Home » BERITA » Fahami GST Sebelum Kata Saya Bodoh

Fahami GST Sebelum Kata Saya Bodoh

Fahami GST Sebelum Kata Saya Bodoh. Begitulah antara mesej yang cuba disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan kepada mereka yang kurang senang dengan kenyataannya.

Ahmad Maslan

Sebelum itu Datuk Ahmad Maslan menafikan adanya pemimpin tinggi Umno memberi amaran supaya beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Katanya, tiada sebab untuk beliau berhenti bercakap mengenai sistem cukai itu sama ada pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin atau Permatang Pauh.

Pemimpin yang menghinanya dengan menyatakan beliau tidak tahu mengenai GST atau bodoh sepatutnya menyelidik lebih mendalam mengenai sistem percukaian itu.

Mereka perlu memahami GST sebelum mengatakan saya bodoh,

GST sebanyak enam peratus yang dikenakan adalah lebih baik berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus sebelum ini. Jadi kenapa perlu hapuskan GST ujar Datuk Ahmad Maslan.

sumber mstar

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *