gambar oleh : Era FM Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *