Home » Uncategorized » Gambar Perkahwinan Black Mentor

Gambar Perkahwinan Black Mentor

Tahniah kepada Black Mentor atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 26, selepas penyanyi itu selamat bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan sekitar jam 12.10 tengahari tadi.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Naquia Yasirah sendiri dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu di hadapan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Kedua-dua Black Mentor dan Naquia Yasirah yang mengenakan persalinan rona putih tersenyum sepanjang majlis akad nikah berlangsung. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki.

Dulang-dulang hantaran dari pihak lelaki berupa sepasang kasut berjenama Charles & Keith, beg tangan berjenama Channel, sebentuk cincin, set pewangi BVLGARI, iPad Mini, set kosmetik Kanebo, dan sepasang telekung.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Black Mentor dan Naquia Yasirah yang dihadiri kira-kira 200 tetamu termasuk pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat kedua buah keluarga.

SUMBER

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

5 comments

  1. Congrats Phat.. eh salah congrats Black!! hehehe

  2. wahh.. tahniah black dh tawennn

  3. tahniah belek. hahaha . kbai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *