Home » Uncategorized » Fitnah Besar Menimpa Saya-Amin Idris

Fitnah Besar Menimpa Saya-Amin Idris

Beberapa lepas ada terdengar tentang berita seorang personaliti TV Al-Hijrah iaitu Amin Idris telah dirakam aksi tidak sopannya di skype oleh seorang wanita Filipina. Berikut adalah kenyataan beliau tentang perkara itu.

FITNAH BESAR MENIMPA SAYA | Saya telah ber’skype’ dengan seseorang dari Filipina atas tujuan berbincang tentang tujuan dia ingin menjemput saya untuk mengendalikan program training untuk para pekerja kilang di sana. Kira-kira 10 minit selepas berbincang, beliau henti dan logout. Saya hairan dan cuma tunggu untuk dihubungi.

Pada esok hari dia menghubungi saya di skype dengan video yang sungguh ‘real’ memaparkan:

1. Saya sedang minum arak
2. Saya berjoget di disko
3. Video ketiga dia kata surprise dan sangat aib serta tak mampu untuk saya ceritakan

Saya terus rasa malu, lemah dan terkejut kerana ada yang sanggup mengaibkan saya sebegitu sekali. Dan dia ugut minta duit agar dia tak sebar video tersebut. Saya takkan tunduk kepada mereka. Tapi saya bimbang ia akan timbulkan fitnah luarbiasa dan ‘membunuh’ saya kerana persepsi rakyat Malaysia. Justeru;

WALLAHI… WABILLAHI… WATALLAHI… Saya tidak pernah buat seperti apa yang ada dalam video tersebut.

Moga Malaysia bersama saya.

p/s : berani kerana benar

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

4 comments

  1. advance sungguh syaitan itu….

  2. Memang ada scam ni sekarang… Dibuat melalui FB… Mengajak lelaki agar berskype… Kemudian muka anda dirakam dan video lucah dibuat untuk ugutan.. Harap saudara bersabarlah…

  3. Moga Allah pelihara saudara amin idris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *