Home » Uncategorized » Gelatin Babi Tetap Haram – Ustaz Kazim Elias

Gelatin Babi Tetap Haram – Ustaz Kazim Elias

Gelatin Babi Tetap Haram – Ustaz Kazim Elias

 
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menolak fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal digunakan jika ia ditransformasikan menjadi bahan lain.

Dalam satu laporan oleh Sinar Harian pada Ahad, Kazim berkata umat Islam perlu berpegang teguh kepada ketetapan agama yang digariskan oleh mazhab dimana selama ini ia menjadi ikutan kepada umat Islam di negara ini.

“Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

“Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita,” katanya.

Menurut beliau, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan satu isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

Pada Sabtu lalu, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong pandangan Dr Yusuf Al-Qaradawi bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah

Mengulas lanjut mengenai hujah Dr Yusuf, Dr Asri menjelaskan bagaimana sesuatu yang dianggap haram boleh menjadi halal jika menggunakan konsep ‘istihalah’.

Istihalah ialah perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada suatu benda lain yang meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda tersebut.

“Apabila sesuatu yang tidak bersih telah melalui satu proses yang membuatkan ia telah kehilangan ciri-ciri asalnya ia tidak akan dinilai mengikut asalnya kerana ia telah benar-benar berubah,” kata beliau sambil menambah bahawa bahan itu harus dinilai melalui ciri-ciri baru.

“Penjelasan mudah; perubahan dalam sifat bahan setelah melalui proses tertentu ini disebut sebagai istihalah,” katanya.

Dr Mohd Asri mengulas perkara berkenaan dilaman Facebooknya dengan mengambil contoh baja yang digunakan ketika menanam pokok pisang.

Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury dikesan mengandungi DNA babi.

Bagaimanapun, ujian oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan dua produk coklat tersebut tiada unsur DNA babi dan sekaligus halal untuk dimakan.-Awani-

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *