Home » BERITA » Gencatan Senjata Israel dan Palestin

Gencatan Senjata Israel dan Palestin

GAZA CITY – Gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia) selepas lapan hari serangan menyasarkan wilayah Gaza, menyebabkan lebih 150 orang terbunuh. Gencatan Senjata Israel dan Palestin
Gencatan berkuat kuasa 9 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).

Harapan itu menjadi kenyataan semalam selepas 157 orang terbunuh susulan serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu lalu. Seramai 13 orang terbunuh semalam, sebelum gencatan dikuatkuasakan.

Konflik di Gaza selepas Israel menembak mati ketua sayap tentera Hamas, Ahmed al-Ja’abari pada 14 November lalu.

Beberapa jam sebelum perkembangan itu diumumkan sebuah bas di Tel Aviv letup, menyebabkan lebih 10 penumpang cedera.

Persetujuan gencatan ini sebenarnya dijangkakan akan dicapai kelmarin tetapi hanya menjadi kenyataan malam tadi.
Di bawah perjanjian itu, Israel dilaporkan telah bersetuju untuk mengakhiri kesemua bentuk sasaran pembunuhan manakala Hamas pula akan menghentikan serangan ke atas Israel.
Menteri Luar Mesir, Kamel Amr mengumumkan perkembangan ini pada satu sidang media Kaherah bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton. Clinton turut menyertai perundingan bersama merundingan gencatan senjata.
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal menyifatkan tindakan ketenteran Israel telah gagal.
Menurut laporan BBC, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Mesir yang menggerakkan usaha ke arah gencatan dan menghentikan konflik terbaru di wilayah Gaza yang ditadbir oleh Hamas.
Katanya, perjanjian gencatan senjata memenuhi tuntutan-tuntutan Hamas.
Sehubungan itu katanya, kesemua laluan ke Gaza akan dibuka semula termasuk yang bersempadan dengan Mesir.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula berkata, beliau bersetuju dengan pandangan AS bahawa harus diberi satu peluang untuk melaksanakan syor Mesir dan mewujudkan kestabilan di rantau itu.
Katanya, Israel akan mengambil tindakan tegas jika perjanjian gencatan dicabuli.
Clinton dipetik berkata, bagi memastikan perjanjian gencatan senjata menjadi kenyataan, serangan roket dari Gaza mesti dihentikan dan suasana tenang yang menyeluruh mesti diwujudkan kembali.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga menyambut baik keputusan ini.
Laporan media juga menyebut penduduk Palestin di Gaza menyambut baik perkembangan tersebut.
Gencatan Senjata Israel dan Palestin
Gencatan Senjata Israel dan Palestin
SUMBER : SINAR HARIAN

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

22 comments

  1. berkat doa umat islam…alhamdulilah…please no war

  2. Allahu, jangan sesekali mempercayai org yg zalim kerana mereka munafik. harap palestin aman

  3. Alhamdulillah, semoga kite boleh terus berdoa utk mereka disana

  4. Salam Abg Phat..

    Alhamdulillah..ini semua sebabnya ikhlas doa kite mendoakan saudara/i kite di Gaza..Semoga gencatan senjata berkekalan..ameen ya rabb..tetapi, Israel byk helahhh..tengok muka Benjamin Netanyahu kite dah tahu, mmg jahat !!

  5. Alhamdulillah..
    Pray for Gaza..

  6. pray for gaza,, itu je yang mampu kita lakukan..huhu

  7. Harap2 terus xde serangan dah 🙁

  8. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya 🙂

  9. tetap kena berwaspada.. sebab secara jujurnya, aku sangat2 tak mempercayai kaum YAHUDI laknat ni.. kaum yang sangat2 berbelit dan putar alam.. sama2 lah kita doakan agar kemenangan akan menjadi hak milik ISLAM..

  10. salam phat,
    yg sebenarnya, israel penakut! they already know yg kaum diowg akan lenyap selama2nya kalau dia teruskan jugak ketenteraan tu. Allah dah janjikan itu! they r coward!! kalau mereka melanggar perjanjian, nantikanlah Panji-panji Hitam dari timur! Allahuakbar!

  11. alhamdulillah berjaya juga genjatan senjata tu…

    semoga mereka dilindungi…

    🙂

    pss : hye abg phat!heee

  12. Alhamdulillah..teruskan menghulur banyuan dan teruskan berdoa

  13. Alhamdulillah.. berkat doa kte semua. Smoga ia berterusan dan bumi gaza di lindungi.. Tp mereka perlu berhati-hati jga..israel ni byk tipu muslihat..

    Semoga kemenangan milik umat Islam~! amin..

  14. alhamdulillah …berdoa agar itu adalah yg peperangan terakhir utk gaza….. sedih dgn apa yg berlaku…..

  15. nak percaya seratus peratus israel inginkan keamanan memang susah nak percaya.. tapi kita tetap harus bersyukur jugak sebab gencatan ini berlaku dapat jugak mereka aman walaupun seketika 🙂 pray4gaza untuk selamanya hingga palestin bebas dari jajahan yahudi.

  16. semoga berkekalan jodohnya…jom semarak cinta di Galeri Malam Pertama Cameron Highlands hanya di MARDI Station CH

  17. konflik Israel-Palestine tercatat di dalam al-quran subhanaallah.

  18. Alhamdulillah semoga berkekalan kemenangan umat islam di sana

  19. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya 🙂

  20. semoga saudara Islam kita di sana sentiasa dilindungi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *