Home » BERITA » Gambar Anak Mark Zuckerberg

Gambar Anak Mark Zuckerberg

Gambar Anak Mark Zuckerberg
Gambar Anak Mark Zuckerberg

Siapa yang ada Facebook tetapi tidak kenal dengan Mark Zuckerberg memang anda semua tidak patut. Mark Zuckerberg yang buat Facebook ini untuk hangpa semua tahu. Baru-baru ini Mark Zuckerberg telah menerima kehadiran cahaya mata. Jom kita lihat Gambar Anak Mark Zuckerberg.

Untuk berita tentang Gambar Anak Mark Zuckerberg ini kita baca berita daripada BH Online di bawah ini.

LONDON: Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg mendapat cahaya mata sulung selepas isterinya, Priscilla Chan selamat melahirkan bayi yang dinamakan Max itu. Jutawan Lembah Silikon itu dan isterinya, berkongsi berita kelahiran bayi itu menerusi kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook dengan tajuk `Surat untuk anak perempuan kami’.

Sempena dengan kehadiran bayi sulung itu, pasangan berkenaan turut mengumumkan hasrat untuk menyumbang sejumlah pendapatan mereka bagi faedah generasi masa depan. Mereka akan menderma sebanyak 99 peratus daripada saham Facebook – yang kini dianggarkan bernilai $45 bilion – kepada yayasan kebajikan baharu, mengikut kenyataan berkenaan.

Dalam surat yang disiarkan menerusi Facebook itu, ia turut memaparkan gambar pasangan Zuckerberg dan isterinya, memegang bayi mereka yang dibalut selimut dengan gambar kartun ulat bulu. Selimut itu dijual pada harga $50 empat helai. Entri terbaharu itu bagaimanapun tidak menyatakan bila tarikh bayi itu dilahirkan dan nama penuh Max. Awal tahun ini Zuckerberg mengumumkan Priscilla sedang mengandung anak pertama mereka. – AGENSI

Check Also

Gaji Minimum Sektor Swasta RM1050

Gaji Minimum Sektor Swasta RM1050

Gaji Minimum Sektor Swasta RM1050 bermula Januari 2019. Berita inilah yang menjadi perbualan hangat di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *