Home » HIBURAN » Gambar Isteri Fahrin Ahmad

Gambar Isteri Fahrin Ahmad

Gambar Isteri Fahrin Ahmad. Rasanya ramai yang ingat tahu siapakah isteri pelakon kacak lagi bergaya Fahrin Ahmad yang telah pun selamat bernikah hari ini. Kerana selama ini Fahrin langsung tidak perlu pun memberitahu akan berkahwin atau sudah mempunyai ikatan dengan mana-mana wanita, tetiba buat pengumuman akan berkahwin pada 9 Mei 2019. Jadi hari ini dia telah bernikah , siapakah isteri beliau ?

Elena Hani Eleas

Nama isteri beliau Elena Hani Eleas yang juga seorang pramugari salah sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Dubai. Pasangan Fahrin dan Elena sah bergelar suami dengan sekali lafaz tepat jam 10.40 pagi tadi di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara, di sini.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat Fahrin dan Elena serta wakil media. Pasangan ini memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan sebaliknya sekadar pertemuan mengikut adat dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat masing-masing.

Check Also

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia akibat serangan jantung. Takziah diucapkan kepada pelakon sado Zul Ariffin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *