Home » TEKNOLOGI DAN AUTOMOTIF » Harga Myvi Baru 2018 Antara RM44K hingga RM55K

Harga Myvi Baru 2018 Antara RM44K hingga RM55K

Harga Myvi Baru 2018 Antara RM44K hingga RM55K seperti yang dilaporkan oleh portal automotif terkenal negara Paultan.Org. Myvi serba baru atau Myvi 2018 ini akan dibuka tempahannya bermula 9 November 2017. Model Myvi generasi ketiga ini akan menampilkan rekaan yang lebih “muda” dan bergaya, dengan keselesaan dan keluasan yang tetap menjadi keutamaan bagi memastikannya kekal praktikal untuk ramai orang.

Harga Myvi Baru 2018 Antara RM44K hingga RM55K
Harga Myvi Baru 2018 Antara RM44K hingga RM55K

Perodua Myvi Serba Baru ditawarkan pada varian 1.3G Standard (MT) berharga RM44,300, 1.3G Standard (AT) berharga RM46,300, 1.3X Premium (MT) berharga RM48,300, 1.5 High (AT) berharga RM51,800 dan 1.5 Advance (AT) berharga RM55,300. Varian 1.3L dan 1.5L dijana enjin DOHC Dual VVT-i dengan transmisi empat kelajuan automatik atau lima kelajuan manual (1.3G Standard saja).

Harga Myvi Baru 2018 Antara RM44K hingga RM55K
Harga Myvi Baru 2018 Antara RM44K hingga RM55K

Antara ciri-ciri menarik Myvi 2018 adalah :

– Fungsi kemasukan pintar dengan butang mula/henti enjin untuk semua varian.
– Lampu hadapan LED dengan fungsi Auto-off dan Follow-me-home untuk semua varian.
– Lampu belakang dengan Light Guide untuk semua varian.
– Sistem Henti Melahu (Eco-Idle) untuk varian Myvi 1.3 liter varian G dan Myvi 1.5 liter dan varian H dan AV (Advance).
– Alat pembaca tol terbina dalam untuk Myvi 1.5 liter.
– Kawalan pendingin hawa menggunakan skrin sentuh.
– Rim aloi dwi-tona bersaiz 15-inci untuk Myvi 1.5 liter.
– Rim aloi bersaiz 14-inci untuk Myvi 1.3 liter.
– Skirt depan dan sisi dwi-tona untuk Myvi 1.5 liter.
– Spoiler belakang untuk Myvi 1.5 liter.
– Konfigurasi tempat duduk yang fleksibel (8+1) untuk semua varian.
– Poket sisi untuk kerusi depan untuk semua varian.
– Empat beg udara (depan dan sisi depan) untuk Myvi 1.3 liter.
– Enam beg udara (depan, sisi depan dan tirai) untuk Myvi 1.5 liter.
– Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) adalah standard untuk semua varian.
– Bantuan Pemanduan Selamat (Advance Safety Assist – A.S.A) seperti ciri Pemantauan Titik Buta dan Bantuan Kekal Lorong hanya untuk Myvi 1.5 liter varian AV (Advance).

The New Myvi 2018

Myvi baru 2018 Harga dari RM44,000.00 hingga RM55,000.00

Posted by Berita Malaysia Kini on Wednesday, 8 November 2017

Check Also

Gambar Nissan Navara Black Siries

Gambar Nissan Navara Black Siries. Nissan Navara Black Siries kini telah diperkenalkan oleh Edaran Tan Chong …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *