FAM Cakap Ini Bukan Perlawanan Sarkas

FAM Cakap Ini Bukan Perlawanan Sarkas. Tidak sejuk lagi isu perlawanan persahabatan yang membabitkan pasukan Malaysia menentang kelab EPL Tottenham dan Liverpool. Setelah kempen yang dijalankan oleh kumpulan penyokong pasukan Malaysia dilaman sosial yang mahu memboikot perlawanan ini, nampaknya FAM sedikit berlembut dengan menggunakan pasukan Pilihan Liga Malaysia apabila menyenaraikan pemain import dalam barisan pemain.

FAM

Namun pandangan berbeza yang dikeluarkan oleh TMJ berkaitan perlawanan ini yang turut ditujukan kepada FAM dan KJ nyata menghangatkan kembali isu perlawanan sarkas.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini berkata perlawanan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu adalah medan terbaik bagi skuad negara sebelum menghadapi Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin (16 Jun) di Stadium Nasional Bukit Jalil, dalam memburu enam mata maksimum.┬áPilihan Malaysia bertemu Tottenham Hotspur FC selain perlawanan persahabatan berstatus ‘A’ menentang Hong Kong pada 6 Jun 2015 adalah peluang kepada pemain Malaysia bermain dengan pasukan berkualiti dari pelbagai aspek termasuk taktikal dan fizikal

FAM tidak mahu perlawanan itu terus dilabel ‘perlawanan sarkas’ sebagaimana didakwa segelintir peminat tempatan kerana lima pemain import yang beraksi dalam Liga Malaysia akan turut memperkuatkan skuad negara.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *