Home » HIBURAN » Giliran Fathia Latiff Pula Cetus Kontroversi

Giliran Fathia Latiff Pula Cetus Kontroversi

Giliran Fathia Latiff Pula Cetus Kontroversi isu buka tudung. Seperti semua ketahui pelakon Fathia Latiff telah pun berhijab atau bertudung sebelum ini. Namun beberapa isu dan kontroversi berkaitan beliau memang berlegar-legar di media sosial. Yang terbaru Fathia Latiff pula buka tudung.

Giliran Fathia Latiff Pula Cetus Kontroversi
Giliran Fathia Latiff Pula Cetus Kontroversi

“SAYA rasa lebih lega sekarang. Saya enggan menipu diri sendiri lagi dan kembali menjadi diri sendiri.

“Lagipun, untuk kekal bertudung bukan satu perkara mudah,” kata pelakon Fathia Latiff mengenai keputusannya tidak lagi bertudung sejak beberapa hari lalu.

Fathia ketika dihubungi berkata, dia bertudung sebelum ini bukan atas kerelaan hati sebaliknya mahu membuktikan sesuatu kepada seseorang.

“Saya pakai tudung selama ini sebab orang lain. Disebabkan tidak dapat menerima kenyataan saya memilih untuk tampil berhijab.

“Bagaimanapun saya sedar yang saya tidak boleh menipu atau mengongkong diri saya.

“Jadi saya ambil keputusan untuk kembali kepada diri yang asal. Saya sudah tidak boleh bertahan lagi,” katanya.

Menurut Fathia, sudah sampai masanya dia memikirkan diri sendiri.

“Ini kehidupan saya. Jadi, saya berhak atur hidup tanpa perlu orang lain menghukum.

“Sebenarnya mereka yang suka menghakimi orang lain ini tiada kehidupan. Orang kata saya mengalami tekanan sampai buka tudung adalah silap sebaliknya mereka dengki dengan kehidupan saya.

“Adakah dengan menghukum saya mereka sudah dapat tiket masuk syurga? Bagi saya semua orang sama. Setiap orang melakukan kesilapan.

“Siapa anda untuk hina dengan pilihan yang saya buat. Saya perlu masa untuk kenal diri yang sebenar.

“Saya tahu keputusan ini salah tapi ada cara untuk tegur,” katanya. -Metro-

Check Also

Ego Harta Bukan Punca Penceraian Fizo Dan Mawar

Ego Harta Bukan Punca Penceraian Fizo Dan Mawar

Ego Harta Bukan Punca Penceraian Fizo Dan Mawar. Ego atau Harta Bukan Punca Penceraian Fizo …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.