Home » BERITA » Gambar Jurulatih Rogol Atlet Terjun Negara

Gambar Jurulatih Rogol Atlet Terjun Negara

Gambar Jurulatih Rogol Atlet Terjun Negara boleh kita lihat dengan jelas menerusi laporan Harian Metro online. Semalam berita berkenaan jurulatih skuad terjun negara telah hangat diperkatakan di media-media masa terutama di akhbar-akhbar utama dan juga saluran televisyen negara. Jadi untuk berita penuh berkenaan kes rogol atlet terjun ini kami ingin kongsikan kepada anda laporan dari Metro Online termasuk gambar.

Seorang jurulatih pasukan terjun kebangsaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan merogol seorang atlet penerjun wanita, September lalu. Huang Qiang, 35, yang berasal dari China membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, Huang yang mendapat taraf warganegara Malaysia didakwa merogol mangsa yang berusia 20 tahun satu bulan di dalam gimnasium kering dry gym, Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini, pada jam 5.30 petang, 26 September lalu. Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Sauni tidak menawarkan sebarang jaminan dengan mengambil kira tertuduh adalah jurulatih kepada mangsa. “Dalam kes ini juga, membabitkan saksi lain yang turut dilatih oleh tertuduh. Selain itu, tertuduh masih mempunyai keluarga di China dan dikhuatiri akan meninggalkan negara ini,” katanya.

Gambar Jurulatih Rogol Atlet Terjun Negara
Gambar Jurulatih Rogol Atlet Terjun Negara

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pihak pendakwaan menawarkan jamin sebanyak RM50,000 dengan dua penjamin warga tempatan serta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi, dilarang berada di dalam lingkungan kawasan latihan Bukit Jalil, pasportnya diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Peguam Mohd Hisham Md Nen yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh mempunyai keluarga termasuk dua anak yang masih kecil. Pada prosiding itu, peguam Cheow Wee yang hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak mangsa memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan menghubungi dan mendekati mangsa, nama mangsa tidak didedahkan kerana mangsa sedang dilatih untuk sukan Olimpik bersama pasukan elit.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin warga tempatan serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah; lapor diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan; dilarang mengganggu, hubungi, ugut mangsa dan saksi lain; dan mengarahkan pihak media supaya tidak mendedahkan nama mangsa. Sebutan semula kes ditetapkan pada 6 November ini.

Check Also

Punca Sebenar Kekecohan Penyokong Perak dan JDT

Punca Sebenar Kekecohan Penyokong Perak dan JDT

Ini admin kongsikan Punca Sebenar Kekecohan Penyokong Perak dan JDT semasa perlawanan separuh akhir pertama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *