Home » INFORMASI » Gambar Chase Kucing Tanpa Muka Viral Di Malaysia

Gambar Chase Kucing Tanpa Muka Viral Di Malaysia

Gambar Chase Kucing Tanpa Muka Viral Di Malaysia. Anda tahu tentang seekor kucing yang istimewa di dunia. Lebih khusus lagi di USA. Admin ingin kongsikan kepada anda semua tentang kucing ini. Dikenali dengan nama Chase No Face atau Chase Heart Face kucing istimewa ini sememangnya unik kepada semua pecinta kucing.

Gambar Chase Kucing Tanpa Muka Viral Di Malaysia
Gambar Chase Kucing Tanpa Muka Viral Di Malaysia

Pemilik Chase telah membuatkan akaun Facebook untuk Chase dan juga laman blog khas untuk Chase. Segala aktiviti dan gambar-gambar Chase dikongsikan dalam media sosial tersebut. Kita ketahui serba sedikit sejarah kucing yang bernama Chase ini. Chase adalah seekor kucing yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.

Nasib Chase baik apabila ada yang nampak kejadian tersebut dan Chase dibawa ke klinik untuk rawatan. Doktor berjaya menyelamatkan Chase dan mengelakkan Chase daripada maut. Chase telah dijaga dan diubati oleh seorang doktor veterina bernama Melissa. Untuk menyelamatkan muka Chase ada cubaan untuk menjalankan pembedahan plastik dijalankan tetapi gagal.

Pembedahan yang gagal itu menyebabkan Chase seperti tidak mempunyai wajah atau muka. Hanya ada tisu-tisu berwarna merah di muka tanpa ada bulu. Sungguh pun begitu penglihatan Chase amat baik sekali dan sentiasa aktif. Untuk penjagaan Chase akan diberikan ubat untuk matanya setiap beberapa jam untuk mengekalkan kelembapan dan tidak dijangkiti virus.

 

Check Also

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa'

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa’

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa’. Pada tarikh 28 Mei 2019, hari ini pada pukul …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.