Final AFC Cup JDT vs FC Istiklol

Sudah pasti seluruh penyokong bola sepak terutama penyokong pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) tidak sabar-sabar bagi menyaksikan  Final AFC Cup JDT vs FC Istiklol yang bakal berlangsung di Dushanbe, Taijikistan. Ini adalah sejarah baru bagi bola sepak Malaysia. Jadi bukan sahaja penyokong JDT tetapi seluruh rakyat Malaysia sudah pasti berganding mahu mendoakan kejayaan pasukan JDT yang akan membawa nama negara kita.

Jika dilihat kepada peluang bagi Final AFC Cup JDT vs FC Istiklol ini, admin merasakan kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjadi juara. Pasukan yang bermain baik dan tidak banyak membuat kesilapan sudah pasti akan menjadi pemenang. Admin harap pasukan JDT akan buat sehabis baik untuk memenangi perlawanan ini.

Final AFC Cup JDT vs FC Istiklol

Sudah pastinya kita mengharapkan tonggak-tonggak skuad kebangsaan yang berada dalam pasukan JDT untuk berganding tenaga dengan rakan sepasukan yang lain untuk menyajikan permaian berkualiti di atas padang. Kita harap Syafiq Rahim, Amri, Kuna dan pemain lain akan bersemangat dalam perlawanan tersebut. Seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kalian di sana.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan aksi Final AFC Cup JDT vs FC Istiklol secara langsung menerusi televisyen tempatan dan secara live streaming. Siaran langsung akan disiarkan menerusi saluran media prima TV9 bermula jam 7.30 malam. Boleh juga ditonton secara online live streaming menerusi tonton.com.my atau terus sahaja ke pautan yang disediakan dibawah.

Final AFC Cup JDT vs FC Istiklol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *