Gambar Banjir Kilat Kuantan 8 Disember

Ini ada beberapa Gambar Banjir Kilat Kuantan 8 Disember 2016 yang dikongsi oleh netizen di laman sosial facebook. Orang Kuantan semestinya tahu kawasan yang dilanda banjir tersebut di mana. Paling mengejutkan adalah adalah IM di mana hadapan dengan cafe Casper. Jadi admin kongsikan kepada semua Gambar Banjir Kilat Kuantan 8 Disember dan juga berita laporan dari Sinar Harian Online.

gambar-banjir-kilat-kuantan-8-disember-1
Gambar Banjir Kilat Kuantan 8 Disember

KUANTAN – Hujan lebat lebih sejam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan dilanda banjir kilat dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang tersumbat. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata, hujan kira-kira jam 3.30 petang itu menyebabkan Jalan Bukit Ubi berhampiran Kolej Universiti Widad, Jalan Gambut berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Lim Hoe Lek, dan Jalan Tun Ismail dinaiki air kira-kira setengah meter.

“Hanya bajir kilat… dipercayai disebabkan longkang tersumbat. Banjir pun telah surut menjelang jam 6 petang tadi, jadi tidak perlu risau apa-apa, kesemua jalan boleh dilalui,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Gambar Banjir Kilat Kuantan 8 Disember
Gambar Banjir Kilat Kuantan 8 Disember

Beliau dalam masa yang sama menasihati orang ramai terutama pengguna media sosial sosial supaya tidak menyebar berita yang tidak benar berkaitan banjir di daerah ini kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan penduduk.

“Jangan sewenang-wenangnya memuat naik gambar dan berita yang tidak benar berhubung perkara ini. Gambar lama dicampur aduk dengan gambar semasa, ia akan menyulitkan pihak berkuasa yang kini dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi bencana.

Gambar Banjir Kilat Kuantan 8 Disember
Gambar Banjir Kilat Kuantan 8 Disember

Jika ada sebarang pertanyaan, lebih baik menghubungi dan mengesahkannya dengan pihak berkuasa seperti polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam daripada mempercayai berita di laman sosial yang belum tentu kesahihannya,” katanya.Sejak petang tadi gambar kejadian banjir di Kuantan mulai tersebar di laman sosial terutama Facebook dan kumpulan WhatsApp menyebabkan timbul kebimbangan dalam kalangan penduduk. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *