Home » BERITA » Gambar Serpihan Pesawat MH370 Ditemui

Gambar Serpihan Pesawat MH370 Ditemui

Gambar Serpihan Pesawat MH370 Ditemui
Gambar Serpihan Pesawat MH370 Ditemui

 

Terkejut juga admin apabila membaca web sahabat Siakap Keli apabila dikatakan bahawa serpihan pesawat MH370 telah ditemui di sebuah pulau. Jadi untuk melihat sendiri admin kongsikan kepada anda semua Gambar Serpihan Pesawat MH370 Ditemui tersebut.

Tetapi kesahihannya masih belum dapat dipastikan kerana pihak kerajaan baru sahaja menghantar skuad penyiasat untuk melihat dan melakukan siasatan terhadap serpihan tersebut.Jadi anda lihat sendiri Gambar Serpihan Pesawat MH370 Ditemui ini.

Ini admin kongsi dari Siakap Keli :

Memetik laporan dari Telegraph.co.uk, seorang pakar penerbangan Perancis percaya serpihan itu dari pesawat MH370.

Xavier Tytelman, seorang bekas juruterbang yang kini bekerja sebagai pakar keselamatan udara, dihubungi oleh seorang penduduk pulau Reunion. Lelaki berkenaan menghantar gambar serpihan yang dijumpai dan Tytelman berkata ia mungkin dari pesawat yang hilang itu.

“Saya sudah mengkaji beratus-ratus gambar dan berbincang dengan rakan sekerja”.

“Dan kami yakin ia menyerupai bahagian sayap Boeing 777 – pesawat yang sama dengan MH370”, kata Tytelman kepada Telegraph.co.uk

“Polis di Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia kelihatan sudah berada di dalam air lebih kurang setahun, menambah lagi kenyakinan ia dari MH370. Kami tak boleh pastikannya, tapi kami fikir ada kemungkinan (ia dari pesawat MH370)”.

 

Check Also

Gaji Minimum Sektor Swasta RM1050

Gaji Minimum Sektor Swasta RM1050

Gaji Minimum Sektor Swasta RM1050 bermula Januari 2019. Berita inilah yang menjadi perbualan hangat di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *