Home » SUKAN » Gambar Jersi Malaysia 2016

Gambar Jersi Malaysia 2016

Gambar Jersi Malaysia 2016
Gambar Jersi Malaysia 2016

Admin ingin kongsikan kepada anda semua Gambar Jersi Malaysia 2016 untuk digunakan pada kejohanan Piala AFF 2016 nanti. Baru sahaja sebentar tadi pihak Nike Malaysia telah melancarkan jersi baru tersebut. Jersi baru Malaysia ini berwarna hitam dan putih. Jika dilihat pada rekaan jersi baru Malaysia 2016 ini hanya logo FAM di dada pemain. Tidak nampak bendera Malaysia di situ. Jersi ini dijual dengan harga RM289.

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan bola sepak Malaya yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia. Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF ASEAN, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010. Pasukan ini juga mencipta rekod terbaik kedua apabila bergelar naib juara Piala AFF Suzuki 2014 apabila tewas agregat 3-4 kepada Thailand.

Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya, Harimau Malaysia dan Skuad Kebangsaan. Gelaran Skuad Kebangsaan telah digunakan oleh media seperti New Straits Times dan Utusan sejak era 70-an.

Malaysia mempunyai ramai pemain ternama seperti pemain lagenda, Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia pada zaman keemasan semasa 1970-an hingga awal 1980-an. Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat adalah pemain yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga awal 1960-an. Pada masa ini, Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina.

Kemenangan 15-1 adalah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini. Untuk generasi terkini, Malaysia berjaya melahirkan 2 penjaga gol terbaik negara, iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) & Farizal Marlias. Manakala Malaysia berjaya melahirkan pemain tengah yang pakar dalam sepakan percuma, Safiq Rahim.

Di dalam Kedudukan Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah di dalam keluaran pertama perangkaan tersebut iaitu pada bulan Ogos 1993, pada tangga ke-75. Lawan utama Malaysia di pentas antarabangsa ialah negara jirannya, Indonesia dan Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara dua pasukan ini selalunya penuh dramatik.

Malaysia dan beberapa negara seperti Thailand adalah satu-satunya pasukan di pentas ASEAN yang tidak menggunakan pemain-pemain luar seperti Indonesia dan Singapura telah lakukan bagi pasukan kebangsaan mereka. Dengan memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN, pasukan kebangsaan dikatakan adalah di antara pasukan yang paling berjaya di Asia Tenggara bersama-sama dengan Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam dan masih lagi di dalam memperbaiki diri sendiri.

Check Also

Live Streaming Malaysia vs Laos AFF Suzuki Cup 2018

Live Streaming Malaysia vs Laos AFF Suzuki Cup

Live Streaming Malaysia vs Laos AFF Suzuki Cup 2018. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *