Home » BERITA » Facebook Saya Kena Hack – Sahrul

Facebook Saya Kena Hack – Sahrul

Semalam ada satu laporan yang admin petik daripada Harian Metro yang melaporkan bahawa pemandu BMW yang menyebabkan kereta kenari terbabas dan hampir meragut nyawa pemandunya memberi kenyataan. Dalam kenyataan beliau menyebut bahawa memang beliau dalam kecemasan kerana bayi berusia 5 bulan terkena sengatan lipan dan perlu ke hoapital dengan segera. Tiba-tiba pagi ini The Reporter My melaporkan bahawa individu bernama Shahrul tampil mengatakan bahawa apa yang ditulis di facebook beliau bukan lah beliau yang tulis. Facebook Saya Kena Hack – Sahrul begitu lah kata beliau.

Pemandu BMW Tampil Buat Kenyataan
Facebook Saya Kena Hack – Sahrul
Laporan The Reporter My adalah seperti berikut. “Berita ini tidak sahih, lagipun saya bukan pemandu BMW itu,” demikian kata individu bernama Sahrul Afza Hamzah yang menafikan dirinya adalah pemandu BMW yang memotong secara berbahaya sehingga menyebabkan kereta Perodua Kenari terlibat dalam kemalangan. Terdahulu dalam Harian Metro melaporkan, seorang individu yang menggunakan nama Sahrul, mengaku dirinya adalah pemandu BMW berkenaan. Individu berkenaan menjelaskan dia terpaksa memotong kerana berada dalam kecemasan di mana bayinya berusia lima bulan digigit lipan.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Sahrul, tampil menafikan dakwaan itu dan mengatakan ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menggodam akaun Facebooknya dan memuat naik komen tersebut yang kini tular di media sosial. “Saya telah menghubungi kakak mangsa untuk menjelaskan perkara itu dan dia faham dan menyerahkan semua itu kepada pihak polis untuk jalankan siasatan. Saya juga telah menghubungi pihak media yang melaporkan perkara itu bahawa laporan yang disiarkan itu tidak benar, sekaligus akan mengambil tindakan undang-undang.
Memang jelas nama saya (dipaparkan), tetapi masih wujud prima facie dalam kes ini. Bodoh sangat ke saya nak mengaku di post yang public jika saya adalah orang yang dimaksudkan? “Kemudian nama itu juga seperti yang tertera dalam MyKad saya, bukannya profil palsu. Lagipun, bukannya pihak polis yang mengeluarkan kenyataan hasil dari semakan nombor pendaftaran dapati didaftar atas nama saya. Contohnya, jika betul sekalipun saya yang memandu kereta BMW itu, lebih baik saya menghubungi mangsa berkenaan jika mahu menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika menghubungi The Reporter.
Sahrul menegaskan akaun Facebooknya telah digodam dan membuat aduan kepada pihak Facebook untuk semakan. Setakat ini, tiada sebarang laporan polis yang dibuat berhubung kesilapan laporan berita itu, namun Sahrul mahu menghubungi IPD Kluang untuk memberi kerjasama bagi membantu siasatan.
Saya tidak pernah memiliki mahupun memandu kereta BMW. Saya juga tidak mempunyai anak, tidak pernah ke Johor selepas tahun 2003.
“Pada hari kejadian yang merupakan hari raya kedua, ramai saksi di kawasan kejiranan saya yang boleh membuktikan di mana saya berada pada ketika itu,” katanya.
Sehubungan itu, Sahrul meminta pihak media menarik balik laporan yang tidak benar itu kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.
Bukti mesej Sahrul dengan kakak pemandu kenari

Semakin rumit pula kes ini kan. Jika pemandu BMW sebenar boleh baca posting ini harap sangat awak tampil ya. Pergi lah ke balai polis yang berdekatan. Jernihkan keadaan yang semakin rumit ni.

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *