Home » HIBURAN » Gegar Vaganza 2

Gegar Vaganza 2

Gegar Vaganza 2
Gegar Vaganza 2

Gegar Vaganza 2 (musim kedua) (GV 2) bakal menyaksikan pertembungan penyanyi rock lelaki dan pop wanita merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.Peserta lelaki yang bakal mewarnai pentas Gegar Vaganza musim ini ialah Zul Handy Black, Acong Sweetchild, Nizam Laksamana, Amir U’kays, Ezad Lazim dan Nassier Wahab.

Sementara enam lagi peserta wanita yang bakal memberikan saingan sengit ialah Ezlynn, Faradhiya, Siti Nordiana, Haiza, Sheeda dan Azian Mazwan Safwan.GV2 turut mengekalkan pengacaranya dari musim pertama iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse selain memberi kepercayaan sekali lagi kepada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim untuk kekal di kerusi panas juri profesional.

Selain itu persembahan selingan (interlude) juga akan tetap dikekalkan pada musim ini.Gegar Vaganza merupakan sebuah program realiti nyanyian yang menampilkan 12 penyanyi malarsegar atau ‘one hit wonder’  bersaing setiap minggu untuk bergelar juara.

Pada musim lalu Ayai Illusi telah dinobatkan sebagai juara, diikuti Haleeda ditempat kedua, Mamat Exist ketiga, Rahmat Mega dan Ifa Raziah masing-masing di tangga keempat dan lima.Konsert Gegar Vaganza 2 akan disiarkan secara langsung dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam bermula Ahad ini, 18 Oktober 2015, di saluran Astro Ria, Astro Prima dan Maya HD.

SUMBER

Check Also

Benarkah Ada Video Lucah Syafiq Kyle

Benarkah Ada Video Lucah Syafiq Kyle

Benarkah Ada Video Lucah Syafiq Kyle? Inilah yang tular di media sosial sejak semalam terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *