Home » BERITA » Hilang Ketika Mengaji Kanak-Kanak Ditemui Mati

Hilang Ketika Mengaji Kanak-Kanak Ditemui Mati

Hilang Ketika Mengaji Kanak-Kanak Ditemui Mati Dirogol. Itulah berita sedih yang BVT ingin kongsikan kepada semua pembaca hari ini. Walaupun kejadian ini tidak berlaku di negara kita Malaysia tetapi berita ini telah menggemparkan seluruh dunia. Untuk berita penuh tentang kejadian ini anda boleh ikuti laporan daripada Awani di bawah ini.

Hilang Ketika Mengaji Kanak-Kanak Ditemui Mati
Hilang Ketika Mengaji Kanak-Kanak Ditemui Mati

Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun di Kasur, Pakistan terungkai selepas mayatnya ditemui dalam timbunan sampah Selasa lalu. Paling menyedihkan apabila terdapat tanda-tanda mangsa dirogol, dicekik hingga mati sebelum jasadnya yang tidak lagi bernyawa dihumban dalam timbunan sampah.

Mangsa, dikenali sebagai Zainab Ansari hilang ketika dalam perjalanan mengaji al-Quran. Mayatnya ditemui dua kilometer daripada rumahnya. Ini bukan pertama kerakusan sedemikian dilaporkan berlaku di Pakistan dalam tempoh tedekat. Pihak polis Kasur mengesahkan 12 kes pembunuhan hampir sama direkodkan dalam tempoh dua tahun. Lima daripadanya disyaki dilakukan suspek yang sama yang masih gagal ditahan sehingga kini. Sampel DNA juga telah diambil daripada 90 orang suspek.

Kematian Zainab mencetuskan bantahan penduduk setempat pada hari pengebumiannya. Mereka kecewa dengan pihak berkuasa yang didakwa gagal menangani kes sebegini. Rusuhan turut melibatkan kehilangan nyawa dengan dua penunjuk perasaan ditembak mati polis di luar ibu pejabat polis Kasur yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahore. Dalam kes melibatkan Zainab, keluarga kanak-kanak malang itu menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangannya dibuat.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pergerakan terakhir Zainab berjaya diperoleh hasil usaha sanak saudara mangsa dan bukannya pihak polis. Rakaman yang menunjukkan seorang lelaki memimpin tangan Zainab itu disebarkan di media sosial.
Tidak hanya di Pakistan, kematian Zainab turut mendapat simpati masyarakat dunia. Menerusi #JusticeforZainab netizen menuntut penahanan segera penjenayah itu. Ia turut mendapat perhatian beberapa personaliti Pakistan termasuk bekas pemain kritket terkenal yang kini bergerak aktif sebagai ahli politik Imran Khan.

Layaklah kita gelarkan si pelaku tersebut binatang

Check Also

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam. Tun Dr Mahathir Mohamed YAb Perdana Menteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *