Home » BERITA » Helikopter AS350 Terhempas di Sarawak

Helikopter AS350 Terhempas di Sarawak

Helikopter AS350 Terhempas di Sarawak
Helikopter AS350 Terhempas di Sarawak

 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman mengesahkan Helikopter AS350 Terhempas di Sarawak membawa Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama lima yang lain termasuk jurutebang yang dilaporkan hilang belum dijumpai. Menurut Muhammad Sabtu, pihaknya yang menerima laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada pukul 8.20 malam tadi telah menggerakkan sepasukan anggota ke beberapa lokasi yang dipercayai boleh membantu operasi pencarian.

Katanya, polis turut menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa helikopter tersebut dijumpai di Sri Aman. “Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima maklumat dengan menggerakkan satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Sri Aman, Simunjan dan Betong.

“Selain itu, agensi lain iaitu masing-masing 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut bergerak ke lokasi bagi memulakan pencarian seawal pukul 6 pagi esok. “Seramai 13 Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut bergerak ke lokasi bagi melakukan operasi pencarian pagi esok,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.

Helikopter jenis ASO 350:RPC 6828 itu dilaporkan hilang dari radar pada pukul 4.32petang selepas berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang dan dijadual tiba di sini kira-kira pukul 5 petang. – K! ONLINE

Check Also

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam. Tun Dr Mahathir Mohamed YAb Perdana Menteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *